Tuesday, January 06, 2009

SABAH 2

Kami sempat mengunjungi Pulau Gaya. Di pulau ini terdapat perkampungan air yang dinamakan Kampung Pondo. Kampong ini terkenal dengan pendatang tanpa izin dari Philippines. Ianya terkenal sebagai dangerous high crime or "no-go" area kepada polis dan pihak berkuasa tempatan.
Untuk sampai ke tempat ini hanya 15 minit menaiki bot dari Kota Kinabalu
Kehidupan mereka semata-mata di atas air
Sebahagian besar mereka mempunyai bot masing-masing untuk ke tanah besar
Sebahagian besar penduduk di sini beragama Islam
Tiap-tiap rumah dihubungkan dengan titian dari rumah ke rumah
Mencari rezeki

16 comments:

zino said...

lebih kurang macam kampong air di brunei.. sekolah masjid semua dalam air..

Sastri said...

dekat KK pun macam ada ruamh atas air ni kan... sas sempat tengok yang tu je la...

silversarina said...

salam,

Saya penah tinggal di KK masa darjah 4-6 dulu tapi tak sempat ke Pulau Gaya, hanya tengok pulau dari KK aje.. kiranya kehidupan mereka di pulau masih tidak berubah, kekal atas air lagi .

DeeN said...

Suku kaum bajau kan yg tinggal kat rumah dlm air neh? Memang unik.

teringat citer Duyung. Hehe

ZABS said...

Salam Kamato,
Hanya melihatnya dari KK je. Takde kesempatan untuk ke sana. Juga tidak menimbulkan minat untu menerokanya.

arsaili said...

salam..takut untuk ke sana...

Mak Su said...

ada masjid atas air tu!
wow!

kuIna said...

famous sbagi dangerous high crime... byk PATI lak tu..

Izhal said...

saya tak pernah sampai sabah lagi... budak yang mencari rezeki tu terapung atas apa?

Izariza said...

Salam,
Saya ralit memandang riak air dalam foto2 itu .. :)

p/s: Saya sudah beralih tapak .. sudilah mampir

Amiene Rev said...

Macam dalam filem Duyung.

KAMATO said...

Zino, samalatu agaknya

Sastri, mungkin tak boleh hidup atas darat

Silversarina, Cuma kalau kita melawat ke sana, seolah2 mereka tu tak berapa suka

Deen, ada macam macam puak kat pulau tu, tapi kampong pondo banyak philipine

Zabs, saya pun dari dulu Cuma tenguk dari jauh, ni saja cuba tenguk dari dekat

Maksu, semuanya diatas air

Kuina, memang di situla paling banyak PATI

Izhal, budak tu terapng atas penutup kotak ikan

Amiene, filem duyung digambarkan di satu kawasan yang kemas, pulau pondo keadaannya begitu mesepah….

KAMATO said...

Zino, samalatu agaknya

Sastri, mungkin tak boleh hidup atas darat

Silversarina, Cuma kalau kita melawat ke sana, seolah2 mereka tu tak berapa suka

Deen, ada macam macam puak kat pulau tu, tapi kampong pondo banyak philipine

Zabs, saya pun dari dulu Cuma tenguk dari jauh, ni saja cuba tenguk dari dekat

Maksu, semuanya diatas air

Kuina, memang di situla paling banyak PATI

Izhal, budak tu terapng atas penutup kotak ikan

Amiene, filem duyung digambarkan di satu kawasan yang kemas, pulau pondo keadaannya begitu mesepah….

arahman said...

laaaa, kamato awat tak call....i dari kl balik kk 25 dec tu dgn family

aqinara said...

salam...
x pernah g pulau gaya lg...
kat tanjung aru pun de lagi yg tggl kat atas air :D

adie-ishmael said...

0rang-orang Bajau Laut ni sejak ratusan tahun memang telah mendiami persisiran laut sabah dan filipina...mereka adalah penghuni asal wilayah tersebut...setelah wujud negara filipina dan negara malaysia mereka dianggap pendatang asing samada di filipina mahupun di malaysia...adilkah kita melabelkan mereka yang tidak pedulikan hal politik ini sebagai pendatang asing hanya kerana mereka tidak tahu mendaftar kelahiran...