Wednesday, July 20, 2005

MEMAHAMI SITUASI UMAT

Situasi yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini tidak jauhberbeza. Dengan ucapan-ucapan penuh retorik, para pemimpin G8 yangbersidang di Gleneagles dengan segera mengambil kesempatan atas kejadian di kota London itu untuk menguatkan lagi usaha menentang keganasan. Pihak media pula membuat spekulasi awal iaitu tentang laman web "Pertubuhan Rahsia Al Qaeda Eropah" dan pengebom beranimati. Semuanya samada sedar atau tidak telah melahir dan memperhebatkan lagi syak wasangka ke atas komuniti kaum muslimin. Pada masa inilah, iaitu ketika komuniti muslimin sedang dituduh, diserang dari pelbagai penjuru dan berhadapan dengan pelbagai persoalan, kita seharusnya bertanya kepada diri kita, apakah yang sewajarnya kita lakukan untuk mengatasi semua ini. Ini sebenarnya adalah suatu bentuk ujian dari Allah SWT. Kita akan dipersoal tentang sikap kita dalam menghadapi apa yang berlaku.
"Dan sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kamimengetahui siapakah yang bermujahadah dan yang bersabar di antarakamu, dan kami akan menyatakan hal ehwalmu" ( siapakah yangberdusta, dan siapakah yang benar) [TMQ Muhammad (47): 31]
Allah telah mengangkat umat Islam untuk memikul dakwah Islam danterus menyatakan yang hak walaupun berhadapan dengan berbagai provokasi dan ujian.. Sesungguhnya menyatakan kebenaran tentang segenap aspek penjajahan ke atas dunia kaum muslimin, pembunuhan dan maruah yang dirampas oleh kuasa-kuasa barat merupakan kewajipan yang paling tinggi dan agung. Peristiwa yang berlaku di kota London sudah tentu akan digunakan oleh kuasa-kuasa barat ini untuk menutup mulut kaum muslimin dan meletakkan kaum muslimin terus menerus di dalam keadaan yang defensif dan menyerah kalah dalam menyuarakankebenaran. Memang benar, hukum di dalam Islam tidak membenarkan pembunuhan jiwa orang-orang awam, tetapi pada masa yang sama, Islamtidak membenarkan kaum muslimin dicemuh dan terus diperlecehkan tanpa bukti yang kukuh atau lemah. Sebenarnya, spekulasi yang diada-adakan itu hanyalah untuk melahirkan ketakutan di dalam jiwa kaum muslimin agar mereka mengubah pendirian mereka terhadap hegemoni barat. Sekiranya kaum muslimin tetap berpegang kepada Islam dan tetap mengatakan yang hak, ia akan dijadikan pula alasan untuk menahan dan memasukkan mereka ke dalam penjara.
"Tidak ada sebab mengapa kami tidak bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami benar-benar akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah sahaja orang-orang yang bertawakkal itu berserah diri" [TMQ Al Ibrahim (14) : 12]

No comments: