Cukai jalan LORI aku tamat tempoh. Seperti biasa aku gunakan khidmat rakan aku yang yang menjadi agen insuran secara sambilan untuk menguruskannya. Sebenarnya sudah beberapa tahun aku menggunakan khidmat dia. Semuanya diuruskan sepenuhnya dari insuran sehingga la penghantaran cukai jalan. Senang berurusan dengan dia, cuma perlu sms, bank-in duit, esoknya cukai jalan dah ada atas meja. Kadang-kadang tak sempat bank-in, cukai jalan dah siap. Ini bermakna dia dahulukan duit dia dulu.
Tapi kali agak susah sikit, sehari selepas aku hantar massage, dia call
Kawan: Bang, saya dah cuba on-line road-tack tapi tak boleh masuk, rupanya abang ada 3 saman. Sekarang macamana bang, kalau nak hidupkan setahun kena settle semua saman-saman ni. Kalau tak cuma boleh hidupkan 6 bulan.
Aku: Bila pulak keluar prosudur ni?
Kawan: Sekarang dah macam ni bang. Apa pun abang kena bayar jugak nanti. Mula minggu depan dah tak ada diskaun.
Aku: Kalau macam tu kau sattlekan semua saman tu, nanti saya bank-in duit.
Kawan: Okay bang, duit tu jangan risau, saya selesaikan dulu.
Tak lama lepas tu dia call balik
Kawan: Bang, saya dah bayar semua saman tapi road-tack masih tak boleh on-line. Abang pernah kena saman JPJ ke? Saya tak boleh semak sebab saman jpj tak boleh check on-line.
Aku: Yang saya ingat tak pernah kenan saman JPJ
Kawan: Baik abang pergi semak kat JPJ, rasanya memang abang ada saman kat sana.
Dan aku pun bergegas ke JPJ untuk buat semakan. Bila semak memang aku kena saman tahun lepas. Salah sebab buat u-turn di Percent 16 Putrajaya. Pegawai JPJ tu kata surat dah hantar tapi ke alamat rumah lama. Memang la silap aku tak register alamat baru, tapi kalau dah surat tu pulang balik sepatutnya dia orang boleh semak rekod aku pada kenderaan lain. Tak pasal-pasal aku kena bayar 2 saman, satu pasal salah u-turn, satu lagi sebab tak datang masa di panggil.
Apa pun TAHNIAH kepada kerajaan atas usha untuk kutip saman-saman pada pesalah trafik macam aku ni.
7 comments:
Salam Kamato,
Selamat bebas di jalanrya.
Nampaknya tak lama lagi kita rayalah....tgh kumpul duit lah tu kan...:) Rakyat dulukan...:((
Kalau camne gayanya...jom pakat semak..ada info apa2 lagi, war warkan ye....
sy x keja kat putrajaya, gi sana buat ic jer.
sy keja kat melawati
terlampau banyak saman tertunggak.. terlampau ramai yg suka melanggar peraturan jalan raya..
kadang2 ada jugak saman...rasanya dah settle...sebab hubby bawak kete saya..harap boleh renew bulan 5 nanti !
Salam tuan, nasiblah .. saya pun dah melayang RM450 baru ni uwaaa!!
pB pun ada satu gak.
Melanggar lampu merah.
aBear , tak ada la pulakkkk
Salam.
Lama tak berkomen yer....
Saya pun kena saman gak...langgar lampu isyarat.
Rasanya nk cpt kejar punch kad lah ni...
Padan muka saya kan..
Apapun kita dh langgar peraturan maka sama2 lah kita bayar samankan.
Post a Comment