Tuesday, December 02, 2008

Kenduri Abang Lah

Kenduri kahwin puteri sulong Abang Lah di Taman Langat Jaya, Bandar Baru Bangi ini menyaksikan sekali lagi permuafakatan gotong royong penduduk taman selama 2 hari satu malam. Alhamdullilah semunya berjalan lancar sepenuhnya.
Tak tidur sepanjang malam bertemankan periuk-periuk besar ini. Menjelang subuh semua menu telah siap sepenuhnya.
Beriani Gam Batu Pahat merupakan menu utama. Agar sukar untuk menyediakannya. Nasi di masak di atas rebusan daging. Mengandungi hampir 40 bahan untuk digaul bersama daging. Hasil nya...uhm...memang mengancam. Boleh lawan beriani gam putrajaya.
Pasangan mempelai, semoga bahagia ke anak cucu
Majlis makan beradap
Adik Husna dengan violinnya mengiringi majlis santapan
Kumpulan silat yang telah ditubuhkan lebih 10 tahun di Taman ini memohon restu kedua mempelai untuk memulakan persembahan.
Pertunjukan bermain senjata di hadapan mempelai menarik minat pengunjung yang hadir
Sebagai tanda ucapan terima kasih, penyampaian hadiah sumbangan keluarga pengantin kepada semua warga taman.
Tahniah Abang Lah, Terima kasih kepada semua warga taman kerana berjaya mengujudkan suasana kampung dalam menjayakan majlis ini.

14 comments:

arsaili said...

salam...caya la sdr turun padang ..tgh nak imagine cam ne sdr masak nasi beryani tuh...ahahaha

PINATBATE said...

salam..amboi meriahnya suasana gotong-royong ..
terasa-rasa beriyani kat tekak..huhuhu..

silversarina said...

Meriahnya majlis kawin dan semangat gotong royong tu yang buat majlis tambah berseri, Alhamdulillah.

Mak Su said...

wahhh, suka tgk persembahan pencak silat. violinist pun ada... meriah ek.

asuhara sue said...

best kan? mujurlah saya masih ada kampung untuk merasa semuanya, selain beriani gam, ada zapin sebagai selingan! dan semuanya anak2 kampung sendiri.

zino said...

seronok dengar bila masih ujud semangat gotong royong ni di lakukan bila ada majlis..

teringat masa kecik2 dulu di kampong.. bila ada majlis semua turun padang gotong royong.. sekarang semua dah main katering je..

cikdinz said...

bagus taman ni....
tetap mengekalkan semangat kejiranan..

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah. Bukan senang nak jumpa semangat macam itu di kawasan bandar sekarang.

Nunn said...

memang best buat kenduri gotong royong ni....payah nak jumpa dah sekarang ni...

Sastri said...

wa... susah nak carik orang buat gotong-royong macam ni sekarang... ramai main kater jer... mesti sedap nasik briyani tu... huhuhu...

ManjLara said...

hmm..dh lama tak tengok kenduri kawen yg meriah mcm ni, siap ada main biola lagi!

:)

Tokyo BLUE said...

meriahhhhhhh

DeeN said...

Pergh.
Suka benar aku dgn nasi beriani gam. Yg NBGPutrajaya tuh sodap.

Kat kg aku jarang bebenor ada majlis macam tu. Silat jauh sekali ler. Kalo ikut hatiku ini, biar aku jer g silat depan pengantin tuh. Hhahaa.

arsaili said...

salam eid ul adha..hidup penuh pengorbanan..semoga dipermudahkan