Monday, October 26, 2009

Tanjung Malim

Hari ini aku berkesempatan bersama rakan untuk mengunjungi tapak projek baru di salah satu tempat di Tanjung Malim. Mengikut perancangan induk pembangunan di situ, kawasan tapak projek tersebut mempunyai prospek yang baik untuk membangun masa akan datang. Selesai kerja hajat kami cuma satu, ke restoran ayam kampong bersebelahan Sekolah Menengah Khir Johari. Orang kata ke Tanjung Malim kalau tak singgah ke restoran ni tak sah. Tapi malangnya restoran tersebut hari ni CUTI.

Saturday, October 17, 2009

Rumah Terbuka

Di saat-saat akhir Syawal ni jemputan rumah terbuka begitu banyak sekali, sehingga kadang-kadang tak sempat untuk memenuhi keseluruhan jemputan. Rumah Terbuka di taman aku sempurna terlaksana dengan jayanya. Komitmen semua penduduk begitu menggalakkan. Y.B. Adun Bangi juga turut hadir menjayakan majlis. Sebenarnya majlis marhaban kami lakukan dari rumah ke rumah setiap malam bermula awal syawal hingga akhir malam tadi. Ziarah di lakukan mengikut lorong. Kalau kebetulan lorong tersebut banyak rumah maka agak lewat habis. Kadang-kadang sehingga 30 buah rumah kami ziarah setiap malam. Bilangan jemaah yang mengikuti rombongan marhaban sekitar 200 orang. Setiap jalan akan memasang kemah untuk tujuan jamuan. Oleh yang demikian bermula dari awal Syawal sehingga penghujung syawal boleh dikatakan setiap malam kami berpesta makanan. Setakat ni mungkin hanya di taman kami yang menjayakan program seperti ini di Bangi. Ternyata melalui program seperti ini hubungan ukwah antara kami semakin rapat.

Y.B. Adun Bangi turut sama marhaban
Anak-anak beratur untuk dapatkan sumbangan
Sebahagian kaum ibu yang hadir

Monday, October 12, 2009

Wak Kasrin

Masuk minggu ni genap setahun sebulan, ayah meninggalkan kami. Sebab musabah kematiannya adalah kanser usus. Penyakit itu dikesan hanya 2 bulan sebelum arwah meninggal. Walaupun berbagai usaha telah di buat tapi Allah lebih sayangkannya. Dan sekarang ni Pakcik aku Wak Kasrin pulak disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru. Wak Kasrin ni orang kuat surau kat kampong aku, dia selalu jadi imam. Bulan Ramadhan baru ni hanya beberapa hari sahaja beliau dapat berjemaah kat surau, masa tu selalu dia sakit-sakit. Masa aku meziarahinya hari raya pertama, dia kata tak sangka dia boleh hidup sampai raya.

Hari ini aku ambil cuti untuk bersama Wak Kasrin. Seronok aku tenguk dia makan, sepinggan nasi yang dihidang habis dimakan. Wak Kasrin kata dia berselera makan hari ni sebab aku datang, biasanya nak masa sesudu pun susah. Semoga Wak Kasrin di beri kekuatan dan semangat untuk melawan penyakitnya

Monday, October 05, 2009

Serikin

Untuk kunjungan ke Kuching kali ini jadual program telah diubah berbanding seperti kebiasaannya yang memaksa bilik seminar terpaksa dilanjut sehingga 10.00 malam. Mereka telah kidnap aku untuk bawak keSerikin, iaitu pekan kecil bersempadan antara Sarawak dan Indonesia. Ini lah kali pertama aku mengunjungi Serikin. Di pekan ini terdapat kedai-kedai ala pekan koboi yang menjual barang-barang dari Indonesia. Gerai-gerai ini hanya akan dibuka pada hujung minnggu iaitu Sabtu dan Ahad. Yang peliknya semua penjual datang dari Indon, padahal kawasan ini adalan kawasan Malaysia, malah yang kutip parking pun orang Indon. Barang yang di jual memangla murah-murah, tapi kualitinya tak tau macamana.

Malam sempat ke Kampung Gersik melihat industry Kek lapis Dayang Salhah. Kek Lapis Dayang Salhah ini memang begitu terkenal dan ternyata malam itu ramai sungguh yang pengunjung mengunjungi tempatnya. Aku dapat maklum pasaraya Giant telah menawarkan untuk mengambil produk Dayang salhah ini tetapi malangnya kuantiti keluaran Dayang tak mampun memenuhi bilangan yang diperlukan oleh syarikat pasaraya itu.

Tempat ini menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli-belah di hujung minggu.