Friday, March 16, 2007

Masjid Kristal

Selain masjid terapung yang begitu terkenal di Kuala Terengganu, satu lagi masjid yang akan menjadi mercu tanda di Kuala Terengganu sedang rancak pembinaannya. Masjid tersebut di kenali dengan nama Masjid Kristal. Ianya begitu jelas jika dilihat dari Jambatan Sultan Mahmud dan juga dari Pulau Duyung. Menurut penduduk tetap di sini, sering berlaku kemalangan sejak akhir-akhir ini di atas Jambatan Sultan Mahmod kerana tumpuan pemandu sering ke arah struktur binaan masjid tersebut.
Persoalannya apakah rupa masjid atau pengisian masjid itu yang jadi keutamaan

10 comments:

zino said...

itu lah persoalan nya.. adakah masjid hanya menjadi mercu tanda tanpa pengisian..

sepatutnya setiap masjid di meriahkan dengan majlis majlis ilmu..

Izariza said...

Kata orang, keindahan masjid perlu untuk menarik orang untuk berjemaah di sana.

Kata saya, apa guna jika kedatangan manusia banyak ke masjid kalau sekadar untuk melihat keindahan fizikalnya?

Oh Terengganuku yang indah permai ..

pB said...

salam bro K....

kalau masjid cantik, tapi tak pernah nak penuh, pun tak leh kan?

loveujordan said...

salam kamato.... mesti cantik masjid kristal tu , harap dimakmurkan oleh rakyat ganu kite... dulu selalu lalu atas jambatan tu waktu nak ambik/antar anak kat MRSMKT..kenangan di ganu tercinta.

Sastri said...

harap2 dengan keindahannya itu akan menambahkan bilangan jemaah yg beribadah di dalamnya... jangan nanti terbiar kosong kecuali pada tengahari Jumaat yang belum tentu penuh lagipun...

blackpurple said...

Itulah dia. Mereka berlumba-lumba membina masjid cantik tapi tidak diimarahkan dengan sebaiknya...

NBK466 said...

Itu laa diharap2kan..kehandsomean masjid itu buleh menarik jemaah..

Ajzie said...

Betul tuh..harap keindahan masjid akan menarik minat org ke masjid..

KAMATO said...

zino, pengisian itu yg lebih utama, moga keindahan itu seiring dengan pengisiannya

izariza, terima kasih melawat... terengganu kat mana?

pb, betul tu

KAMATO said...

loveujordan,
kalau siap nanti memang cantik

sas, harap2 gitu la

BP, harap2 bukan masjid saja yang cantik

nbk, sewajarnya begitu

ajzie, saya baru balik dari masjid tokyo, cantik tapi kosong