Friday, November 14, 2008

Pulau Mutiara

Baru-baru ini aku bekesempatan 3 malam di Pulau Mutiara atas tugas. Siang 8 jam dipenuhi dengan tugas. Malam aku penuhi masa dengan aktiviti makan-makan. Oleh kerana aku menggunakan jalan udara perjalanan aku di sini agak terhad. Rasanya hajat untuk melepaskan masakan penang terlaksana.
Malam pertama sempat menikmati sop kambing di restoran nasi kandar Hameed di Penang Road. Restoran ni agak terkenal di sini. Dia punya sop rempah memang mengancam.
Petang hari kedua menyeberang ke tanah besar menggunakan feri. Dah bertahun aku tak menggunakan feri ni secara jalan kaki, terasa kekok. Dulu-dulu setiap minggu aku menggunakan feri ni berulang alik dari tanah besar ke pulau. Sampai di Bagan member dah tunggu, terus ke rumahnya pekena Char kueh tiaw. Member aku ni memang handal masak, sekarang ni pun dia handle dua kantin kilang. Memang sukar nak dapat rasa sebenar char kueh tiaw di KL macam di Penang ni. Setiap kali ke Penang ni la makanan kegemaran aku. Lepas magrib mengunjungi sahabat yang kurang sihat di Sungai Petani. Baliknya singgah di warung bersila di Lahar Kepar. Warung ni cuma di buka dari 8.30 mlm hingga tengah malam. Masakan semua panas-panas. Punya la ramai pengujung kat warung ni, semua bangsa ada. Seronok tenguk manusia berebut ambik makanan. Sayang aku tak ambik gambar. Dengar cerita jualan satu malam warung ni mencecah RM 6 ribu. Dulu-dulu warung ni dikenali warung jam sepuloh, sebab hanya di bukak selepas pukul 10 malam. Tapi atas permintaan dia dah buka awal.
Malam ketiga 6 orang sahabat lama datang dari seberang ke hotel aku duduk untuk bawak aku ke Bayan Lepas. Kami memang baik sejak dari bujang lagi. Kali ni pekena ikan bakar. Macam-macam ikan ada. Makan sunggu-sungguh malam tu. Sesungguhnya aku sanjung tinggi sahabat semua.

Di Jeti Feri Penang. Sekali pandang macam di Darling Habor Sydney.
Bot-bot kecil nelayan di persisiran pantai di Bagan
Wajah-wajah yang kepenatan, feri sentiasa menjadi pilihan utama untuk berulang alik dari Penang ke Seberang
Perairan Selat Melaka, kerja-kerja naik taraf sedang giat dijalankan
Pemandangan dari jeti pada waktu malam
Negara kita telah dibebani lambakan pekerja asing sehingga pekerja tempatan terpaksa bersaing dengan mereka. Lambakan pekerja asing ini bukan hanya pada sektor perindustrian dan servis sahaja. Kalau kita lihat sebahagian besar pemuzik di hotel-hotel sekarang ni telah menggunakan khidmat kumpulan pemuzik dari Filipina. Yang pelik mereka ni boleh bertutur dan menyanyi lagu melayu. Macamanalah pemuzik tempatan nak cari makan.

14 comments:

Nunn said...

ni kira bekerja sambil makan makan la ni ye...kalu kat penang gua mesti pergi kat teluk tempoyak ...kalu tak pergi tak sah beb....

zafi said...

yeah the food is quite tempting!
tak naik bukit bendera? if the cable car wokring lah.. :P
I like the tired faces picture! vintage! :)

Led said...

tetiba tingat sotong kangkong

MySkills said...

Lepas kahwin orang Penang baru rasa masuk Penang hehehe

Yang seronok bila naik feri waktu malam, cantik lampu di Tanjung dan angin yang bertiup boleh menaikkan 'semangat'.

Tapi... yang tak seronok bila naik feri siang, air nampak kotor dan penuh dengan sampah, orang yang naik penuh dengan muka masam, mengantuk, letih, moody.....tak lawa langsung!

Yang sedapnya bila makan rojak kat Padang Kota waktu malam, tak sedar tahi gagak masuk dalam rojak hehehe


Bye/iffli

zino said...

gambar awek tu memang original.. macam mana sempat curi tu.. hehe.. tak cari abang syukor ke?

arsaili said...

salam...siap tangkap gambar aweks..ahahah...just kidding

cikdinz said...

nak salah kan sapa kalau dah pendatang ramai kat sini...

Mulan said...

salah org kita jugak masalah lambakan pendatang asing ni...

Mak Su said...

3 malam, tapi banyak tempat dapat dicover ya.. :)

silversarina said...

salam,

lama tak pergi sana, InsyaAllah lepas raya haji kami JJCM di sana :)

asuhara sue said...

hameed tu mmg tempat nasi kandaq yg paling best pada saya...tapi x penah la makan sop pulak.
kalau p tanjung bungah ( o.t.w to ferenghi) tu, ada makcik+pakcik jual mee udang+ laksa. laksa dia terangkat wooo...tak cukup mkn 1 pinggan tuuu.....

khairyn said...

Saya selalu sesat di Penang hahahaha.. erk kalau pergi memang saya tak suka drive sebab tak tahu jalan.

Penang is paradox and rich with culture. Saya suka bangunan colonial.

KAMATO said...

Nunn, setuju…teluk tempoyak punya ikan bakar memang best….

Zafi, tired faces tu…..kadang2 susah dpt peluang ambik gambar gitu

Led, sotong kangkong padang kota memang sampoi

Myskills, kalau air laut tu jadi bersih, itu bukan penang namanya ….hehe

Zino, tak sempat nak cari bang sukor, sekejap sangat

Arsaili, tertangkap…tak sengaja…hehe

Cikdinz, susah nak kata sapa salah… majikan memang cari peluang

Mulan, orang kita pun terlalu milih kerja

Silversarina, ok…cuti hujung tahun ke

Asuhara, sebut laksa penang, memang telan air liur

Khairyn, saya banya juga simpan koleksi foto colonial building kat penang

kuIna said...

i know warung kat lahar kepar tu.... fuhhhh manyk sedap ooo mkn kat situ.. rindu la pulak kesana..