Akhirnya berjaya juga aku bersama anak-anak mendaki Bukit Broga. Kami keluar seawal pagi, niat dihati untuk melihat matahari naik, namun begitu cuaca pagi yang agak redup dengan awan yang tebal menghalang penglihatan untuk melihat mentari naik. Mungkin juga disebabkan hujan yang turun awal pagi. Memang ramai pengunjung bukit ni setiap hujung minggu. Mereka naik untuk tujuan bersenam, dan ramai yang naik untuk menikmati pemandangan indah yang memang memukau.
Bagai terapung di awanDengan menggunakan teropong jarak jauh, KLCC pun nampak dari puncak bukit iniMelihat keindahan alam ciptaan Tuhan dari puncak memang memukau pandanganRamai pengunjung di sini, sebahagian besar mereka merupakan peminat photografi yang datang untuk merakamakan panorama indahMenikmati air kelapa muda sebaik turun dari bukit merupakan satu nikmat
26 comments:
uwaa nk ikut T.T
nabila, tunggu habis exam dulu, nanti kita naik lagi
Salam Kamato...
Dah lama nak ke sini... tapi tak kesampaian lagi.. nnti kalau ke sana buat ler pengumuman... leh saya n the gang join sekaki... :)
Atikah, bagitau je bila nak naik, saya bersedia jadi pemandu
Assalamualaikum Kamato
catik pandangannya
cerita le sikit
kat mana bukit tu
jarak naik atas
ketinggiannya
berapa lama sampai ke kemuncak
ken bawa bekal ke
boleh buat rombongan PDKM kesana
Kamato jadi juru pandu
Wassalam
Rozali, kawasan ni namanya Broga, bersempadan antara Selangor dan Negeri Sembilan, kira hanya 4 km dari pekan Semenyih. Nak kata tinggi tak la tinggi sangat bukit tu, tapi kalau jarang bersenam mengah juga di buatnya. Kalau nak naik rasanya tak perlu bawak makanan sebab takut berat nak memikul. namun begitu ramai juga yang picnic kat atas tu. Kalau musim hujan tak berapa sesuai sebab licin. Ambik masa lebih kurang 1 jam untuk sampai kat atas
salam kamato
seronok tu, dah lama tak panjat memanjat ni , kalau dlm 1 jam , rasa boleh lagi hehehe
indah panorama tu, tu yg penuh kaki photografi kat atas
rezeki, hujung minggu memang ramai sungguh pengunjung
Masya Allah, lawanyaaaaa...
dah sangat2 lama tak mendaki, mesti best dapat ke sana. saya cuma pernah lalu je Broga tu...wah kalau bro nak memanjat lagi, ajaklah kawan2 ye!
asuhara, bagaitau je bila nak mendaki, asal hari sabtu atau ahad insyallah saya boleh join
Salam,
memamg cantik tempat... mari kita plan ke sana...Taj mmg minat tempat cam nih... tapi tiada geng...
jom rozali, atikah & rezeki... yg bestnya nanti tukang amik photo dah ada : tikah ngan kamera besarnya...
taj, saya anytime boleh, bagitau je bila nak naik
salam bro..busy ehehe...cantik la bukit broga nih. Bole email kan ur hp no tak..dh terhilang coz hp rosak..arsaili76@gmail.com
Salaam Sdr. Kamato,
Cantiknya Bukit Broga & pemandangan di sekelilingnya! (Tak pernah dengar pun tentang bukit ni sebelum ni) Menarik untuk aktiviti riadah! Suka! :)
VpeaceV
baru CP n GKB cerita dalam kereta masa balik dari rumah syima kat rembau sabtu aritu.. mmg sebit nak ke sini, tgk2 che kamato dah pi, huhu..
next time buat announcement yer, kmai nak ikut (hihihi tak malu kan)
arsaili, insyaallah nanti saya email, saya pun dah tukar no baru
U, memang ada riadah outdoor kat tempat tu
Che pit, bagitau je bila nak pergi, aya jadi je
Memukau....teringin nk kesana jika diizinkan ALLAH...:)
seri cahaya, seronok juga sesekali mendaki ni
mengah juga nak sampai atas tu rasanya kan...
:)
senang ke nak daki?
Salam En Kamato...
Saya memang nak p... InsyaAllah, dah dpt tarikh sy bgtau en kamato... :)
Tapi saya nie dah berkurun meninggalkan aktiviti mendaki nie... pancit ker tak ler nanti... hehehe
Kak Taj, jom kak...
Drsinga, kalau naik2 slow2 tak mengah
maksu, senang je... dah siap track
Atikah, ok apa pun email detail kat saya: kamaludin@mohr.gov.my
Jangan risau, bukit tu tak la tinggi sangat, yg penting tak hujan
Post a Comment