Saturday, December 17, 2005

Pakatan Penduduk

Perjumpaan dengan beberapa orang penduduk di rumah saudara Samsuri mempunyai dua maksud. Pertama adalah berbincang mengenai persiapan untuk majlis kenduri doa selamat kerana anaknya nya yang berkhatan dan keduanya berbincang bagi penubuhan satu kumpulan pakatan yang lebih formal.

Bagi tujuan kenduri rumah Samsuri pada hari Ahad 25 Dec ini, kami sepakat untuk sama-sama gotong royong menyediakanya. Jemputan yang dirancang tidaklah seramai mana, Cuma sekitar 300 orang sahaja. Perbincangan tertumpu kepada persediaan yang patut disediakan oleh tuan rumah terutamanya bahan mentah. Ketua memasak setiap menu telah pun ditetapkan. Kemah juga akan dipasang bersama pada petang Sabtu. Pada masa ini setiap kali diadakan kenduri dualam taman ni, pinggan mangkuk surau yang akan kami gunakan. Sebahagian besar kerja-kerja penyediaan bahan akan bermula malam Sabtu.
Bagi tujuan kedua iaitu penubuhan satu kumpulan pakatan nampaknya dapat sambutan yang agak memuaskan. Perkara tersebut telah lama dirancang, tapi masih belum menjadi kenyataan. Kumpulan yang akan ditubuhkan ini merupakan satu pakatan ke arah menyediakan pakej untuk majlis kenduri yang lengkap dengan peralatan dan kepakaran memasak. Target adalah untuk kemudahan ahli dalam taman, Di samping itu ianya akan menjadi satu peluang untuk catering bagi majlis kenduri di luar kawasan taman. Ianya juga bukan sebagai syarat wajib untuk semua penduduk menyertainya. Benefit dan keuntungan hanya kepada ahli sahaja. Insyaallah akan menjadi kenyataan…

No comments: