Saturday, March 17, 2012

Mee Udang Punya Cerita

Beberapa hari yang lepas seorang kenalan yang merupakan pegawai kanan di sebuah institusi kewangan menelefon aku

“Hujung minggu ni ada kawan nak datang rumah, boleh tak abang masakkan mee udang kat rumah saya”

“Okay boleh, berapa orang yang nak datang?”

“Tak ramai, lebih kurang 10 orang je”


Aku pun bagitau apa yang perlu sedia.

“Tomato sop nanti abang belikan, kalau suruh engkau cari memang tak jumpa punya”

“OK bang, udang saya dah beli ni kat Kelang, besar-besar. Abang jangan lupa, tolong ye masak petang Sabtu”

“Ye la, Insyaallah”

Hari yang ditetap aku pun pergi rumah kawan ni, pergi dengan mem.

“Ni berapa orang nak datang?”

“Tak ramai bang, kita-kita je, lebih kurang 10 orang”

“Nak goreng satu-satu ke nak buat sekali gus?”

“Buat sekali je la bang”

“ Kan bagus kalau goreng satu-satu, kalau dia orang datang baru masak”

“Susah bang, tak tau masa bila dia orang sampai, mungkin ada yang sampai malam”


“OK la kalau macam tu, kita masak sekali gus, kalau macam tu pegi celur mee dan sawi dulu.

Aku pun mula masak kuah, sekejap je siap. Oleh kerana yang nak datang 10 orang aku pun cuma masukan lebih kurang sekilo udang. Lagi pun bahan yang ada pun cuma untuk 10 – 15 orang makan je. Sampai masa yang ditetapkan, tetamu pun mula datang…. La….. ramai rupanya, mungkin yang yang diajak 10 orang tapi mereka datang dengan family. Aku pun apa lagi, mintak diri…… nasib la
Selak udang nampak mee

12 comments:

sonata anak kancil said...

sikit sama sikit...banyak lagi lah best !!!

rezeki said...

salam

tu sapa gaout mau selak udang letak tepi je hehehe

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

banyaknya udang hingga tak nampak mee
kalau kat kedai, selak punya selak...baru nampak seekor udang ...he he

nadz said...

Assallamualaikum,

Kan elok, kalau dipaparkan resepi mee udang tu.... udang besar2 , rezeki tetamu, alhamdulillah.

pB said...

paparkan lar resepi

Suria Kelang said...

Nanti boleh rasa masakan Bro? Mesti sedap....

KAMATO said...

sonata, memang pun.... cuma kalau makan sikit tak puas

KAMATO said...

atuk, buat sendiri ni boleh ikut citarasa

KAMATO said...

rezeki, yg ada gout tu tenguk je le....

KAMATO said...

nadz, kena tenguk macamana masak baru tau, bagi resepi pun tak guna, mai la dtg rumah

KAMATO said...

PB, kalau nak rasa ajak abe dtg bangi

KAMATO said...

suria, datang la rumah kalau nak rasa