Thursday, July 28, 2005

Masih ada rezeki

Balik kerja semalam dikejutkan satu cerita, basikal zahir hilang. Memang pagar rumah selama ini tak pernah berkunci, lagipun siang hari dan kiri kanan rumah memang ada orang. Oleh itu tak pernah terpikir pun ada orang yang berani masuk pagar dan bawak lari basikal tu. Aku yakin memang budak taman ni punya kerja. Sebenarnya basikal tu di beli di UK sembilan tahun yang lalu, cukup tahan lasak. Malah beberapa tahun yang lepas masa aku hantar tukar tayar basikal tu kat kedai, tokey kedai tu nak beli basikal tu. Bila dah hilang geram jugak, so petang tu aku terus jumpa sorang kawan dalam taman ni. Kawan ni memang agak berpengaruh, taman aku ni boleh dikatakan dia ni yang jaga siang dan malam sebab dia punya bengkel welding di pinggir taman. Sebut je Zali semua dalam taman ni dan sekitarnya kenal. Dia ni pun orang kuat surau dan budak-budak memang tak berani angkat muka. Lepas ditanya bentuk basikal tu, dia kata mungkin masih ada harapan untuk jumpa sebab dia yakin basikal tu masih di sekitar kawasan ni.
Tengahari ni Zali call aku kat pejabat, katanya basikal tu dah jumpa. Aku macam tak caya macam mana boleh jumpa. Petang ni balik kerja aku terus cari Zali, macam biasa petang dia minum kat kedai depan. Rupanya yang curi basikal tu budak India taman sebelah, dan basikal tu disembunyikan di tepi sungai. Zali ni pun dah jumpa mak ayah budak tu. Ayah budak tu mintak maaf dan dia kata dia akan ajar cukup-cukup anak dia. Dan sampai ke pukul 6 petang ni budak india tu masih tak berani balik rumah.
Dengan sikap positif emak ayah budak tu, aku yakin budak tu masih boleh dibetulkan. Zahir bila dia nampak basikal tu ada balik, dia kata Alhamdulillah....

Friday, July 22, 2005

Mutiara Ilmu

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila di belanjakan tetapi ilmu bertambah apabila di belanjakan.
Syadina Ali bin Abi Talip
Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
Syadina Ali bin Abi Talip

Orang tetap akan menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu hari ketika dia berkata, "Aku sudah pintar"
, maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya.
Lugman Hakim

Wednesday, July 20, 2005

MEMAHAMI SITUASI UMAT

Situasi yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini tidak jauhberbeza. Dengan ucapan-ucapan penuh retorik, para pemimpin G8 yangbersidang di Gleneagles dengan segera mengambil kesempatan atas kejadian di kota London itu untuk menguatkan lagi usaha menentang keganasan. Pihak media pula membuat spekulasi awal iaitu tentang laman web "Pertubuhan Rahsia Al Qaeda Eropah" dan pengebom beranimati. Semuanya samada sedar atau tidak telah melahir dan memperhebatkan lagi syak wasangka ke atas komuniti kaum muslimin. Pada masa inilah, iaitu ketika komuniti muslimin sedang dituduh, diserang dari pelbagai penjuru dan berhadapan dengan pelbagai persoalan, kita seharusnya bertanya kepada diri kita, apakah yang sewajarnya kita lakukan untuk mengatasi semua ini. Ini sebenarnya adalah suatu bentuk ujian dari Allah SWT. Kita akan dipersoal tentang sikap kita dalam menghadapi apa yang berlaku.
"Dan sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu sehingga kamimengetahui siapakah yang bermujahadah dan yang bersabar di antarakamu, dan kami akan menyatakan hal ehwalmu" ( siapakah yangberdusta, dan siapakah yang benar) [TMQ Muhammad (47): 31]
Allah telah mengangkat umat Islam untuk memikul dakwah Islam danterus menyatakan yang hak walaupun berhadapan dengan berbagai provokasi dan ujian.. Sesungguhnya menyatakan kebenaran tentang segenap aspek penjajahan ke atas dunia kaum muslimin, pembunuhan dan maruah yang dirampas oleh kuasa-kuasa barat merupakan kewajipan yang paling tinggi dan agung. Peristiwa yang berlaku di kota London sudah tentu akan digunakan oleh kuasa-kuasa barat ini untuk menutup mulut kaum muslimin dan meletakkan kaum muslimin terus menerus di dalam keadaan yang defensif dan menyerah kalah dalam menyuarakankebenaran. Memang benar, hukum di dalam Islam tidak membenarkan pembunuhan jiwa orang-orang awam, tetapi pada masa yang sama, Islamtidak membenarkan kaum muslimin dicemuh dan terus diperlecehkan tanpa bukti yang kukuh atau lemah. Sebenarnya, spekulasi yang diada-adakan itu hanyalah untuk melahirkan ketakutan di dalam jiwa kaum muslimin agar mereka mengubah pendirian mereka terhadap hegemoni barat. Sekiranya kaum muslimin tetap berpegang kepada Islam dan tetap mengatakan yang hak, ia akan dijadikan pula alasan untuk menahan dan memasukkan mereka ke dalam penjara.
"Tidak ada sebab mengapa kami tidak bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami benar-benar akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah sahaja orang-orang yang bertawakkal itu berserah diri" [TMQ Al Ibrahim (14) : 12]

Saturday, July 09, 2005

TT Mc Donald

TT Tribetoyota bulanan kali ini adalah di McD Kepong. Ianya merupakan antara TT terbesar setakat ini. Sebanyak 40 keluarga telah berkumpul. Sebahagian besar muka-muka lama hadir pada malam itu. Mungkin disebabkan host malam tu adalah Lawchoo & Catch menyebabkan penyertaan begitu menggalakkan. Pihak McD juga telah menyediakan pakej permainan untuk kanak-kanak. Perjumpaan bulan depan dijangkakan adalah di Bandar Baru Bangi iaitu sempena malam merdeka.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com