Saturday, July 22, 2006

The Far, Far, Away Terminal

The email below was sent to me by a Tribe-T member.

Ten years ago in Kuala Lumpur, when you had to fly to a domestic destination, you traveled 30 minutes to Subang Airport, where you left from the 1954-style terminal where you had to go out on the tarmac in the rain and climb up a staircase to get on the plane.

Then, the government built a multi-billion ringgit global hub terminal 75 minutes away from KL with world-class everything.

Then, they built a high-speed rail connection so it takes only 30 minutes to get there. Despite this, the global hub terminal remains a deserted ghost-town with far more gate capacity than
Flights.

Air Asia then starts up. Everyone can fly and the global hub terminal begins to come to life. So the government decides to build Air Asia far, far away terminal at the other end of the airport, one that replicates the old 1954-style terminal.
It doesn't connect to the high-speed train. Then, almost all domestic flights are shifted over to Air Asia. So now you have to take a 75 minute bus ride to the far, far away terminal and walk out in the rain and climb the stairs just like back in 1954, while the global hub terminal is once again deserted.

Oh, and if you need to transfer from an overseas flight to a domestic flight, you have to take a half-an-hour bus ride from the global hub terminal to the far, far away terminal. Is this back to the future or back to the past?

Thursday, July 20, 2006

Potong Q

Pada suatu petang anda memandu kereta pulang dari kerja. Anda melalui sebatang jalan yang agak sibuk. Sudah menjadi lumrah petang-petang begini jalan di situ trafik jem. Anda memandu begitu berhati-hati. Sebagai langkah berjaga-jaga anda menjarakkan kenderaan anda dengan kereta hadapan dengan jarak yang selamat. Seperti biasa sambil memandu anda akan memikirkan hal-hal pejabat dan tindakan-tindakan yang perlu di buat keesokan hari. Sesekali anda dihiburkan oleh celoteh Linda Onn di radio era. Topik petang itu ialah isu CT dan Datuk K. Rata-rata yang menelepon tidak puas hati dengan pengumuman pertunangan itu. Pelik betul dunia ni. Tiba-tiba sebuah kereta memotong Q melalui laluan kecemasan dan masuk kebarisan di depan kereta anda secara mengejut. Anda tersentak dan terkejut sehingga terpaksa menekan brek kecemasan. Oleh kerana terlalu terkejut dan marah anda menyalakan lampu tinggi beberapa kali. Tindakan anda telah menarik perhatian pemandu kereta tersebut. Tanpa anda jangka pemandu itu memberhentikan kereta, keluar dari kereta dan berjalan ke arah kereta anda dengan muka bengis. Masa itu trafik jem di belakang kereta anda semakin panjang. Anda dengan gentleman menurunkan cermin kereta dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pemandu kereta itu mengeluarkan perkataan “Kau nak apa?”. Anda masih berjaya mengawal perasaan terus menjawab “Perbuatan engkau ni menyakitkan menyakitkan hati semua orang kat belakang ni" Sementara itu bunyi hon dah kedengaran di belakang. Lantas pemandu itu menjawab, "Habis apa yang kau nak buat?" Mungkin memang dia nak cari gaduh. Anda segera menjawab "Aku tak mau buat apa, tapi Tuhan akan balas perbuatan engkau". Dengan muka yang menyinga pemandu itu terus masuk kereta dia dan terus memandu laju, kebetulan depan kereta dia jalan kosong. Tiba-tiba lori depan kereta tu brake kecemasan, kereta tu pun turut sama brake tapi "GEDEMUM", tak sempat berhenti. Pemandu kereta tu keluar dan tepuk dahi. Kejadian tersebut betul-betul berlaku depan mata anda.
Kalau kejadian ini betu-betul berlaku ke atas anda, apa tindakan anda seterusnya?

Wednesday, July 19, 2006

Hanpon

Sejak aku balik ni aku tak sambung lagi no lama hp aku, sekarang ni guna prepaid je. Semalam aku ditugaskan jadi moderator salah satu pembentangan untuk seminar pengajar yang di hadiri oleh lebih 500 pengurus pusat bertauliah. Mungkin bila perasan aku dah balik ramai PB yang cuba call aku, he..he..mintak maaf memang tak dapat. Masa rehat ramai yang cari aku dan complain sebab call tak dapat. Bagus jugak orang tak tau no ni, rasa aman sikit dunia.... tak ada orang kacau.
Tapi apahal pun kawan anak aku tanya kat anak aku, Apasal telepon ayah kau besar? Telepon zaman bila tu? He he… memang zaman dulu punya ni, berat nak mengusung…
Photobucket - Video and Image Hosting

Sunday, July 16, 2006

Tribe Toyota Annual Dinner

Majlis telah diadakan pada malam minggu di Kelana Seafood Centre Kelana Jaya. Majlis begitu berjaya dengan mengumpulkan 150 ahli keluarga Tribe Toyota. Tahniah kepada Bro Zino dan barisan AJKnya yang berkerja keras untuk menjayakan majlis ini. Berbagai program telah diatur dan semua ahli berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah. Grand prize malam tu merupakan TV 21’. Tema majlis tersebut adalah colorful night, dan tak semena-mena aku pulak dapat anugerah best dressed. Sebenarnya program makan malam ni telah lama dirancang, sejak kami masih dalam kelab Funser lagi. Malah sebahagian besar yang hadir pada malam tu jugak adalah bekas ahli Funser. Hubungan kami agak rapat sejak Funser ditubuhkan sehinggalah ianya dibubarkan dan di tukar kepada Tribe Toyota. Kami sering mengadakan perjumpaan keluarga bulanan yang dikenali sebagai TT dan setiap bulan seorang ahli dipilih menjadi host. Kadang-kadang kami akan berkonvoi ke tempat-tempat yang memang dirancang lebih awal. Ruangan forum yang disediakan oleh Toyota juga menjadikan tempat kami berbincang dan menjadikan kami sentiasa rapat di kalangan ahli tanpa mengira bangsa. Mungkin satu masa nanti kelab ini boleh dijadikan salah satu contoh satu masyarakat majmuk di negara kita.
Photobucket - Video and Image Hosting

Saturday, July 15, 2006

Kawan Lama

Pukul 9.30 pagi aku terima call di opis. Masa tu aku tengah berbincang dengan dua orang PPL mengenai prosudur penilaian peperiksaan.
Suara: Kamato! Engkau dah balik ye, aku nak jumpa engkau, banyak kali dah aku cari engkau. (gaya sembang macam dia kenal sangat kat aku)
Aku: Sapa ni?
Suara: Aku la X (aku masih tak boleh agak mamat mana ni)
Aku: ok datang la, bila kau nak datang?
Suara: Kejap lagi pukul 10 boleh tak?
Aku: Boleh tak datang 10.30, aku ada hal la. (aku masih tak tak boleh agak sapa mamat ni)
Suara: Ok, nanti aku datang, tapi engkau kenal ke aku sapa?
Aku: Sebenarnya ini X yang mana? (aku cuba pancing, masih tak boleh agak sebab ramai member nama sama dengan X)
Suara: X bin Y
Aku: Aku kenal engkau, datang la (aku terus tangkap mungkin ini kawan aku sekolah 26 tahun yang lepas, nama ni cukup famous satu masa dulu – tapi betul ke)
Suara: Macamana kau kenal aku?
Aku: Kau datang aje, nanti kita sembang, aku ada visitor ni.
Suara: Ok kejap lagi aku sampai.

Sehingga pukul 10.30 aku masih tertanya-tanya, betul ke ini kawan yang aku maksudkan. Kawan sebilik masa sekolah dulu tahun 1980. Masa tu dia orang kuat pertubuhan Islam. Setiap masa selepas kelas sentiasa berjubah dan berserban. Dia ni yang selalu ajak aku pergi surau dan dia jugak yang selalu marah aku bila aku tenguk wayang sebab masa tu kelab wayang tiap minggu buat show. Tapi aku tak peduli. Selepas sekolah tu kami terus tak jumpa, masing-masing dengan haluan sendiri. Cuma beberapa tahun selepas tu aku tenguk dia dah jadi orang kuat Arqam. Dia dah jadi Ketua Editor majalah Al-Arqam. Nama dia agak famous. Aku nak contack dia pun masa tu agak segan. Kadang-kadang aku beli jugak majalah tu sebab nak baca tulisan dia.

Tepat pukul 10.30 dia call balik, aku terus keluar dengan berbagai persoalan, sapa sebenarnya si X ni? Betulke member lama aku. Bila je nampak muka dia aku masih tak boleh pastikan betul ke dia ni kawan yang aku maksudkan. Ya la, dah 26 tahun mestilah berubah. Dulu pakaian dia cukup warak. Kopiah tak pernah lekang. Sekarang ni pakai jean, rambut cacak. Aku terus ajak masuk bilik dan berlakun seolah aku kenal pasti dia. Mulala sembang satu persatu..... sah dia ni la kawan yang aku maksudkan. Dia ni agak baik dengan su Tim Menteri, tu yang dia boleh cari aku kat sini. Sekarang ni dia dah jadi kontraktor, agak berjaya jugak. Nasib dia agak baik sebab keluar dari Arqam setahun sebelum pertubuhan itu dibubarkan. Bila tanya soal isteri.... memang seperti yang aku duga. Dia menang, isteri dia lebih dari sorang...... Walau macamanapun aku macam tak percaya boleh jumpa kawan yang dah 26 tahun tak jumpa, kalau jumpa kat luar memang aku takkan tegur punya.

Tuesday, July 11, 2006

Mekah & Madinah

Tiga hari di Madinah dan lapan hari di Mekah menziarah semua tempat-tempat bersejarah Rasullullah adalah satu pengalaman yang cukup bermakna. Pengalaman yang sukar digambarkan. Tak puas untuk jangka masa tersebut. Kebetulan masa ini adalah cuti sekolah di Arab Saudi, oleh itu ramai mereka mengambil peluang untuk berumrah. Berpeluang berada di Raudah Masjid Nabawi, Cucur emas Kaabah dan Mustazam Masjidilharam adalah satu anugerah yang cukup bernilai. Sesiapa pun akan tersentuh perasaan bila duduk berhadapan Kaabah. Moga dapat ke sini lagi nanti.
Photobucket - Video and Image Hosting
Masjid Kiblatain
Photobucket - Video and Image Hosting
Makam Suhada Perang Uhud
Photobucket - Video and Image Hosting
Masjid Nabawi
Photobucket - Video and Image Hosting
Mina
Photobucket - Video and Image Hosting
Gua Thur