Tuesday, December 06, 2005

Catatan Perjalanan 5

Hari kelima
Pagi telah menunjukan tanda-tanda snow akan turun. Suhu amat sejuk, mungkin jugak negetif. Lawatan yang telah dirancang adalah Kaefer's Bremen. Sebuah syarikat yang fokus kepada Construction, Industry dan Ship building. Taklimat telah di sampaikan oleh pengurus syarikat Mr. R.Koing. Syarikat tersebut telah beroperasi sejak 1918. Pada masa ini ia juga mempunyai kontak di Bintulu dan Gebeng, juga mempunyai pejabat di KL. Syarikat juga melihat Malaysia adalah salah satu tempat untuk mengembangkan lagi pengaruhnya.Turnover syarikat tersebut pada tahun 2004 adalah sebanyak 580 Million Euro. Syarikat mempunyai 6000 pekerja di seluruh dunia di mana 450 pekerja daripadanya adalah di Bremen.
Terdapat seramai 360 apperantices di syarikat tersebut. Melalui SOKA-BAU perbelanjaan untuk tahun pertama akan di kembalikan sebanyak 10 bulan, tahun kedua dikembalikan 6 bulan perbelanjaan manakala tahun ketiga hanya 1 bulan perbelanjaan. Syarikat akan mengambil sekurang-kurangnya 25 app setiap tahun di mana mereka akan dibayar sebanyak 549 Euro pada tahun pertama, 765 Euro pada tahun kedua dan 999 Euro pada tahun ketiga. Kebiasaannya sebanyak 50 - 70% pelajar berjaya menamatkan sehingga ketahun tiga. Para apperantis juga diberi peluang mengulang sehingga 3 kali di mana peperiksaan dijalankan setiap 6 bulan. Walau bagaimanapun jika masih tidak lulus mereka tidak perlu membayar balik. Nisbah permohonan yang berjaya adalah 1/8. Kurikulum disediakan oleh chamber dan spesifik kepada syarikat tersebut. Pengetahuan berkala akan diberi kepada institut jika ada sebarang perkara yang baru. Pehubungan dengan institut awam amat rapat bagi memastikan kualiti latihan menepati kehendak syarikat.

Program pagi habis pukul 10.30 pagi, ada masa untuk tenguk-tenguk kedai di Bremen. Cuma pada masa ni tak berapa sesuai sebab semua emporium menjual pakaian musim sejuk. Sebenarnya tak banyak benda yang kita boleh beli di sini, kebanyakannya di Malaysia lebih murah kecuali beberapa benda yang memang buatan sini. Sempat jugak beli satu set piasu dapur.

Petang taklimat oleh Keller machine training software di ITB

Malam makan ditempat biasa, kali ni menu gado-gado, udang goreng, ikan kembung, sambal telur dan sayur sawi putih. Bila balik makan snow turun agak lebat, sempat jugak keluar ambil gambar sampai pukul 11 malam.
Image hosted by Photobucket.com

Hari Keenam

Pagi pogram di ITB iaitu untuk summary report bagi pogram yang telah dibuat. Sepanjang perjalanan snow agak tebal di semua tempat.

Makan malam di Park Royal Hotel Bremen. Salah satu hotel bertaraf 5 bintang di Bremen. Dressing terpaksa official. Tiket untuk untuk dinner ni agak mahal, 105 euro, ataupun menyamai RM500. Menu cuma salad, mushrum sup, pasta dan desert. Ada di antara kami yang tak boleh makan pun, rasa macam fear factor pun ada. Tapi aku masih boleh makan walaupun kena paksa. Dinner disajikan dengan pertunjukan seni kepakaran dari beberapa negara. Pertunjukan di hoskan oleh Gloria Winterbottom, seorang pelawak dari Berlin. Antara yang turut membuat persembahan adalah Noah Chorny seorang akrobatik vertical thestre dari USA. Kepakaran beliau untuk memanjat tiang bagi tujuan memasang lampu. Berbagai aksi komidi ditunjukan termasuklah memanjat tiang dengan menggunakan sebelah tangan. Uli Bauman digelar sebagai mobile comidy drp Bremen, di samping membuat pertunjukan di pentas beliau sering datang kemeja untuk berinteraksi dengan pengunjung. Jack Millet dari USA seorang ahli muzik dan comedy yang membuat persembahan dengan pakaian cowboy. Persembahan beliau bermain gitar, menyanyi dan berlawak memang menghiburkan. Tatjana Kundik, seorang pakar akrobatik tali dari Ukraine turut menghiburkan dengan menari di atas seutas tali. Kumpulan La Vision (Richad & Yana) dari Kanada & Ungarn menunjukan tarian slow balet berkonsepkan patung, Alex Jorgensen & Barti dari Denmark bermain dengan patung yang dinamakan Barti, cara dia mengendalikan patung tersebut begitu profesional. Walaupun hanya menggunakan 2 tangan tetapi beliau boleh menggerakkan patung tersebut seolah-olah patung tersebut hidup. Gelagat Barti yang begitu menghiburkan sehingga kadang-kadang terlupa yang pergerakan Barti dikawal oleh Alex. Barti boleh bermain piano, gitar, menyanyi dan menari. Malah setiap pergerakan dilengkapi dengan memek muka dan pergerakan mata. Malah dia boleh menunjukan muka tengah marah, suka dan sebagainya. Trinity dari England pula menunjukan kebolehan bermain dengan kain yang terjuntai dari bumbung dewan. Osama & Vadim dari Ukraine menunjukan tarian akrobatik. Dan semua persembahan tersebut diselang-seli dengan muzik oleh kumpulan Bre Men & Parking. Secara keseluruhan semua persembahan begitu profesional dan amat menghiburkan. Bersambung.....

Image hosted by Photobucket.com

No comments: