Wednesday, September 26, 2007

Shautul Islah

Kumpulan kompang untuk anak-anak dalam komuniti taman aku telah ditubuh hampir 2 tahun lepas di bawah pinpinan salah seorang ajk persatuan penduduk. Mereka sering menerima jemputan kemajlis-majlis kenduri kahwin. Walau bagaimanapun baru-baru ini terdapat cadangan agar kumpulan tersebut dinaik taraf kepada kumpulan nasyid. Selain kompang beberapa instrument lain termasuk keyboard dan biola akan digunakan. Sambutan anak-anak untuk menyertai kumpulan ini amat menggalakan. Sehinggalah tertubuhnya Kumpulan nasyid yang diberi nama Kumpulan Nasyid Shautul Islah. Tujuan penubuhan kumpulan ini semata-mata adalah untuk mengisi masa anak-anak agar tidak terjerumus ke aktiviti kurang sihat. Selain itu ia memupuk semangat berkerjasama dalam kumpulan dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Dan yang penting sekali adalah untuk mendekatkan anak-anak dengan aktiviti surau. Sehari selepas pemakluman penubuhan kumpulan ini, atas kebijaksanaan Pn Rasidah sebagai pegawai pemasaran kumpulan ini telah dijemput untuk mengadakan persembahan buat pertama kali di Majlis berbuka puasa MPOB. CEO Golden Hope dan DG MPOB antara tetamu kehormat majlis tersebut. Bayaran saguhati yang ditawarkan juga agak lumayan. Latihan telah dijalankan selepas tadarus selama 4 malam berturut-turut. Komitmen anak-anak taman dalam latihan amat dibanggakan walaupun terpaksa berlatih sehingga jam 12 tengah malam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancer dan persembahan mereka di majlis tersebut buat julung-julung kali amat mengkagumkan malah turut mendapat pujian dari CEO Golden Hope – Dato’ Sabri Ahmad.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjemput kumpulan ini membuat persembahan dalam sebarang majlis boleh lah menghubungi Surau Al Islah, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.

Latihan giat dijalankan 4 malam berturut-turut
Persembahan sebenar
Kecil-kecil cili padi - berpotensi untuk digilap

Adik Husna - berpotensi untuk menjadi pemain biola profesional satu hari nanti

8 comments:

NBK466 said...

Bagusnya semuanya - singers & musician muda2 belaka. Dpt maintain lagi 2 tahun pasti dpt harmonized vocally & muzically dgn baik. Kalau dekat mau jer den jadi guru music/vocal nasyid nie..he.hehe..

KAMATO said...

nbk, itu la harapan pun supaya kumpulan ini akan terus aktif

Sastri said...

teringat kat kawan baik, L, yang dari kecil dah ikuti kelas violin... dah besar panjang ni, dah lupa plak dia camana nak gesek violin tu... :p

Butaseni@Wan Raja said...

bagus bagus.budak budak macam ni kita kena support supaya minat dan mral diorang tak hilang mcm tu saja

zino said...

berapa kena bayar sagu hati kalau jemput ke majlis kenduri kawen tu hehe ..

blackpurple @ jowopinter said...

Baguslah macam itu. Sekurang-kurangnya bakat yang ada tak terbiar....

Izariza said...

Saya selalu kagum melihat orang berkebolehan memainan alat muzik seperti biola. Err.. saya suka muzik juga, tapi satu-satunya alat muzik yang pernah saya main - rekorder - masa kelas muzik darjah empat dulu hehe..

Salam.

KAMATO said...

sas, tak prastis...sapa pun lupa

butaseni, ya la.. sekurang2nya ada juga aktiviti masa lapang

zino, kalau dgn zino boleh bagi special

BP, memang itu sebahagian tujuan pun

izariza, bagus main muzik ni, kalau kena cara, yg penting tak melalaikan