Friday, April 09, 2010

Untuk Arwah

Bacala kisah ini...... sekadar renungan buat kita....

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid Jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.

Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya terang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy.

"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah,bacaan, ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.

Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.Kemudian ia berkata :
"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."

Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanitatersebut. Tatkala dia cubauntuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku,cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup." Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukanny a semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid Jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata :
"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu". "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari Jumaat." katanya lagi.
"Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu."
"Apa tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan
merasa gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah
disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
Gambar Hiasan

11 comments:

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

Perintan yg amant berguna

kita berharap dan berdoa agar zuriat kita dapat besedekah untuk kita

Ya Allah dapatkan lah kami untuk mendidik zuriat kami dgn jln yg lurus
amin

Wassalam

aznaz said...

salam from Makkah...


Cl pernah di beritahu tentang cerita ini semasa berumur 12thn oleh arwah abah...
aduhai...terkenang kembali kisah lama bersama nyer..,


wslam

zino said...

peringatan utk kiat semua...

Kaktiny said...

sentiasa tertanya dalam diri.. anak2 masih kecil benar.... andai saya di'jemput' hari ini, mampukah saya menerima doa anak2??..

.. dan adakah dapat menikmati 'juadah malam jumaat' daripada yg masih hidup??.. (sering persoalan ini muncul dibenak...)

... teringat arwah2 yg telah lama pergi.. tertanya diri sendiri... berapa kerap saya menghidangkan mereka dgn "juadah2" itu??...

rezeki said...

salam kamato

setelah mati terputus segalanya dengan nikmat dunia dan segala amalan melainkan 4 perkara , dan salah satunya ialah sedekah jariah yg dilakukan oleh org yg masih hidup kepada si mati

sedekah bermcm bentuk dan antaranya sedekahkan al fatihah

insyallah

al fatihah buat arwah ayahanda ku serta nenda2 sekalian

al fatihah

shami2 said...

Salam Komato...

Peringatan yg baik untuk kita kongsi bersama....pernah baca kisah macam tu....kisah dari para wali Allah....iaitu hamba Allah yang taat padaNya menjadi perantara pada kita semua ...baik untuk yg hidup maupun untuk yg dah tiada...saya ada baca buku2 macam tu...banyak pedoman yg kita dapat...sekarang tengah baca buku bertajuk...dashyatnya doa seorang ibu.....baik untuk anak yg soleh ...dan juga sebaliknya...mudah-mudahan dengan rajin membaca kita semua dapat kongsi info yg berguna...untuk kesejahteraan hidup kita insyallah

Mak Su said...

tq kamato, utk perkongsian ini

Mulan said...

thanx for sharing..

indahhouse said...

salam saudara kamato,
saya copy entry ni. menarik sangat citernya. saya publish kat sini :
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2010/04/renungan-di-malam-jumaat.html.

Izinkan saya ya.. thanks a lot.

nadz said...

Assallamualaikum saudara,
Ya Allah.. hibanya mama dengan kisah tu..teringatlah mama..apalah yang mama telah sedekahkan pada arwah mak dan ayah, banyakkah, sedikitkah....semoga anak-anak mama akan membaca N3 ini dah jadikan amalan ..sedekah buat mama bila mama dah tiada..
InsyaALLAH
Terima kasih kerana benarkan mama baca N3 ni.

noha said...

Assalamualaikum,

Minta izin share yer..terima kasih..