Monday, May 23, 2011

Matrikulasi Banting

Hari ini aku hantar Angah ke Matrikulasi Banting. Ternyata tak ada sign board dari pekan Banting lagi yang menunjuk arah ke Matrikulasi ini. Bagi aku yang dah biasa tempat ini mungkin tak sukar, tetapi bagi yang pertama kali sampai mungkin sukar untuk mencari. Semasa aku berhenti minum di satu gerai, ada seorang pakcik berhenti bertanyakan arah ke Matrikulasi ini, katanya dah empat kali tersesat. Bila dah dekat simpang Sungai Raba barulah ada sign board yang kecil menunjuk arah ke Matrikulasi ini. Mungkin pihak pengurusan pusat ini perlu melihat masalah ini.

Aku sampai tempat ni pukul 8.30 pagi, masa tu dapat no giliran 298. Terlalu ramai yang mendaftar pagi ini. Hampir setiap kawasan dipenuhi kereta pengunjung.
Tempat untuk pendaftaranIbubapa disediakan tempat untuk menungguAsrama Vega - Blok asrama Angah
Masjid di Matrikulasi ini agar besar dan kemas

5 comments:

PINATBATE said...

Tahniah!

sonata anak kancil said...

Tahniah...semoga anakanda terus cemerlang

asuhara sue said...

moga cemerlah macam ayahnya ni! aminnn

ainhany said...

salam kamato,

syukur...usaha berbaloi akhir ditemui sasaran..
selamat belajar buat anakanda angah...muga dapat cemerlang dan teruskan kejayaan untuk malayakn ke IPT nnti..muga doa ayah ibu mngringi..
Amin

KAMATO said...

pinatbate,
sonata
asuhara
ainhany

terima kasih