Friday, February 04, 2011

Harga Getah

Harga pasaran getah SMR 20 pada masa kini melebihi paras RM15.00 sekilogram merupakan kadar tertinggi kenaikan harga komoditi itu yang dicapai dalam sejarah negara. Di Selangor sahaja pada masa kini harga sekerap mencecah RM 8.55 sekilo. Kenaikan harga ini sekurang-kurangnya melegakan sedikit kepada pekebun kecil. Dengan harga ini pekebun kecil yang mempunyai dua hektar tanah, mereka boleh memperolehi sekitar RM5,000 sebulan.

Darah daging aku juga berasal dari hasil getah. Celik-celik mata aku dah tenguk getah keliling rumah. Masa aku darjah 4 lagi aku dah membantu orang tua menoreh. Masa tu sekolah petang, pagi sempatlah ke kebun. Dalam usia 10 tahun masa tu aku dah boleh menoreh dengan baik. Mana taknya, arwah bapak cukup bising kalau menoreh terkena kayu pokok tu. Maka terpaksalah berhati-hati untuk pastikan torehan tidak terkena kayu pokok getah. Harga getah masa tu tak sampai pun 50 sen sekilo. Walau bagaimana pun apabila revolosi sawit melanda pekebun kecil, ramai yang menukar dari getah ke sawit, termasuklah orang tua aku. Makanya sampai sekarang aku terpaksa terlibat dalam industri sawit.

Satu maufakat dikalangan pengeluar getah dunia perlu dikekalkan bagi mengawal simpanan stok penimbal getah asli dunia dan imbangan harga serta dagangan getah. Dengan ini negara sebagai pengeluar getah mampu mengawal pasaran di tahap yang baik. Getah adalah komoditi yang stabil. Kalau harga turun pun, ia tidak banyak.

Rindu suasana di kebun getah sebegini



Nota: Harga getah naik, harga sawit naik, harga barang naik, gaji aku je yang tak naik

5 comments:

Mak Su said...

teringat kpd arwah abah dan kg, biasa gaks maksu ni menolong arwah dgn susu getah yg dibawa balik, getah keping, jemur getah, dll..... rindunya kat suasana dahulu

KAMATO said...

maksu, memang seronok suasana sebegitu, bekukan susu getah dlam try, lepas tu gelek dengan mesin dan jemur

shami2 said...

Salam komato
Saya juga menyimpan nostalgia pokok getah..heheh ada satu jari tangan saya tergelek mesin pengelek getah yg licin..gara2 main gelek2 daun meniru mak ayah mengelek getah beku...hehe rindu suasana memproses getah...dikg suatu ketika dulu.

ysa said...

Salam,
Rezeki kpd pekebun kecil getah. Tahun 2004, adik ipar saya bersara dari tentera. Pangkat sarjan. Dengan duit gratuiti dia beli 7 ekar kebun getah di Lintang Sg Siput, Perak.

Sekarang dgn tanah getah seluas 12ekar dia mampu dapat RM 1000 sehari menoreh. Semoga dia dan yang seangkatan tak lupa keluar zakat dan jangan bertangguh naik haji.

Wassalam.

dEeWaN said...

Untunglah
sapa yg ada kebun getah...

Sekarang bantuan
utk tanaman getah pun meningkat
( RM 9230 ) sehektar.