Thursday, April 30, 2009

Medan Magnet

Kami berpeluang melawat kawasan yang dikenali sebagai Medan magnet. Ianya terletak di luar tanah haram Madinah danmerupakan satu penemuan baru. Tiada seorang pengguni pun di kawasan ini. Cerita mengenai medan mangnet ini tidak tercatat dalam mana-mana cerita sahabat masa dulu, yang mengkagumkan magnet ini juga boleh menarik air, andaikata dituang air ke satu cerun, air itu akan mengalir menaiki cerun disebabkan tarikan magnet tersebut. Tetapi perkara tersebut tidak akan terjadi ke atas air zam-zam.

Semasa dalam pergi sebaik melalui kawasan cerun di dalam kawasan magnet tersebut van yg kami naiki behenti, free gear - van undur sendiri walau undur menaiki cerun. Bukan semua kenderaan sanggup untuk ketempat itu. Semasa dalam perjalanan pergi juga kenderaan terpaksa melawan arus tarikan magnet, walaupun padal minyak ditekan rapat kenderaan tidak akan pergi laju.

Sejarah nya tahun 80an seorang bangsa Yaman telah melalui kawasan ini, tiba-tiba keretanya rosak, apabila dia keluar dan menutup pintu keretanya jalan sendiri, sejak itu kawasan ini di jadikan kawasan tarikan pelancung.

Semasa dalam perjalanan balik, dengan menjadikan free gear, van yang kami naiki bergerak sendiri dengan kelajuan 120 km/j dan driver terpaksa mengawal brek. Jarak perjalanan yang melalui medan magnet itu adalah sekitar 6 km, Begitu besar sekali kejadian Tuhan. Setakat ini belum ada sebarang kajian ilmiah berkenaan kejadian ini. Kadang-kadang sukar untuk mempercayai tapi itu kejadian sebenar yang kami rasai.



Van yang kami naiki mengalami over heated dan terpaksa berhenti di tepi jalan


Meter van ini menunjukan kelajuan dalam keadaan free gear

5 comments:

silversarina said...

Salam,

1/ Selamat kembali dari mengerjakan ibadah umrah .

2/ Saya juga pernah ada pengalaman jalan medan magnet ni semasa di jalan antara Karak ke Laut Mati di Jordan , memang menakjubkan tapi jaraknya dekat sahaja , kamato alami sepanjang 6km memang amat2 menakjubkan . Mula2 memang saya macam tak percaya ,bila dah rasa sendiri , memang ianya benar.

KAMATO said...

silversarina, teringin nak tahu puncanya

PINATBATE said...

Subhanallah!

dEeWaN said...

Akum. Teringin nyer sy ke cni. Seronok dpt wat umrah. Insyaallah sy kan smpai juga.....Sume 2 dugaan kan. Moga sbr & tabah mhadapi rintngan.

KAMATO said...

Pinatbate, kuasa Allah

deewan, mudamudahan sampai