Dua puluh tahun dulu pendapatan orang kampong yang tanam pokok duku Terengganu ni cukup lumayan. Satu pokok boleh dapat hasil antara RM1500 hingga RM2000 setiap musim. Masa tu harga peraih ambik dari kebun pun RM 5 sekilo. Bayangkan kalau ada 10 pokok, boleh dapat pendapatan RM 15 ribu hingga RM 20 ribu setiap musim. Boleh pergi Mekah tiap tahun. Kita yang sesekali balik ni nak makan pun susah, semua pokok dah di pajak orang.
Tapi sekarang keadaan dah berubah, buah ni langsung takda harga. Orang kampong hanya boleh jual pada peraih dengan harga 70 sen sahaja sekilo. Itu pun belum tolak upah panjat ambik buah. Untuk upah ambik buah saja dah 40 sen sekilo. Maka yang tinggal tuan pokok hanya dapat 30 sen sekilo, itu pun kalau buah tu ada peraih yang nak ambik. Walau bagaimanapun kat KL buah duku ni di jual dengan harga RM 3.50 sekilo.
Baru ni aku balik rumah mertua di Kuala Brang. Melambak buah takda orang nak makan, kena pulak bulan puasa. Bukan saja buah duku, malah buah rambutan dan manggis juga melambak. Orang kampong bukan lagi fikir nak jual, tapi kalau ada orang nak ambik makan pun dah cukup bersyukur. Pihak-pihak tertentu seharusnya memikirkan bagaimana cara untuk membela nasib orang kapong supaya hasil pokok kayu mereka boleh dijual. Harga pasaran juga perlu dikawal sepaya peraih tidak membeli dengan harga yang terlalu rendah. Faktor kemasukan buah-buah dari negara jiran juga perlu diambil kira. Apa perlunya kita mengimpot buah dari negara luar sedangkan buah tempatan tidak boleh dipasarkan.
Pohon-pohon duku ini lebat dengan buahnya
Sebahagian besar buah-buah duku ini gugur begitu sahaja tanpa sesiapa peduli
Duku Terengganu adalah antara duku terbaik di negara kita, rasanya memang cukup manis
18 comments:
salam kamato,
betul ke gitu?
Duku Terengganu?. baru2 ni az beli sekilo duku terengganu di Chowkit dgn harga RM5. Mahal tuh. Kesihan si penanam DT ini yer?
Assalamualaikum KAMATO
ini peranan orang tengah
dia ambil buah dusun kekawannya aje
Wassalam
salam
kesian nasib mereka yer,saya peminat tegar duku ..
AZ, tu la..... kat kota raya ni harga masih mahal, tapi kat kebun sedih harganya
Salam
betul tu... duku tak berharga pun sekarang... tp kt kg saya tinggi ler sikit.. 90sen sekilo... hehehejit
rozali, memang la peraih ni yang selalu kaut untung
pinat, kalau musim nanti datangla kuala brang, nak kutip banyak manapun boleh... he he
atikah, org kampung atikah sikit nasib baik
duku trengganu masih terasa mahal !!! memang sedap kalau tak silap
rm 4-5....untong orang dulu yang banyak menanam pokok...kita nak tanam dah tak ade tanah...he3x
Salam...
Kat umah mertua saya pun banyak....
hampir 20 pokok ....
terbiar mcm tu saja....pelawa adik beradik ..... sapa pun pun tak nak ....
Salam Sdr Kamato
Dah lama tak merasa duku Kg....saya boleh makan banyak!
Apa2pun teruskan dgn program berziarah berhariraya. Maaf zahir batin.
sonata, saya kalau mengadap sekejap 1 kilo habis he he
Chi Att, offer orang memng tak ingin, cuba offer orang bandar yg takda pokok buah, mesti nak
mamaju, memang tak habis2 lagi program ziarah ni
salam akhi KAMATO...
begitu ler nasib org kampong masa kini , tak macam zaman kita kecik2 dok kampong dulu ...
zaman dah berubah..
Selamat hari raya, maaf zahir batin.
ummi, betul la... dulu lain sekarang lain
salam
balik klate hari tu pun , buah duku , buah langsat macam tak ada harga ....
Pb, tu la.... Agaknya org kita ni dah tak makan buah tempatan kot, tu yg takda harga
Post a Comment