Sunday, December 03, 2006

Trip ke Sydney

Penerbangan ke Sydney menghadapi sedikit masalah. Peringkat awal lagi krew telah memaklumkan terdapat lebihan 3 penumpang perlu diselesaikan. Setengah jam kemudian pilot memaklumkan salah satu injin menghadapi masalah. Flight tak jadi berlepas. Semua pasanger di arah keluar dan tunggu arahan untuk tukar flight yang lain. Inilah kali pertama aku mengalami pengalaman seperti ini. Flight mendarat pukul 12.57 waktu tempatan. Pemeriksaan disini begitu ketat. Dasar kerajaan Australia tidak membenarkan product luar terutama makanan masuk kenegara itu. Aku terpaksa melalui 5 pemeriksaan. Nancy dari Tafe dah tunggu. Kesian, disebabkan flight delay hampir 4 jam dia tunggu. Kami terus ke Oaks Hyde Park Hotel. Sebuah hotel terkemuka di tengah bandaraya Sydney. Ianya bersebelahan dengan Hype Park, satu taman yang berkonsepkan Hype Park di London. Aku ditempatkan di bilik suite di tingkat 9 yang mengadap Hyde Park. Petang sempat mengunjungi Haymarket. Di sini terletaknya Cina Town. Berada di sini seolah-olah berada seperti di Bukit Bintang.
Photobucket - Video and Image Hosting
Pemandangan kota Sydney dari bilik waktu siang

Photobucket - Video and Image Hosting

Pemandangan kota Sydney dari bilik waktu malam

Hari kedua.

Lawatan dan taklimat oleh Tafe Global, disusuli taklimat JPK. Petang melawat Open Training and Education Network (OPEN), sebuah institut yang menjalankan program distance learning sepenuhnya. Semasa perjalanan balik ke hotel, pemandu yang membawa kami agak pelik. Cara memandu begitu membahayakan. Sepanjang jalan dia merungut dan marah-marah disebabkan jalan jem dan traffic light setiasa merah. Sepanjang yang aku ingat tak penah lagi aku jumpa pemandu seperti itu bila aku berjalan di negeri orang. Petang aku menyusuri Bandaraya Sydney, tapi sayang semua kedai dah tutup pukul 6.00 petang. Kami terus berjalan sehingga la sampai Sydney Opera House. Ianya terletak di Sydney Harbour. Sebenarnya Bandaraya Sydney ini di kellilingi oleh pelabuhan. Pemandangan di situ begitu menarik sekali.Bersebelahan Opera tersebut terletaknya Sydney Harbour Bridge. Kami duduk di situ sehinggalah gelap semata-mata untuk merakamkan pemandangan di waktu malam. Pemandangan di waktu malam di sini begitu menajubkan.

Photobucket - Video and Image Hosting

Sydney Opera House

Photobucket - Video and Image Hosting

Sydney Habour Bridge

Photobucket - Video and Image Hosting

Pemandangan Sydney Habour waktu malam - menajubkan

Hari ketiga
Taklimat di TAFE Institute. Petang berpeluang pergi ke King Cross. Satu kawasan di mana kedai-kedai dibuka sehingga malam. Banyak juga survevir dijual di sini. Walau bagaimanapun kawasan ini taklah besar sangat. Terdapat sebuah kedai India menjual makanan halal di sini. Sebahagian besar kedai-kedai di kawasan ini dimonopoli oleh bangsa cina. Dalam perjalanan balik ke hotel singgah sebentar di Sydney Hard Rock Cafe. Tempat agak besar tetapi suasana tidak sesuai untuk duduk lama di situ.

Hari keempat
Satu hari berdepan dengan seminar dan discussion di TAFE. Banyak benda baru yang dapat aku pelajari. Dinner di Jordons seafood restaurant. Ianya terletak di Darling Harbour. Satu restaurant yang agak elit dan begitu famous di Sydney. Menyediakan berbagai jenis masakan seafood. Harga makanan boleh tahan jugak, purata kami makan malam tu lebih kurang 120 dollar sorang. Kalau convert dalam RM memang tak berani nak makan. Berada di Darling Harbour ni menjanjikan satu pemandangan yang cukup menarik, terutamanya pada waktu malam. Pelabuhan ini merupakan tempat tarikan pelancung. Di sini terletaknya Sydney Aquarium, Power House Museum, Maritime Museum dan IMAX Theatre iaitu panggung yang mempunyai screen 3D terbesar dalam dunia.

Photobucket - Video and Image Hosting

Pemandangan Darling Hobour waktu siang

Photobucket - Video and Image Hosting

Pemandangan Darling Habour waktu malam

Hari kelima
Sekali lagi berdepan dengan lecture dan discussion. On the way balik singgah di Paddy Market yang terletak di Haymarkt. Ianya di buka dari Khamis hingga ke Ahad. Mungkin di sinilah kalau nak cari barang yang agak murah. Walaubagaimanapun sukar untuk mendapatkan barangan local. Kalau adapun beberapa barangan yang di perbuat dari kulit Kanggaro. Yang lain semua barangan kebanyakan di import dari negeri Cina. Selepas Asar aku cuba meninjau beberapa pasaraya di Bandar ini, kebetulan hari Khamis kebanyakan pasaraya tutup pukul 9 malam. Kebanyak pasaraya juga menjual pakaian buatan cina. Malah semua produk jenama adidas diimport dari negeri Cina.Walaupun kualiti nampak baik tapi bila tenguk made in Cina, hilang semangat nak beli.

Hari keenam
Hari terakhir aku berada di tafe. Taklimat dah sampai penghujung. Berpeluang bersembahyang jumaat di University Technology Sydney (UTS). Sebenarnya pegawai di Tafe ni pun tak tau universiti di sebelah college dia orang ni ada tempat sembahyang jumaat. Kebetulan aku jumpa sorang brother muslim dari Sri Langka yang bekerja di situ, dia la yang tunjukan tempat sembahyang diUTS. Phil pegawai di Tafe terkejut bila aku maklumkan aku nak sembahyang di UTS. Selama ni dia cuba cari tapi tak jumpa. Group yang datang sebelum ni pun terpaksa disediakan taxi oleh Tafe semata-mata untuk ke masjid. Penuh juga tempat sembahyang di situ, tapi tak berpeluang jumpa student Malaysia.

Malam sekali lagi menerima jemputan untuk official dinner di Malaya Restaurant. Ianya terletak di Darling Harbour. Restoren ini agak terkenal. Melihat dari segi saiznya mungkin boleh menempatkan sehingga 500 pengujung dalam satu masa. Tuan punya restoran ni berasal dari Singapura. Chef restoran ni adalah muslim. Menyediakan berbagai masakan melayu termasuklah sate. Harga boleh tahan, semangkuk ikan masak kari untuk sorang makan pun 28 dollar, enam batang sate harga 18 dollar. Yang pelik penuh betul restoran tu, siap ramai yang tunggu kat luar. Kalau tak booking memang tak berpeluang. Bangga jugak bila mat salleh puji masakan melayu. Walau bagaimanapun aku tak berani untuk makan ayam atau pun daging. Setakat seafood boleh la.

Photobucket - Video and Image Hosting

Ada juga cowboy sesat dalam bandar

8 comments:

zino said...

seronok berjalan ke tempat orang.. lepas ni kemana pulak..

tapi mana kuda koboi tu hehe

Anonymous said...

CAYALAH KOBOI...

Susahnyer tak leh seludup makanan.. takleh ler bawak POTAI, tempoyak, sambal ikan bilis bagai...Meggi buleh tak?

Ajzie said...

En Kamato,
Cowboy tuh hilang kuda ker? Patut pun muka nampak panik.. wahhh teruk juga yea Kastam di sana..Kena fikir 10kali nih nak kesana..

KAMATO said...

zino, kuda koboi tu dah lari...hehe

nbk, setakat megi tak jadi hal

ajzie, tempat ok.. tapi pasal makan mudah lagi kat urope

Syikin said...

salam,

mmg cantiklah pemandangan waktu malam. BERCAHAYA...

nape ye kedai2 kat sana tutup jam 6 ptg? masalah jenayah tinggi ke?

Izhal said...

amboi lawanya kota sydney. gambar dalam hotel, pemandangan siang dan malam tu buat camana? biarkan kamera atas tripod sampai malam ke? angle siang dan malam macam perfect, tak berubah kedudukan kamera je...

PB said...

asyik jalan jalan jer...
sonok tu...
tapi tak boring ker?

KAMATO said...

syikin, bukan masalah jenayah, memang tradisinya gitu, cuma malam hari khamis sampai kul 9

izhal, tak bawak tripod pun, agak2 je letah atas coridor

PB, kadang2 boring jugak