Thursday, September 15, 2005

Raptai Konvo

Hari ni hadir raptai konvo UKM. Majlis sepatutnya bermula pukul 9 pagi. Pukul 8.30 aku dah sampai, memang aku saja terus ke sini. Kalau pergi pejabat dulu memang silap haribulan tak jadi ke sini. Lepas parking aku terus masuk dewan. Uzin dan Hamdan dah terpacak depan pintu. Masa tu bakal graduan dah mula ramai. Kami terus masuk dan cari tempat yang agak strategik. Selepas tu datang pulak Rahman, Azmi, Rahmat dan Zali. Kami duduk sebaris. Majlis berjalan lancar walaupun pada peringkat awal agak kelam-kabut. Majlis selesai pukul 11.30 pagi dan aku terus bergegas ke pejabat kerana ada pelawat dari Morises yang sepatutnya akan sampai jam 12 tgh. Di samping itu majlis bacaan Yasin juga di adakan tengahari ini. Sampai di pejabat parking lot aku dah ada orang letak kereta, mungkin dia ingat aku tak datang keje. Inila sebenarnya masalah di Putrajaya, tak cukup parking. Hajat dihati nak blok depan keta tu tapi tak sampai hati. Bila naik atas baca yasin dah pun sampai penghujung, pelawat pulak tak jadi datang.
Malam meeting di surau habis pukul 11.30 malam. Berbagai perancangan telah diatur terutamanya program Nisfu Syaaban dan aktiviti sepanjang Ramadhan. Salah satu program penutup tahun ini iaitu rumah terbuka dan ulang tahun kesepuluh taman akan dirancang pada Dec tahun ini. Kali ini kami merancang tidak akan mengutip sebarang yuran dari penduduk. Kami akan berusaha untuk menyediakan kertas kerja bagi mendapat penajaan sepenuhnya dari badan-badan yang berkepentingan dalam taman. Semoga apa yang dirancang akan terhasil demi perpaduan seluruh penduduk.

No comments: