Monday, January 05, 2009

SABAH 1

Flight agak delay, jam 3.30 ptg baru kami sampai di KK. Kawan dah tunggu di airport bersama kederaan pacuan 4 roda untuk aku pandu sendiri ke Kundasang. Hanyalah selepas senja barulah kami memulakan perjalanan ke Kundasang. Inilah pertama kali aku memandu ke Kundasang pada waktu malam. Memandu dengan mendaki bukit dengan kabus yang tebal dan menghadkan pandangan adalah amat mencabar. Kebetulan pulak terdapat tanah runtuh dibeberapa tempat di sepanjang perjalanan. Menginap di cottage hotel iaitu sebuah hotel di kawasan pekan Kundasang.
Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Tenang, sepi, damai, indah dan dingin merupakan ungkapan yang sering diperkatakan mengenai Kundasang. Kundasang terletak di kaki banjaran Kinabalu. Cuaca yang segar serta pemandangan yang indah mungkin menjadi alasan utama ramai pelancong datang berkunjung ke Kundasang. Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Malah di katakan Kundasang merupakan pembekal utama sayur-sayuran ke seluruh Sabah. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Bila bercakap tentang industri pelancongan di Kundasang, ianya merupakan contoh klasik bagaimana sektor ini sedikit demi sedikit meminggirkan penduduk asli secara sistematik menerusi penjajahan sosioekonomi. Kuasa wang dan teknologi membuka ruang kepada golongan kapitalis mendominasi kitar ekonomi Kundasang. Kalau 25 tahun dulu, produk agro Kundasang dikuasai sepenuhnya oleh petani-petani tempatan, tetapi sekarang sebahagian besarnya telah dibolot oleh kapitalis asing. Dan yang menghairankan juga sayur-sayuran di pasar Kundasang lebih mahal berbanding di pasar di Kota Kinabalau, walaupun sebenarnya sayuran tersebut juga datang dari Kundasang.

Kabus dan awan yang tebal begitu menghadkan pandangan
Banjaran Gunung Kinabalu di penuhi ladang sayur-sayuran
Puncak Gunung Kinabalu

10 comments:

zino said...

seronok nya cuti2 di sabah...

pB said...

wah

sampai dia dulu


pB baru dok plan nak ke sana Mac 09nie ....

asuhara sue said...

dah lama teringinn nak ke kundasang selepas tertengok drama yg lokasinya di sana. nampak nyamannn sekali. memang nyaman pun kan?

Masy said...

alamak syioknyeee huhuh

DeeN said...

Tempat yg paling menjadi igauan. Bestnyer kalo dapat pegi. Huhukk.

Mak Su said...

moga ada yg prihatin untuk memberikan galakan dan tunjukajar kepada penduduk pribumi terhadap peluang2 yang ada

KAMATO said...

zino, bagus juga cuti kat situ, sejuk

pb, kalau nak pegi nanti bagitau, saya tunjuk mana nak senang bermalam

asuhara, memang nyaman.....

masy, memang syok....

deen, sekarang tambang murah, bolehla kalau nak pegi

maksu, tujuk ajar pun kalau takda modal susah juga, rata2 kat situ masyarakat masih agak mundur

arsaili said...

salam..sangat suka kundasang...nyaman jer

arahman said...

lain kali dtg kita stay di mesilau la, ada member buat chalet ala homestay....call me if you need help (kalau masih ada di kk la), nak kena transfer ni

aqinara said...

salam...
g kundasang mmg best.
:D