Monday, December 18, 2006

Forum

Petang ni aku di kehendaki menghadiri satu majlis forum agenda melayu di UNISEL Shah Alam anjuran Yayasan Selangor. Majlis tersebut merupakan satu majlis tertutup. Pada mulanya aku kira aku di kehendaki hadir sebagai pemerhati. Rupa-rupanya masa tu baru aku sedar aku dikehendaki menjadi salah seorang panel forum tersebut. Turut sama menjadi ahli panel adalah Y.B.Datuk Dr Nor Omar, Prof Dr Ramlah Adam dan Tn Hj Aziz Zakaria pendaftar UNISEL. Forum ini dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Dahlan Abd Latif. Majlis tertutup ini dihadiri oleh pensyarah UNISEL dan semua pengarah dan pegawai kanan yayasan negeri seluruh negara. Beberapa orang ting-tang agenda melayu seperti Dato’ Maiden, Tan Sri Hashim Meon dan Dr Yahya juga turut hadir. Tidak dibenarkan seorang pemberita pun masuk ke majlis tersebut. Majlis berjalan lancar, aku dijemput sebagai panel kedua. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Aku lepaskan cukup-cukup, tak kira sapa duduk depan. Respon dari peserta amat menggalakkan. Majlis-majlis seperti ini memang patut sentiasa diadakan. Sesetengah orang melayu ni bila dah duduk atas kadang-kadang lupa bangsa mereka sendiri. Jangan sampai satu masa nanti melayu mengemis di bumi sendiri.

4 comments:

zino said...

dalam forum ni tak boleh buka ke sikit2 hehe..

INDERA KENCANA said...

Apa tajuk forum dia bang..??

blackpurple said...

Tahniah...!

Tak semua tapi memang ada bangsa kita yang lupa bangsa sendiri. Enau dalam belukar...

KAMATO said...

zino, boleh...nanti kita jumpa

indera, tak ada tajuk khusus, tapi adalah untuk membela bangsa

bp, memang tak semua, tapi enau inilah yang merosak bangsa.