Sunday, May 08, 2011

Cerita Kuda

Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati di dalam Islam. Malah di dalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda.

Baru-baru ini aku berpeluang menemui seseorang kaki kuda. Hobi keluarganya memang menunggang kuda. Malah beliau memiliki beberapa ekor kuda yang hebat samada di dalam atau di luar negeri. Banyak yang aku belajar berkenaan kuda ini yang boleh dimunafaat kan sebagai pendapatan jika kita mahu. Harga seekor kuda yang berkualiti biasanya melebihi harga sebiji BMW 5 series. Peruntukan yang digunakan untuk makanannya juga boleh mencecah RM 2000 sebulan untuk seekor kuda. Ladamnya sahaja perlu perbelanjaan tetap RM 200 sebulan.

Kebanyakan pemilik kuda ini merupakan individu yang mempunyai pendapatan yang kukuh. BMW kalau duit dah tak ada, kita boleh biarkan dia duduk dalam garaj, tapi kalau kuda peruntukan tetap perlu disedia untuk menjaganya. Oleh itu apabila kuda sakit, tuan dia akan turut sakit. Tuan-tuan kuda ini sanggup meletakkan kuda mereka di kandang-kandang penjagaan kuda dengan bayaran RM 6000 sebulan, asalkan kuda mereka sihat dan kuat. Peluang terbuka luas kepada sesiapa yang ingin meceburi bidang ini. Bayangkan kalau kita boleh menjaga 10 ekor, pendapatan bersih boleh mencecah RM 40,000 sebulan. Gigi kuda juga perlu di rawat. Kuda tidak akan makan apabila gigi mereka tak rata. Bilangan pakar meratakan gigi kuda ini begitu terhad. Kepada yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini boleh meraih pulangan yang lumayan.

Pada masa ini semua peralatan kuda termasuk makanannya pun diimport dari luar negeri. Oleh itu peluang terbuka luas kepada sesiapa yang berani untuk membuat penyelidikan dan membuat sendiri peralatan menjaga kuda agar kualiti setanding barang yang di import.
Kuda ni bernama 'BEUTY' berumur 8 tahun

11 comments:

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

subhanallah
makanan nya dekat nah sama gaji saya sebulan..

Wassalam

zino said...

kuda ku lari gagah berani.. ayuh lari...hehe

asuhara sue said...

persatuan berkuda kat uni pun sah mahal, ini pulak kat luar.....
p/s: saya suka gambar pertama tu bro!

KAMATO said...

Rozali, makanan dia ni mahal sebab semuanya import, kalau kita buat sendiri dan semestinya akan murah

KAMATO said...

Zino, teringat terus kat kak pah he he

KAMATO said...

asuhara, memang untuk join kelab berkuda ni, tapi ni la sukan terbaik untuk kesihatan, malah ia boleh jadi terapi untuk beberapa masalah kesihatan

zue said...

layaknya main kuda pusing je :)

sonata anak kancil said...

salam...tak mampu nak join kelab kuda ni...apa lagi nak bela2 kuda ni !

KAMATO said...

zue, saya pun suka naik kuda pusing kecik2 dulu

KAMATO said...

sonata, memang bukan sebarangan orang yg mampu untuk terlibat dalam aktiviti ini

ZABS said...

Salam Komato,

Memang takda pengalaman langsong dengan kuda ni.
Tapi minat menonton sukan berkuda (show jumping) tu.