Sunday, October 10, 2010

Aku dan Sawit

Sawit dah jadi darah daging aku. Aku membesar bersama sawit. Celik-celik mata aku dah nampak sawit. Kecik-kecik aku berkejaran bawah pohon sawit. Bapak dulu sanggup tinggal di hujung kampong, tinggalkan kampong halaman semata-mata untuk membesarkan anak-anak sawitnya. Amat sukar rasanya hidup masa tu. Sementara menunggu sawit mengeluarkan hasil, tanaman kontan seperti kacang, ubi kayu dan sayuranlah punca untuk kami mendapat sesuap nasi. Masa tu pasaran hasil tanaman pun susah. Orang kampong semua tanam untuk makan sendiri. Keadaan kampong masa tu pun tak ada letrik. Baca buku pun pakai pelita minyak tanah. Kadang-kadang je bapak guna lampu pam gasoline. Katanya tak boleh pakai selalu, kena jimat minyak. Paip air pun tak ada, nak guna air kena turun bukit ke perigi. Agaknya kira-kira 300 meter juga perigi tu dari rumah. Yang pelik boleh pulak tiap subuh turun bukit ke perigi untuk mandi pagi sebelum ke sekolah. Anak-anak sekarang ni dah lah bilik air dalam bilik tidur, mandi pun nak pakai air panas.

Aku bangga dengan visi arwah bapak. Arwah bapak antara orang terawal dalam kampong yang berani tukar tanaman dari getah ke sawit, walaupun masa tu pasaran sawit tak nampak lagi. Secara tak langsung aku belajar sawit dari kecik, walau pun taklah secara scientific. Masa sekolah menengah aku hampir pakar mengguna skop dan sabit untuk mengait buah sawit. Secara tak langsung hasil sawit lah yang membesarkan kami, hasil sawitlah yang menyara persekolahan kami. Setiap masa luang akan aku bantu arwah bapak di kebun sawit. Bila masuk asrama aku hanya boleh menolong masa cuti sekolah.

Semua itu hanya tinggal kenangan. Walau apa pun aku dan sawit hampir tak boleh dipisahkan. Sehingga kini aku masih terpaksa melibatkan diri dalam sawit. Aku perlu meneruskan tugas menjaga pokok-pokok sawit peninggalan arwah bapak. Sebolehnya hujung minggu aku ingin bersama sawit-sawit ini. Masalah pengurusan sawit masa kini amat berbeza dengan zaman dulu. Pekerja adalah masalah utama, anak-anak tempatan kampong dah amat kurang yang sanggup berkerja di kebun sawit. Harga racun dan baja makin hari makin naik. Pasaran sawit juga tak menentu. Bila harga sawit tinggi, buah sawit selalu juga hilang dari pokok. Apa pun masalah yang dihadapi, aku tetap akan menjaga pokok-pokok sawit ini seberapa yang mampu.
Untuk menjadikan kebun sawit yang bersih tanpa sebarang rumput sebegini, komitmen yang tinggi amat-amat diperlukan
Kadang-kadang kederaan 4 roda ini aku lanyak dalam kebun sawit

27 comments:

rosli said...

Salam Kamato,

Tq for sharing, citer2 lama. Aku pulak tak boleh nak citer pasal pokok kopi sbb semua dah tebang habis. Tp semua nostalgia ni memang menggamit memori indah masa zaman persekolahan kita dulu

arsaili said...

salam ...wahhhh suka sangat BW tu ...my fav car tuh...plat number pun best aaa

atuk said...

Assalamualaikum KAMATO

anda seorang berjiwa cekal
kerana saya pernah bekerja dgn bapa saudara dlm kebun kelapa saqwit ni, tapi hanya tahan 2 bulan jer... ooo tak sanggup

Wassalam

mama ju said...

ASLKm

Cerita pasal sawit ni mama tak tau apa2.Tapi mama amat2 bersyukur kerana abah tanam kebun2 yg dijaga dgn sawit(kebun adik2 beliau)lepas tu suruh kami beli kebun2 tu...akhirnya ada gak kami kebun sawit.

Wah kereta tu berkilauan dan glamurlagi..no tu cantik betul..mula2 mama nampak no. tu macam KAMATO rupa2nya mata mama rabun!

PINATBATE said...

gambar kat bawah tu menjadi bukti kejayaan dan kehebatan yg dikecapi hasil pengorban 'aku dan sawit' suatu ketika dulu.

KAMATO said...

rosli, mengimbau kisah lama akan sentiasa mengingatkan asal usul kita

KAMATO said...

arsaili, pakai je... bank punya tu

KAMATO said...

mamaju, mamaju kerjakan sendiri ke kebun sawit tu?

KAMATO said...

Rozali, badan dah tua begini dah tak larat mengejakan sendiri, terpaksa upah orang lain, setakat membaja masih boleh lagi la

KAMATO said...

pinatbate, yg itu hanya ingin kepuasan memandu... he he

mama ju said...

Aslkm Kamato(heh glamour jugak nama ni kan?)
Sawit tu mestilah org lain yg buat...dan semuanya mak yg urus..hehe bestlah mak(eluk pun mak masuk campur admin sawit masa abah ada dll

Cerita pasal org jatuh tu..sebenarnya mama tak sampai hati nak tgk..bayangkan kita pakai smart2..dgn songket lagi..dato tu jatuh, org yg nak tolong pun jatuh..lagilah nak ambil gambar.Memang satu kenangan pahit. Tapi macam mana yg jatuh semua lelaki?

.. said...

salam kamato,

saya pun ada sawit, tapi tak mampu usahakan sendiri.. so, kitorg buat pawah dgn tuan punya tanah sawit sekeliling ladang kami .. tapi rasa mcm terkena je perjanjiannya ..

anggaran kasar u la, berapa rm seekar yg u dpt utk sebulan?

Mak Su said...

bersih! kat broga ker?

KAMATO said...

mamaju, tak boleh nak bayang pakai baju melayu dan bersongket masuk kolam he he...

KAMATO said...

.., sukar nak kata, sebab semuanya bergantung keadaan pokok, kalau buah tengah baik, tolak upah ambik buah dan sewa lori kekilang, anggaran lebih kurang RM500 sebulan untuk seekar

KAMATO said...

maksu, kat broga tu bersih sebab jadi tempat parking tapi pokok sawit dia orang tak jaga

Masy said...

sebut sawit, teringat bingka sawit. teringin nk mkn tp x penah dpt rasa smpi skrg T___T huhu

shami2 said...

Salam komato..

Kat sekolah dulu ada pokok sawit kecik jer djadikan pokok hiasan rendang..jer..pokoknya dah bantut kut..sementara tunggu loceng sekolah bunyi untuk sesi petang saya duduk2 kat bangku sambil kutip buah sawit...dari dahannya..dan gigit..buahnya rasa lemak2 gitu heheh itulah kenangan saya dengan pokok sawit...

Nostalgia kebun sawit dan ayahanda yer cik komato....indah bila dikenang..kan

sonata anak kancil said...

saya dibesarkan dengan pokok getah...
dah jadi begini..anak2 skg pokok getah pun tatau nak dptkan susu getahnya...bila cite kat anak2 terlopong je...betul ke? cite tentang kesusahan tak nampak...apa2 pun anak2 ni kena diajar cara "bersusah"

asuhara sue said...

wah bro, cerita kita lebih kuranglah, cuma sawit ayah saya tanam bila dah berenti bertanam sayur.

p/s:sawit rebus best kannnnnnn?

KAMATO said...

Masy, saya sendiri tak pernah makan bingka sawit he he

KAMATO said...

Sahmi2, pernah tak makan umbut sawit masak gulai

KAMATO said...

Sonata, memang pun, anak saya pun tak tau kalau cite pasal getah ni, silap haribulan getah ni lama2 tinggal sejarah

KAMATO said...

Asuhara, so org tua masih kerjakan sawit ke?

Mak Su said...

kamato kena tag, sudi-sudikanlah, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/10/i-love-ict.html

KAMATO said...

maksu, terima kasih tag saya, nanti la saya cuba join, cuma saya ni tak reti nak berbahasa slogan yg indah

Unknown said...

salam,
cam mane nak optimised hasil sawit?
Baja apa yang paling baik?