Friday, December 22, 2006

LCD punya hal

Hari ni aku keluar awal sedikit dari hari biasa untuk mengelakan jem. Kebetulan pagi ni aku kena bagi ceramah di di sebuah hotel di ibu kota. Memang minggu ni setiap hari terpaksa keluar berceramah. Bermula hari isnin hari tu di unisel, hari selasa seminar oleh Lembaga peperiksaan, hari rabu taklimat kepada esco parlimen Marang dan hari ini seminar kelayakan kekompitenan pakar industri negara. Pukul 7.45 aku dah sampai hotel, nak cari parking punyalah susah. Akhir dapat jugak satu tempat kosong. Ramai jugak rupanya agensi lain buat aktiviti di hotel milik koperasi polis ni.

Oleh kerana masih awal aku cal urusetia, tanyakan ada sedia sarapan pagi tak. Dia kata mai sini, ada….. Tapi tetiba je aku tak de selera nak sarapan kat hotel tu. Aku ambik keputusan untuk masuk kedai mamak, order roti canai dan teh tarik. Duduk sorang-sorang satu meja. Agak special jugak roti canai mamak ni. Sesekali seronok jugak dengar sembang di meja sebelah. Aku cuba-cuba menyampuk, rupanya respon dia orang pun cukup bagus.. senang benar nak dapat kenalan kat kedai mamak ni. Tak lama lepas tu datang 8 orang yang memang aku kenal-kenal sangat. Mereka ni merupakan PPL sejak sekian lama dan menjadi peserta seminar hari ini. Mereka terus duduk meja aku. Wow! Sesekali jumpa macam ni, kedai mamak tu dah macam kita punya... riuh se riuh-riuhnya.

Pukul 8.30 aku tinjau dewan seminar. Semuanya siap sedia, Cuma LCD masih belum berpasang. Aku dimaklumkan cable LCD tak ada, lemah betul hotel ni. Aku mintak urusetia hubungi hotel dan minta diselesaikan segera. Tapi sampai pukul 9 pagi pun masih tak nampak batang hidung tecnician dia. Peserta dah memenuhi dewan. Akhirnya urusetia mengambil keputusan untuk memulakan majlis. Penceramah pertama memulakan bicara tanpa menggunakan projektor. Dalam masa yang sama aku pergi sendiri ke kaunter, tanya macamana dengan LCD. Reception tu kata tecnician dah naik, pakai baju hitam katanya. Aku segera ke dewan semula tapi masih tak nampak batang hidung dia pun. Selepas 15 minit masih tak sampai lagi, sedangkan selepas ini turn aku pulak kena present. Aku sekali lagi pergi ke kaunter, kali ni aku nak cari bos dia... kebetulan bos dia ada dikaunter, cantik sangat memang kena sumbu tak pasal-pasal. Bukan nya kita tak bayar. Hampir pukul 10 bayang-bayang tecnician masih tak ada lagi. Aku mintak urusetia cal terus sale manager, sale manager tu jawab lagi setengah jam. Aku mintak dia selesaikan dalam masa 10 minit, kalau tidak siap. Dalam hati aku kalau dia tak selesaikan jugak aku akan maklum pada semua peserta yang hadir supaya mereka jangan sesekali guna hotel ini untuk sebarang program. Lepas tu tak sampai 10 minit tecnician pun sampai. Boleh pulak sampai kalau kena ugut.

Habis je turn aku, aku terus bergegas ke opis kerana ada mesyuarat bersama persatuan pusat bertauliah swasta. Bila je aku jumpa pengerusi persatuan ni dia terus tanya mengenai kekecohan di majlis pagi tu. Cepat betul mereka tahu, sedangkan pengerusi tersebut datang dari jauh. Katanya ramai yang call dia memaklumkan JPK mengadakan seminar tanpa LCD. Apa-apa hal pun lain kali kena beringat bila deal dengan hotel ni.

8 comments:

INDERA KENCANA said...

Sesuatu yang amat menjengkelkan sekiranya timbul masalah seumpama ini. Sikap acuh tidak acuh segelintir individu menyusahkan ramai orang..

Kaklong Syikin said...

salam,

mmg menjejaskan imej hotel..

ttg forum tertutup tu, baguslah bro.kamato bagi cukup2..kekadang org ada jawatan ni lupa tujuan asal depa pegang jawatan tu krn apa

KAMATO said...

indera, memang kekadang menyusahkan kita....

syikin, dapat peluang apa lagi...

Anonymous said...

pangkah je hotel tu.. banyak lagi hotel yg boleh bagi servis yg baik..

blackpurple @ jowopinter said...

Mereka ambil mudah la ni kot.....

Zaman ICT ni takkan nak pakai papan hijau lagi kot...

Anonymous said...

Apa namo eh hotel tuh...meh den blacklistkan...huh garangnyer..he.he.he..

Edoras said...

Yup...blacklist aje hotel tu....
Apa nama Hotel tu?

KAMATO said...

zino, dah pangkah pun...

BP, dia pun guna khidmat dari luar

nbk/edoras, nama hotel.... nanti la saya bagitau kemudian