Thursday, August 14, 2008

Praha

Walaupun agak terlewat, berikut sedikit catatan berkenaan Praha.

Perjalanan dari Berlin ke Praha dengan keretapi memakan masa hampir 5 jam. Di sepanjang jalan dari sempadan Jerman dan Rep of Chec sehingga la ke Praha keretapi menyusuri bersebelahan sebatang sungai. Kebesaran Tuhan yang menjadikan alam, sungai itu berada diantara dua bukit di kiri dan kanan. Dengan kata lain keretapi menyusur di tepi sungai yang begitu jernih dan diantara dua bukit-bukit di kiri dan kanan di sepanjang perjalanan. Suasana memang cukup menyamankan. Buat pertama kali menjejak kaki di station keretapi di Praha mungkin kita menyangka Praha merupakan Bandar kecil kerana station keretapi itu tak ubah seperti station keretapi di Kuala Kangsar. Dari Station keretapi ke Bandar Praha boleh menggunakan teksi, bas ataupun keretapi bawah tanah. Kami memilih keretapi bawah tanah, ternyata Praha mempunyai sistem pengangkutan bawah tanah yang canggih, tak ubah seperti juga system di Berlin dan London. Perjanan dari station keretapi ke tengah kota Praha dengan menggunakan tube ini memakan masa 10 minit dengan tambang 18 Krone atau pun lebih kurang RM 4. Sebaik melangkah kaki keluar ternyata sangkaan Praha merupakan Bandar kecil ternyata melest sama sekali. Kota Praha merupakan kota yang cukup besar dan di penuhi dengan binaan- binaan lama yang terjaga rapi. Dengan masa yang begitu singkat kami mengambil keputusan menggunakan taxi khas untuk pelancong yang berjalan mengelingingi Bandar semata-mata untuk melihat suasana dan keindahan kota lama itu. Jalan-jalan di kota ini mesih mengekalkan menggunakan susunan batu menampakkan suasana Bandar bersejarah. Praha merupakan pusat pentadbiran Czech. Penduduk kota ini dianggarkan melebihi 1.9 juta. Praha merupakan salah satu Bandar tercantik di Eropah. Mengikut Guinnes World Records, Prague Castle merupakan ancient castle terbesar di dunia. Kota ini juga terkenal dengan panggilan "the mother of cities", "city of a hundred spires” dan "the golden city". Sapa yang berminat dengan product kristal dan batu granite, di sini la tempatnya.

Perkampungan di sepanjang sungai - suasana amat menyejukan dan menyamankan

Sepanjang jalan menyusuri sungai dan bukit-bukit menghijau


Melihat struktur binaan rumah, mungkin ianya bukan milik orang kebiasaan

Bandar Praha di lihat dari puncak bukit

Struktur binaan bangunan bersejarah, kalau dilihat struktur batu untuk membuat jalan itu saja sudah menggambarkan suasana bandar zaman dulu

Di satu kawasan bazar membeli-belah

Di dataran kawasan tumpuan pelancung

Sesat di tengah kota

21 comments:

Kaktiny said...

bangunannya ala-ala yang ada kat bukit tinggi kat mesia ni la kan..
(hihihiih... tapi mmg tak sama ngan kat sana weh.. sana luas alam.. bukit tinggi ciput jer.. hihihii)

Unknown said...

masyaAllah cantik.. indah betul praha

Butaseni@Wan Raja said...

gambar gambar atas tu nampak sungguh fresh.yang bawah bawah pulak architechture yang boleh buat aku tak mau balik huhuh.
terpesona aku.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam

5 jam perjalanan kalau banyak pemandangan yang cantik untuk ditonton, tentu tidak menjemukan.

Saya suka arkitektur bangunan-bangunannya itu. Unik!

PINATBATE said...

bertuahnya dapat ke sana...

silversarina said...

salam,

cantik bangunan lama di Praha, aman dan nyaman pastinya.

semoga bapa kamato semakin sihat, InsyaAllah.

NBK466 said...

Bestnya dpt tgk tempat2 cantik kat negara org.... Lagi best bila sponsorred..he.he.he.

zino said...

cantik cantikk...

khairyn said...

Lepas ni kalau ada masa silalah ke Budapest. Suka sangat bandar tu banding dengan Praha yang selalu over-crowded dengan tourists.

Kalau keluar dari bandar besar, pemandangan kampung memang begitu mengasyikkan dan menenangkan. Indah bumi ciptaan Allah.

khairyn said...

oh.. juga aku doakan ayahmu segera sembuh.

arsaili said...

salam..sungguh cantik subhanaAllah. Sdr saya kat airport nak kembali ke australia. Mungkin kita bole berjumpa di sini plak

Izariza said...

Saudara,
Jauh perjalanan luas pengalaman .. seronoknya ..

ontahsapo said...

memang cantek... teringin nak pegi...

zlaa said...

Belum sampai lagi. Dan rasanya tak akan sampai pun .. Dah okay ke ayah Kamato?

Mulan said...

cantik... cantik... saya suka sangat menikmati alam ciptaan Ilahi..

kuIna said...

chantek oooo... sy suka pemandangan yg mcm tu.. sejuk mata memandang!

Sri Diah said...

Wah cantiknya, terpesona dengan pemandangan sama ada di laluan keretapi maupun di bandar. Senibina bangunan lama tu sungguh unik. Ada orang duduk ke di bangunan2 tu? Atau macam monumen saja? Ayah macamana?

Mak Su said...

apa kabar di perantauan? agaknya praha tu sudah pun diistiharkan sebagai kota warisan?

Sastri said...

cantik2 belaka... bertuah la dapat lihat semua ni... saya, jika diluluskan permohonan bertukar, mungkin dah tak ke luar negara sekerap sekarang kot... :)

Masy said...

syioknyeeeee

KAMATO said...

Kaktiny, agak bebeza kalau compare bukit tinggi

Penoreh, kuasa Tuhan

Butaseni, Aku pun tak puas duduk situ..

BP, memang 5 jam tu tak terasa, sebab pemandangan yang indah

Pinatbate, dah lama berhasrat, baru ada rezeki

Silversarina, Terima kasih…keadaan nya masih begitu

Nbk, cantik macamanapun Negara kita lagi best

Khairyn, Insyaallah kalau ada rezeki ingin juga ke sana

Arsaili, mudah-mudahan dapat kita jumpa nanti

Ontahsapo, banyak khazanah tersembunyi di situ

Zlaa, ambik peluang sementara masih kat Europe, bila dah balik nanti susah nak pergi situ, ayah macam tu la masih macam tu, terpaksa maintain dengan ubat

Mulan, memang menarik tempat tu
Kuina, keadaan seperti itu dah hamper pupus di semenanjung

Sri Diah, semua bangunan itu adalah berpengguni

Maksu, saya dah kembali dari perantauan….

Sastri, oh..nak bertukar mana pulak tu? Magnet tu ada ni…

Masy, terima kasih singgah