Thursday, April 16, 2009

Riyal

Hampir kesemua money changer di Kajang kami singgahi, tapi mereka hanya note 500 Riyal. Kami mencari note yang kecil, agak sukar untuk berbelanja menggunakan note 500. Kami mencuba nasib di Bangi. Dua tempat terawal sama, hanya ada note besar. Akhirnya kami ke tingkat atas bangunan pusat membeli-belah yang menempatkan satu money changer di situ. Sedang kami tawar menawar, datang seorang hamba Allah ke situ. Katanya dia ada note kecil, jemput ke rumah katanya. Setelah bekenalan dan mendapatkan alamat kami berjanji akan mengunjungi rumahnya selepas waktu Asar. Selepas itu mengunjungi pejabat seorang sahabat, hanya 5 minit jalan kaki dari pusat membeli-belah itu. Kebetulan sahabat baru balik dari Tanah Suci. Alhamdullilah beliau masih menyimpan sejumlah Riyal, rezeki betul.

Selepas Asar seperti yang dijanjikan aku mengunjungi rumah hamba Allah yang ku temui. Ramai sanak saudara di rumah itu, dan banyak beg-beg yang menampakkan mereka baru balik. Katanya di baru balik dari Tanah Suci bersama keluarga. Lantas dia mengeluarkan keratan akhbar berkenaan kemalangan yg mengorbankan rakyat Malaysia di Madinah baru-baru ini. Katanya isteringa pergi bersama rombongan di pihak keluarganya. Apabila mengetahui isterinya terlibat kemalangan beliau bersama 4 oarang anaknya segera mendapatkan penerbangan ke Tanah Suci. Katanya Alhamdullillah semua di permudahkan, termasuklan tiket dan visa. Katanya sebaik dia sampai di Madinah, van untuk menguruskan jenazah sampai dan beliau berkesempatan menguruskan jenazah sehinggala selesai dikebumikan. Amat terharu mendengar ceritanya. Tak ku sangka aku berdepan dengan keluarga mangsa yang ku baca di akhbar-akhbar baru-baru ini.

Semoga arwah Pn Rozita Jamaludin di cucuri rahmat dan di tempatkan di tempat yang sewajarnya. Sesungguhnya kematian beliau adalah dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Al-Fatihah.

5 comments:

silversarina said...

Al Fatihah buat arwah Pn Rozita . Perginya semasa beribadat , walaupun perit buat ahli keluarga namun besar hikmahnya InsyaAllah.

Ni mesti nak ke Mekah sebab cari riyal kecil , semoga dipermudahkan perjalanan InsyaAllah.

Mak Su said...

syukur alhamdulillah utk kamato

dan al-fatihah utk mangsa kemalangan.

Masy said...

alfatihah utk arwah~

zino said...

al-fatihah.. amin

Nunn said...

al fatihah utk yg telah pergi.....ada hikmah disebalik pertemuan itu...