Friday, September 03, 2010

Berbuka Puasa

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Ia memberi penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.
2- Menjemput orang yang berpuasa bermakna menyeru kepada kasih-sayang dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.
3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.
Puasa tahun ini boleh dikira aku berbuka puasa di rumah. Berbuka di rumah hanya disebabkan ada tetamu atau anak-anak balik. Kalau tak ada jemputan di mana-mana kebiasaannya aku dan keluarga akan berbuka puasa di Surau Al Islah bersama-sama dengan warga Taman Langat Jaya. Setiap hari ada sahaja yang sponsor makanan untuk berbuka. Lebih dari 100 warga taman bersama keluarga berbuka di surau ini setiap hari. Tahniah kepada AJK surau kerana berjaya mendapatkan penderma-penderma di bulan yang mulia ini.Berbuka puasa di bumbung Masjidilharam, hanya makan kurma dan minum air sahaja - Pinjam dari blog CL

11 comments:

pB said...

Salam


Tok Ma hari hari berbuka di masjid.
pB dan keluarga , berbuka di rumah.


Selamat Hari Raya Bro.
Kirim salam pada akak , yer ..

Kak Sidah said...

Salam Kamato,

Itulah fadilat dibulan Ramadhan bulan yang membawa seribu rahmat untuk umat manusia..tidak terdapat dibulan2 lain..seronok kan kalau semua bulan macam ni..ramai berjemaah dimasjid.

taj said...

Salam Kamato...

alangkah beruntungnya orang yg memberi/menjamu makan kpd org2 yg berpuasa...semua pahala puasa orang yg diberi makan itu dpt kepadanya juga...wallahualam

Ya Allah Ya Rahman Ya Rohim...
Alhamdulillah

asuharAsuE said...

teringat betapa meriahnya meja dengan juadah yang diberi jiran2. buat 1 juadah dapat pulangan macam2 juadah. bestnya buka di kampung!

KAMATO said...

Pb, salam raya juga, kirim salam juga pada aber

KAMATO said...

Kak sidah, itula rahmatnya bulan ramadhan

KAMATO said...

Taj, mudah2an yg memberi itu dpt balasan yang setimpal

KAMATO said...

Asuhara, puasa kat kampong memang seronok

sonata anak kancil said...

salam ramadhan...selamat menyambut hari lebaran - maaf zahir dan batin

Ayah Zain said...

salam kamato

alhamdulillah, semoga usaha murni itu di berkati Allah.

p/s toleh hantar alamat ke emel az pls

"MULAN" said...

moga sentiasa dimurahkan rezeki.. selamat hari raya..