Wednesday, January 13, 2010

Isu Kalimah

Hujung minggu baru agak sedikit sibuk, pagi persiapan last minit hero nak ke asrama, tengahari hantar sepupu kahwin, petang ke PDKM. Kerana agak sibuk ke sana kemari sampai tak sedar handset habis bateri, tak sampai ke rumah pun. Bila aku on balik ada 4 miss call, nombor yang cukup aku kenal – Ustaz Rashidy. Belum pun sempat aku call balik, dia dah call;

Abang Din sihat?
Alhamdullillah sihat, ustaz sihat?
Alhamdullilah sihat….
Abang Din! Malam saya ada forum di An-Nur, surau Harun Din, nak ulas pasal isu kalimah Allah ni, abang Din datang ye….
Pukul berapa ustaz
Macam biasa la lepas magrib
Insyaallah saya datang
Insyaallah kita jump sana nanti…
Insyaallah, terima kasih ustaz bagitau saya

Oleh kerana mem out-sation, aku segera siapkan makanan yang perlu untuk anak teruna yang tinggal. Semuanya pasang siap. Aku sampai di An-Nur, azan dah berkumandang. Bila aku masuk dewan solat, Masyaallah, ramai nya jemaah…, hampir penuh dewan tu. Dalam hati aku rasa cukup bangga masyarakat Bangi begitu sensitive isu kalimah Allah ni. Ustaz Rashidy mengulas isu ini cukup detail, setiap hujahnya bersandarkan quran, hadis dan tafsir-tafsir ulama terkenal.

Di dalam menangani isu kalimah Allah ini, umat Islam seharusnya melengkapi diri dengan kefahaman ilmu yang jitu di samping menilai secara cermat kesan-kesan yang mendatang sekiranya tuntutan penggunaan kalimah Allah ini dibenarkan di Malaysia.
Bagi yang berminat untuk merungkai permasalahan ini mungkin boleh dapatkan risalah kecil Siri Dialog Bersama Paderi terbitan Tuan Sharifah Islamic Foundation yang berjudul Isu Kalimah Allah – Hukum Penggunaannya Bagi Bukan Islam. Buku ini ditulis dan disusun sendiri oleh Ustaz Rashidy Jamil Muhammmad Ar-Rashid.

25 comments:

Mulan said...

camna yek, masalah sosial & jenayah umat Islam masih berleluasa jugak...

sonata anak kancil said...

satu isu yang sangat sensitif

mama ju said...

Terimakasih datang melawat...

Ayah Zain said...

Salam Kamato,

salam perkenalan. kita jumpa kan di majlis ramah mesra.

az kata apa?. ooo ini kamato yer.

pssst: senang2 mai datang umah az yer.

silversarina said...

Dalam bab kalimah Allah ini , memang sepatutnya umat Islam diberikan penerangan secara detail agar hilang rasa keliru yang boleh mencetuskan suasana yang agak dingin antara agama .

Lama tak masuk area Bangi , kawan2 ada duduk situ , asyik tak sempat je nak melencong :(

Kaktiny said...

bukan senang nak lengkapkan diri menjadi seorang yang BERILMU, BERIMAN dan BERTAKWA..

dan lagi tak mudah nak mendidik generasi sekarang yang TERLALU MILLENIUM ni.. huhuhu..

tambahan pulak ilmu dan akidah dah jadi mcm minyak dgn air.. tak sebati.. huhuhu.. sedihnya..

(terasa takut sgt nak mendidik anak sendiri.. diri sendiri pon tak kukuh betul.. camner nih!!.. risau sungguh.. huhuhuhu...)

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam kamato,

Aduuuh mengapa kita tak bertemu.
Ayahanda ada dalam majlis tersebut.
Mungkin orangnya banyak,payah nak bertemu.

Bukan ust Rasdidy tapi ust Azahar Yaakub.Ust Rashidy ialah anak penceramah Ust A.Ghani A.Rahman.

Jangan kecil hati buat pembetulan tu.Maaf.

Wassalam.

I'm Seri said...

Salam singgah Mr.Komato,

:)

KAMATO said...

mulan, tula kadang2 kita kena juga tau masalah sekeliling

KAMATO said...

sonata, memang sensitif tapi kene juga kita fikir nasab anak2 kita nanti

KAMATO said...

mamaju, terima kasih kembali....

KAMATO said...

AZ, memang kita jumpa cma tak sempat sembang lama, insyaallah kita jumpa lain kali

KAMATO said...

siversarina, nanpak gaya memang agak menacabar mendidik anak masa ni, didikan agama perlu diutamakan

KAMATO said...

Kaktiny, kita kena berusaha dan berdoa agar anak2 kita dipelihara

KAMATO said...

Nginap, Mungkin yang ayahanda maksudkan tu hari lain, kalau hari ahad malam isnin tu memang us rashidy, saya agak rapat dengan dia, kebetulan pulak sekampung dengan mem saya.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr kamato,

maaf.jangan ambil hati.

saya hadzir malam Forum perdana bersana Harun Din,Taib Azammudin dan Dr.Rosli yaakob dan Ust A.Ghani A.Rahman.

Malam tu juga isunya sama...kalimah Allah.

Harap diatas kesilapan saya,taklah menambahkan lagi dosa saya.

Wassalam.

KAMATO said...

Ninap, Salam ayahanda, eh eh.... tak ambik hati langsung,saya pun tengah atur ceramah isu yang sama kat opis ni, nak bagi rakan2 kongsi sama

khairyn said...

salam kamato

sayang saya jauh, tak tahu mana nak dapatkan risalah ni. mesti bagus dibaca, menambahkan ilmu :)

KAMATO said...

khairyn, kalau nak saya boleh hantar

CikguZue said...

salam,
isu yg sedang hangat diperdebatkan di tempat saya juga. memang patut di detailkan penerangannya. para ulamak pun ada yg masih teraba2...apetah lagi yg baru masih 'muda' dgn agama.

ummu said...

salam En Kamato
Terima kasih sudi singgah teratak kami.salam perkenalan

safiudin.com said...

salam ziarah En Kamato,

isu semasa yang perlu difahami semua umat Islam.

KAMATO said...

cikguzue, amat wajar kita mengetahui sepenuhnya

KAMATO said...

um.masyitah, salam kembali

KAMATO said...

safiudin, memar wajar kita mengetahui sepenuhnya isu ini dan kesannya