Tuesday, June 29, 2004

Tugas Sebenar

Cubaan sebenar kerja di tempat baru, baru bermula. Di kalangan group yang ditempatkan bersama-samaku rasa-rasanya work-load yang aku terima agak berat. Bahagian yang aku handle ni merupakan kerusi panas. Disinilah selalunya masalah timbul dan di sinilah juga yang menjadi tumpuan dikalangan warga minister. Satu makanisma baru perlu diujudkan ke atas pogram baru yang baru saja dilancar.

Dalam masa yang sama juga aku ditugaskan untuk menanggung kerja P(T) yang berkursus selama sebulan. Satu kerja yang di luar skop profesion ku sebenar. Tetapi berkat pengalaman mengendalikan peruntukan yang berjuta sebelum ni, rasanya tak masalah untuk aku handle. Yang tak seronoknya baru je datang tapi dah terpikul tanggung jawab yang berat. Risau juga takut orang lain kata. Tapi apa hal pun aku akan tunjukan yang terbaik. Reaksi dari kakitangan setakat ni amat positif. Sentiasa ada masalah yang perlukan pendapatku. Mungkin jugak mereka nak menduga. Tapi setakat ni semuanya masih berjalan lancar.

Dalam kesibukan tugas baru aku juga perlu menumpukan perhatian pada pelajaranku. Assignment perlu di hantar dalam waktu terdekat. Aku hanya berharap dapat mengatasi semua cubaan ini……

TT Putrajaya

Malam minggu yang lepas pogram yang di rancang sekian lama terlaksana sudah. Perhimpunan bulanan di kalangan gembala unta telah diadakan di Kelab Tasik Putrajaya. Perhimpunan TT kali ini antara yang terbesar pernah di buat yang melibatkan 26 unser dengan penyertaan 130 orang. Cukup meriah. Cuma majlis agak tersentak bila makanan yang dihidang habis sekejap dan ada yang masih tak dapat disebabkan kesilapan teknikal pengurusan Kelab. Naik kecut perut dibuatnya. Tapi mujur tindakan pemulihan dapat dibuat. Ramai muka-muka baru pada malam tu. Majlis juga dikejutkan dengan pengumuman birthday pada seorang ahli di situ. Kek yang aku uruskan tupun agak besar, 4 kilo. Satu keistimewaan di kalangan ahli Funser ni ialah mereka begitu sporting. Walupun jarang berjumpa atau setengah tu baru pertama kali berjumpa, tapi kami seolah-olah dah lama kenal. Mungkin disebabkan selalu chat di web forum.

Pogram malam tu diakhiri dengan konvoi beramai-ramai dan last farewell di Dataran Putrajaya. Mungkin pada sapa-sapa yang melihat kami konvoi malam itu agak terkejut, agak panjang jugala. Bayangkan 26 unser. Masing-masing bersurai pada pukul 12 malam. Sepanjang 3 hari ini banyak pujian yang diberikan di kalangan ahli. Masing-masing puashati dengan pogram yang dirancang. Perhimpunan seterusnya ialah pada 4 Julai ni di Sungai Congkak, tapi aku tak dapat join kerana ada kelas…..

Saturday, June 12, 2004

Lawatan ke ILP Kota Samarahan

11 Jun jam 7.30 pagi kami dah check out dari hotel. Suasana di hotel pagi tu agak kelam-kabut kerana akan menerima tetamu iaitu Yang Pertuan Agong, TPM dan CM. Mereka ni dijangka akan tiba kira-kira jam 9 pagi. Sebenarnya perayaan hari gawai akan disambut di Miri pada 11 Jun, oleh yang demikian boleh dikatakan semua hotel di Miri fully-book. Sejak pukul 7.15 pagi lagi Hj Rahman dan Suyanto telah menunggu kami di Lobi hotel. Seebaik semua selesai kami terus ke airport. Kebetulan Hj Rahman pun akan ke Kucing menggunakan penerbangan yang sama. Pukul 8.30 pagi kami berlepas. Di lapangan terbang Kota Samarahan beberapa kakitangan termasuk pengarah ILP KS telah menunggu kami. Kami terus bertolak ke ILPKS, dan tanpa kami jangka sambutan yang diberikan oleh ILP adalah diluar jangkaan. Kemungkinan Dato' juga terkejut. Kami disambut di pintu pagar dengan bunga manggar dan kompang juga diiringi beberapa pelajar yang mengenakan pakaian tradisi tempatan. Di samping itu sekumpulan penari juga telah membuat persembahan sebagai mengalukan kehadiran Dato'. Selepas taklimat dan makan tengahari kami terus ke Hotel di bandar Kucing untuk berehat sebentar sebelum meneruskan pogram pada petang itu.
Seperti yang dijanjikan tepat jam 3 petang Hj Rahman telah datang menjemput kami di hotel. Kali ni dia sendiri yang memandu Lexius, kereta pejabat katanya. Sebenarnya kami menerima jemputan dari Dato' Hasni CEO Naim Candera. Naim Candera adalah antara syarikat terkemuka di Sarawak. Sebelum sampai ke Wisma Naim terbayang jugak bagaimana agaknya pejabat seorang jutawan. Kami sampai di Wisma Naim tepat jam 3.30 petang dan aku tenguk Dato' Hasni very simple, dia hanya memakai T-shirt di pejabat. Tapi memang dia begitu peramah. Kami meninggalkan Wisma Naim jam 5.00 petang dan sempat kena Teh tarik dan roti canai sebelum mengghantar Dato' semula ke hotel. Selepas tu aku dan Mat Setia terus bertolak ke airport kerana kami berdua akan berlepas ke KLIA pada jam 7.30 malam. Sepanjang 2 hari di Sarawak memang memenatkan. Seperkara di Sarawak ni budaya memberi cenderamata kepada tetamu begitu terkenal. Sehingga ada juga yang memberi beras bukit sebagai cenderamata, jenuh membimbit......

Lawatan ke Miri

10 Jun, 8 pagi mem hantar aku ke Putrajaya KLIA Transit. Aku ingat nak check in dulu barula cari alas perut, kebetulan tak sempat nak minum kat rumah. Tapi elok je aku sampai kat KLIA, Mat Setia call aku.... katanya 'jangan check in dulu, tunggu aku'. Aku pun terus tukar haluan, terus ke food court dan kena roti canai dan teh tarik. Boleh tahan juga roti canai kat situ. Harganya pun tak le mahal sangat, RM 1.50 je sekeping. Sedang elok tengah suap roti canai, Dato' KP pulak call katanya dah sampai dan tunggu kat luar. Aku jawab 'ada kat bawah ni, kejap lagi sampai'. Kami berkumpul semua tepat jam 9.00 dan terus check in. Pagi tu airport agak busy, maklumlah cuti sekolah. Pukul 10.10 flight kami berlepas...
Pukul 12.00 tgh kami mendarat di Kucing untuk transit selama 1 jam. Yang lecehnya kat sabah dan sarawak ni kita kena daftar di Imegresen, macamlah kita ni dari negara lain. Aku pulak hari tu lupa nak bawak pasport, jadi kenalah isi borang... Dalam pada itu sempat jugak aku cas hand set aku kat situ.
Tepat jam 1.45 tgh kami mendarat di Miri. Sebenarnya ini lah kali pertama aku sampai kat Miri. Kalau setakat Kuching, KK dan Labuan tu dah biasa aku sampai. Hj Rahman dan Suyanto dah tunggu kami. Kami terus ke Park City Everly Hotel. Hotel bertaraf 5 bintang. Rasanya hotel tercanggih di Miri. Selepas sembahyang pukul 2.30 ptg kami lunch di hotel. Aku order char kue tiau, tapi entah apa-apa rasanya. Tapi disebabkan lapar habis aku bedal. Pukul 3.30 ptg kami sampai di tapak projek ILP Miri. Rupanya petang tu kontraktor telah mengatur 2 pogram sempena lawatan kami. Yang pertama ground test dan kedua majlis penyerahan derma pembesaran surau perma jaya sebanyak RM 50 ribu oleh kontraktor. Jadi suasana di tapak agak meriah, siap dengan kemah sekali. Petang tu kami saksikan ground test dibuat. Dari segi filling tapak projek ni adalah yang paling mahal dengan anggaran harga 14 juta ringgit. Anggaran kontraktor maxsimum filling adalah 42 meter, tapi rupanya sampai ke 48 meter iaitu cukup-cukup 4 batang. Aku tenguk semua dah risau, terutama Suyanto. Kalau lebih 4 batang memang rugi. Harga 4 batang tu saja dah RM 1 ribu, belum campur dengan sewa mesin dan pekerja. Tepat jam 5 kami keluar dari tapak dan kontraktor telah pun membawa kami ke projek rumah contoh. Macam-macam jenis dari harga RM 60 ribu hinggalah RM 1 juta seunit. Tapi kalau nak diikutkan rumah di sini agak murah jika dibandingkan dengan Semenanjung. Pukul 5.30 petang dia orang bawak kami ke gokart trek. Trek tu baru je siap. Memang cantik trek tersebut, 'ikut standard international' kata Suyanto. Masih belum lagi diserahkan kepada KBS. Buat masa ni ada 2 gokart dan atas nama Naim Candera. Setelah mendengar sedikit taklimat macamana nak mengendalikan gokart tersebut aku dan Dato' terus mengenakan pakaian dan terus memulakan memandu. Inilah kali pertama aku memandu gokart, payah rupanya mandu gokart ni. Ingatkan senang.... Habis bergegar semua badan. Lap pertama hanya menyesuaikan bagaimana nak mix minyak dan brek. Paling mencabar semasa conner. Masuk lap ketiga baru dah boleh tune menggunakan mesin tersebut. Pukul 7 kami terpaksa berangkat kerana lampu di trek tersebut tidak berfungsi, kalau tidak memang lajak sampai malam. Seronok rupanya memandu gokart ni, Mat Setia dan Rozikin pun turut juga memandu. Tapi bila semuanya baru first time memandu, kelakar jugakle...
Malam kami dinner di Grand Palace Hotel. Suyanto telah pun booking VIP room. Agak exklusif juga tempatnya. Menu malam tu Chinese food. Macam-macam ada, dan inilah kali pertama aku makan jelly fish. Dalam bahasa melayunya obor-obor, sedap juga rasanya.
Pukul 11 malam kami balik ke hotel, Suyanto nak ajak tenguk night-live kat Miri. Tapi terpaksa di tolak kerana terlampau letih. Mungkin kerana gara-gara gokart, lagi pun keesokan harinya terpaksa berlepas awal ke Kucing.

Wednesday, June 09, 2004

Hari-hari Terakhir

Walaupun secara rasminya aku telah bertukar di tempat baru, tapi aku masih berada di pejabat lama bagi tujuan peralihan tugas. Semalam aku terpanggil oleh Dato' KP, dalam saat-saat akhir ni ingat dah tak ada kerja rupanya masih ada lagi. Seperti yang aku duga dia mintak tolong untuk tanda tangan surat makluman pergerakan gaji sebab sekarang merupakan masa sewajarnya untuk memaklumkan pergerakan gaji tahunan. Sebenarnya peristiwa ni bermula sejak tahun lepas lagi, masa tu aku KPP(PL). Biasanya setiap tahun KP terpaksa tandatangan surat penyelarasan gaji untuk semua staff seluruh negara. Bayangkan kalau dah 2000 staff, kena pulak 2 salinan. Memang boleh terkehel la tangan..... Jadi aku gatal bukak mulut "Macamana kalau Dato' tanda tangan je dengan komputer". "Boleh ke Din? nanti orang kata apa pulak"... katanya. "Kalau Dato' izinkan saya cuba".. aku kata gitu. Aku scan guna high resolution tanda tangan Dato', hinggakan hasilnya tak nampak perbezaan dengan t/t asal. Aku tunjuk kat Dato', punya seronok dia dan semenjak dari hari tu bila melibatkan t/tangan KP yang banyak, pada akulah dia mintak tolong. Kalau setakat seribu t/t setengah jam boleh siap. Dia tak bagi orang mungkin takut salah guna. Kekadang tu risau juga aku takut aku yang tersalah guna....
Aku sempat juga pesan "kalau nak mintak tolong minggu ni je, minggu depan saya dah tak ada sisi". Tapi dia jawab "Ala.. takkan tak boleh tolong walaupun takda sini, nantilah saya mintak kebenaran dari En Wan" En Wan ni sebenarnya KP MLVK, bos aku yang baru. Apahal aku harap dapat sesuaikan diri dan diterima sepenuhnya oleh k/tangan MLVK..

Tuesday, June 08, 2004

PENERBANGAN TERAKHIR

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

- Tempat berlepas : Kehidupan dunia
- Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.
- Destinasi : Akhirat
- Masa berlepas : Ketika didatangi Malaikat
- Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa dicabut
- Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN:

Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

BARANG MUATAN YANG DI DIBENARKAN

5 meter kain kafan putih
* Kapas Putih yang secukupnya
* Muatan lain yang di pertimbangkan :-
- Amal soleh
- Sedekah jariah
- Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya
- Ilmu yang manfaat

PERHATIAN:

* Lain-lain muatan yang di tegah adalah tanggungjawab para penumpang. Barangsiapa yang tidak mematuhinya akan didenda.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS:

* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

DIULANG:

* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka di menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat sepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi; Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu. "

Friday, June 04, 2004

Durian oh durian

Baru ni aku singgah di pasar malam, mem pesan 'belilah apa-apa buah'. Aku tenguk sekarang ni boleh dikatakan hampir semua jenis buah tempatan ada kat pasar malam. Yang tak ada cuma keluarga langsat dan duku. Aku beli jugak buah durian. Hero aku yang kecik suka sangat buah durian. Lima biji cuma RM 5 sahaja. Mak! ai!!!! murah sungguh. Camnalah orang dusun nak cari makan. Ini harga pasar, harga kat kebun agaknya tinggal 50 sen sebijik. Kesian orang kampung.....

Aku teringat kawan aku Zino cerita pasal buah durian ni, kisah satu keluarga di kg nya.. katanya masih saudara juga le.. bila tiba je musim durian.. memasing mula berubah perangai.. semua jadi sombong pasal durian.. masa tu di kg durian ni macam satu harta yg berharga . masing masing berlumba lumba mendapatkan nya.. so kisah nya adik beradik pun boleh bergaduh dan tak bertegur sapa pasal durian..kalau org luar apa lagi.. masa tu memang tak berapa kenal le.. hehe.. kadang ada lucu nya .. bila dorian gugur..belum sampai ke tanah lagi pun.. memasing dah bersedia nak lari , bukan nak lari sembunyi diri tapi lari sapa dulu mendapatkan dorian tu.. caya tak..? tak caya? memang kalau sekarang org tak caya tapi dulu dulu itu lah yg berlaku pada famili ni.. kenapa sampai di kejar? pasalnya harga dorian masa tu memang berbaloi utk di jual.. tak makan pun tak pe.. asal dorian yg dapat di kutip dapat di tukar dengan RM..

Itu dulu , dulu lain sekarang lain..sekarang ni tak de lagi kot.. pokok durian pun dah banyak yg kena tebang.. ada di antaranya dah terlalu tua.. ada yg merajuk agaknya bila tuan dia asyik bergaduh setiap kali musim durian..dan ada juga di tebang kerana nak buat rumah.. org dulu2 tanam durian dalam kawasan rumah kononnya utk menyenangkan anak cucu.. tapi akhirnmya anak cucu berbalah...

Gitu lah cerita kawan aku tu, kalau macam ni la keadaannya. Sekarang ni dah tak sesuai tanam durian, kalau ada kebun biorla tanam pakok lain. Nak makan durian sediaje RM, bukannya mahal sangat. RM 10 dah tak habis satu famili

Wednesday, June 02, 2004

Sembang Kelab

Hari ni masuk hari kedua aku secara rasminya bertugas di tempat baru. Dan aku dah mula terasa kebahangan kesusahan mencari tempat parking kerana parking lot kebiasaanku telahpun dinodai. Tapi aku pun tak kesah, kerana bukan hakku pun. Sehingga setakat ini aku masih berada di pejabat lama untuk tujuan peralihan tugas. Yang bestnya aku boleh bawa punch card pejabat baru bawak ke pejabat lama. Tapi keistimewaan ni hanya sehingga tengah bulan ni je... Lepas ni sepenuh masala aku dengan tugas-tugas baru. Kekadang tu teringat juga kekawan yang ditukarkan jauh, camnala agaknya dia orang.
Lewat petang aku terima SMS dari Amir 'Jumpa di Kelab Tasik jam 5.30'. Dalam hati aku terkejut jugak, apasal dia orang ubah sepatutnya perjumpaan pukul 6 ptg. Aku reply OK je... Tak lama lepastu aku terima pesanan suara pulak, minta aku datang juga jam 5.30. Dalam hati aku bersungguh bebenor dia orang ni. Tepat jam 5.15 aku keluar pejabat, kebetulan bersama Suhaimi dan Shida (member senasib). Sempat juga pesan kat Suhaimi minta bantuan kalau Unser aku kena blok. Inila nasib duduk lot haram.... Memang betul kena blok dengan wira, mujur wira tu tak tarik hand brake.
Jam 5.25 aku dah sampai Kelab Tasik, tapi nampak gaya aku sampai dulu sebab tak nampak pun kereta member. Tepat jam 5.30 Amir sampai, dari jauh dah senyum. Sebenarnya Amir ni kerja kat BPR, satu parcel dengan pejabat ku. Kekadang tu ngeri jugak sembang dengan orang BPR ni. Tapi aku tenguk Amir ni kepala lebih kurang je.. kut lebih teruk dari aku. Kalau dia baca blogspot aku ni tentu dia gelak punya. Kami sembang kat lobi sambil tunggu Che Mat. Che Mat ni sebenarnya orang kuat Perbadanan Putrajaya, banyak pengaruh dia. Kekadangtu seronok juga kenal ramai kawan..Tepat jam 5.40 Che Mat sampai, mat ni memang jenis riuh bukan main. "Mintak maaf lambat" itu la yang mula disebutnya. Kami terus cari tempat duduk yang sesuai dan pesan minuman. Belum apa-apa dia orang berdua start perbualan dengan pogram hujung minggu ni. Dia orang ni sebenarnya ada trip ke Cerating. Sebahagian perbelanjaan ditaja oleh UMW Toyota. Aku tak boleh nak join, pertama kerana ada kelas hujung minggu dan keduanya aku tak boleh cuti selama 28 hari. Memang dia orang saja nak menjeleskan aku. Aku potong pun perbincangan dia orang, "OK OK kita mulakan perbincangan kita"
Sebenarnya tujuan kami berjumpa ni adalah untuk membincangkan pogram TT bulan Jun. Giliran kami di Putrajaya jadi tuan rumah. Kami dah booking bilik atas Kelab tu yang boleh muat 120 orang. Kami risau sebenarnya kerana penyertaan sekarang ni dah hampir 105 orang walaupun pogram tersebut dijangkakan 3 minggu lagi. Maknanya kemungkinan besar penyertaan akan melebihi kapasiti dewan tu, sebab ramai member yang selalu join masih belum bersuara. Masing-masing sibuk sangat agaknya. Perbincangan kami terus kepada aturcara, menu dan agihan tugas. Kami terpaksa merancang rapi kerana Kelab ni tutup jam 10 malam. Ini bermakna sebelum pukul 10 mesti semua dah soru, lepastu barula boleh continue pogram selanjutnya. TT kali ni dijangkakan adalah yang paling special dan akan mengejutkan semua ahli. Kita merancang akan melibatkan anggota traffic yang akan mengiringi konvoi dari Kelab Tasik ke Kem Kewangan (melalui jambatan) dan terus ke PCC dan balik semula untuk berkumpul di Dataran. Jambatan dari Kem Kewangan ke Dataran akan dibuka semata-mata untuk rombongan kami pada malam tu, dan tempat letak kereta khas akan di selaraskan di Dataran. Walaubagaimanapun ini cuma rancangan kami je. Sejauh mana ianya akan terlaksana bergantung pada masa dan keadaan. Tapi aku yakin ianya akan berjaya kerana Che Mat ni kontrol seluruh Putrajaya, jadi mudah sikit dia nak berurusan. Hampir pukul 7 baru kami beransur dari Kelab tu...
Sampai rumah mem mintak tolong pulak suruh masak daging merah, katanya anak yang order. Biasanya camtula, kalau ada menu yang pelik sikit akula kena turun padang. Tapi mem dah siapkan semua bahan, aku tinggal kayuh je...Nasib baikla ada sedikit ilmu masak ni, memang masa bujang dulu aku pernah belajar masakan siam. Pernah juga menuntut tebar roti canai dengan mamak penang. Kebetulan pulak aku pernah kerja di restoran bangla di UK. Restoran tu pulak telah dianugerahkan no 5 tersedap masakan india di seluruh UK. Mulanya cuma basuh pinggan tapi lama-lama dibagi juga peluang masak.
Dua orang hero aku ni memang minat sangat daging merah, bila tenguk dia orang makan sambil meratah licin, seronok rasa..............