Friday, May 27, 2011

Makan-makan di Miri

Dua hari aku di Miri. Aktiviti utama selain tugas rasmi adalah makan, makan, makan. Sebenarnya doktor dah warning suruh aku diet, tapi bila out-station macam ni memang tak ingat apa pesan doktor.

Bermula hari pertama tengahari dah melantak dalam Golden lounge, dalam flight bagi makan lagi. Landing je member dah tunggu ajak masuk satu restoran di sebelah airport. Lepas magrib di Mutiara Restoran bersama anak saudara - seorang staff petronas yang sama out-station di sini. Menu istimewa di sini adalah nasi lalapan. Keluar je restoran tu sorang lagi member sampai, sambung pulak di restoran lain di tengah bandaraya ini. Pukul 11 malam masuk lagi restoran arab pekena kebab.

Hari kedua begitu juga. Tengahari berpeluang makan di Simlpy Eaton, dah lama aku berhajat ke sini. Aku kenal empunya restoran dia, memang terkenal sebagai tukang masak hebat. Malam pulak penuhi jemputan khas Pengarah ILP Miri untuk dinner Chinese Set di ParkCity.

Nasib baik cuma keluar 2 hari, kalau lama sahih naik kolestrol

Suasana di Golden Lounge
LALAPAN adalah menu istimewa di Miri. Keistimewaan menu ini adalah atas sambal belacan. Memang daerah ini terkenal dengan keunikan sambal belacan.
Suasana malam di Miri. Penuh dengan tempat-tempat hiburan bagi manusia-manusia yang tak ada arah dan pedoman. SOHO kalau di London tu adalah satu kawasan yang penuh maksiat, di Miri ni pun merupakan bar yang tersohor. Namun begitu di Bangi nama SOHO ni digunakan ke atas se buah restoran ala-carte yang agak terkenal.
Loby utama ILP Miri. Semasa pecah tanah ILP Miri ini 8 tahun yang lalu aku ada di sini. Semasa awal pembinaan institut ini boleh dikatakan tiap bulan aku ke sini. Selepas aku dipindahkan baru inilah aku berpeluang datang semula ke sini.
Restoran ini adalah kepunyaan anak seorang sahabat yang sekarang telah pun berpindah ke Bintulu. Telah lama aku berhajat untuk ke sini, baru sekarang tercapai. Restorannya agak esklusif. Memang Kak Ton ini dah terkenal dengan kehandalan masakannya sejak dulu. Sekarang diturunkan ke anak beliau.
Hotel ini merupakan antara hotel yang menjadi tumpuan pengunjung di Miri

Monday, May 23, 2011

Matrikulasi Banting

Hari ini aku hantar Angah ke Matrikulasi Banting. Ternyata tak ada sign board dari pekan Banting lagi yang menunjuk arah ke Matrikulasi ini. Bagi aku yang dah biasa tempat ini mungkin tak sukar, tetapi bagi yang pertama kali sampai mungkin sukar untuk mencari. Semasa aku berhenti minum di satu gerai, ada seorang pakcik berhenti bertanyakan arah ke Matrikulasi ini, katanya dah empat kali tersesat. Bila dah dekat simpang Sungai Raba barulah ada sign board yang kecil menunjuk arah ke Matrikulasi ini. Mungkin pihak pengurusan pusat ini perlu melihat masalah ini.

Aku sampai tempat ni pukul 8.30 pagi, masa tu dapat no giliran 298. Terlalu ramai yang mendaftar pagi ini. Hampir setiap kawasan dipenuhi kereta pengunjung.
Tempat untuk pendaftaranIbubapa disediakan tempat untuk menungguAsrama Vega - Blok asrama Angah
Masjid di Matrikulasi ini agar besar dan kemas

Saturday, May 21, 2011

Lembu dan Perumahan

Kenaikan harga rumah yang begitu mendadak sejak dua tahun kebelakangan ini di Bandar Baru Bangi menjadikan tempat ini sebagai pilihan utama bagi pemaju untuk membangunkan kawasan perumahan. Hampir setiap inci tanah di Bandar Baru Bangi ini dimajukan untuk perumahan. Yang peliknya mahal macamanapun harga rumah itu ianya tetap habis terjual. Rasanya dah tak ada tanah kosong lagi untuk dibangunkan. Projek terbaru adalah perumahan di tepi sungai di Seksyen 4 Tambahan. Sebelum ini tempat ini merupakan padang ragut sekumpulan lembu dan kerbau yang dipunyai oleh seseorang penduduk di sini yang memunafaatkan tanah simpanan sungai ini. Terdapat lebih kurang 300 ekor lembu di kawasan ini. Aku sempat merakamkan gelagat lembu-lembu ini semasa berjoging di kawasan ini. Seronok melihat gelagat lembu-lembu ini meragut di kawasan yang menunggu masa untuk dibangunkan.
Agaknya tuan punya lembu-lembu ini tengah memikir manakah tempat untuk yang sesuai untuk memindahkan lembu-lembunya.

Tuesday, May 10, 2011

Putrajaya dan Malam

Berikut beberapa panorama malam di Putrajaya

Sunday, May 08, 2011

Cerita Kuda

Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati di dalam Islam. Malah di dalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda.

Baru-baru ini aku berpeluang menemui seseorang kaki kuda. Hobi keluarganya memang menunggang kuda. Malah beliau memiliki beberapa ekor kuda yang hebat samada di dalam atau di luar negeri. Banyak yang aku belajar berkenaan kuda ini yang boleh dimunafaat kan sebagai pendapatan jika kita mahu. Harga seekor kuda yang berkualiti biasanya melebihi harga sebiji BMW 5 series. Peruntukan yang digunakan untuk makanannya juga boleh mencecah RM 2000 sebulan untuk seekor kuda. Ladamnya sahaja perlu perbelanjaan tetap RM 200 sebulan.

Kebanyakan pemilik kuda ini merupakan individu yang mempunyai pendapatan yang kukuh. BMW kalau duit dah tak ada, kita boleh biarkan dia duduk dalam garaj, tapi kalau kuda peruntukan tetap perlu disedia untuk menjaganya. Oleh itu apabila kuda sakit, tuan dia akan turut sakit. Tuan-tuan kuda ini sanggup meletakkan kuda mereka di kandang-kandang penjagaan kuda dengan bayaran RM 6000 sebulan, asalkan kuda mereka sihat dan kuat. Peluang terbuka luas kepada sesiapa yang ingin meceburi bidang ini. Bayangkan kalau kita boleh menjaga 10 ekor, pendapatan bersih boleh mencecah RM 40,000 sebulan. Gigi kuda juga perlu di rawat. Kuda tidak akan makan apabila gigi mereka tak rata. Bilangan pakar meratakan gigi kuda ini begitu terhad. Kepada yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini boleh meraih pulangan yang lumayan.

Pada masa ini semua peralatan kuda termasuk makanannya pun diimport dari luar negeri. Oleh itu peluang terbuka luas kepada sesiapa yang berani untuk membuat penyelidikan dan membuat sendiri peralatan menjaga kuda agar kualiti setanding barang yang di import.
Kuda ni bernama 'BEUTY' berumur 8 tahun

Sunday, May 01, 2011

Meluat

Sejak kebelakangan ini aku meluat sungguh tenguk cerita kat surat khabar. Kalau bukak surat khabar pun aku cuma jeling mukasurat akhir, pasal sukan. Sakit hati tenguk berita-berita yang ada. Kalau tak kerana uncle tu campak surat khabar tu dalam pagar rumah tiap pagi, takda aku nak pegangnya. Nak suruh berhenti hantar pun dah bertahun aku melanggan. Mereka ini tanpa segan silu menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan. Soal moral dan etika seperti tidak tidak diperhitungkan lagi. Dengan anak-anak pun susah nak jawab. Etika kewartawanan seperti tidak diendahkan. Kedaulatan perundangan negara seperti tidak diendahkan.