Thursday, May 20, 2004

Surat Pertukaran

Saat penantian telah pun berakhir, masing-masing pegawai yang terlibat telah pun mengetahui tempat pertukaran. Awal pagi lagi aku dah terima panggilan dari pegawai di Kementerian yang memaklumkan pertukaran aku tak ke mana, walau bagaimanapun katanya masih dikategorikan akta rahsia rasmi. Puas aku cuba bertanya ke mana aku ditempatkan tapi masih tak berhasil, walaupun sebenarnya aku dah dapat bayangan ke mana aku akan ditempatkan. Malah aku juga dapat mencium kemungkinan rakan-rakan seangkatan ku akan ditempatkan. Suatu masa dulu aku pernah terlibat dalam urusan perjawatan, oleh yang demikian aku masih mempunyai hubungan yang baik dengan sumber-sumber yang berurusan dengan perjawatan. Lebih kurang pukul 2.30 petang aku telah terima berita memaklumkan bahawa surat pertukaran/lkenaikan pangkat telah siap di JPA dan sedia untuk di pos. Jabatan telah berusaha menghantar pelayan pejabat untuk mengambil surat-surat tersebut. Tepat jam 4 petang aku dan rakan-rakan terlibat telah menerima surat-surat berkenaan. Seperti yang telah ku jangka aku telah ditukarkan ke Jabatan lain berkuatkuasa 1 Jun, walaubagaimanapun aku masih bersukur kerana masih ditempatkan di kawasan Lembah Klang. Seramai lapan orang pegawai di tempat aku bertugas terlibat. Sebahagian besar ramalan-ramalan yang aku terima sebelum ini adalah tepat, hanya seorang sahaja yang di luar jangka. Aku harap beliau dapat bersabar dan aku percaya jabatan mampu menyelesaikan untuk mendapatkan yang terbaik. Sebenarnya aku juga risau samada boleh atau tidak bertugas di tempat baru. Walaubagaimanapun aku akan tunjukan yang terbaik.

No comments: