Saturday, October 16, 2010

Melayan Tetamu

Melayan tetamu itu satu kewajipan bagi kita. Tetamu itu membawa maksud orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput. Menerima dan melayan tetamu merupakan sikap dan amalan yang amat digalakkan. Keimanan dan kemuliaan seseorang dapat dilihat melalui cara menerima dan melayan tetamu.

Berikut contoh kisah bagaimana layanan tuan rumah yang boleh di katogari kan sebagai orang-orang BESAR yang boleh kita jadikan tauladan atau sempadan.

Kisah 1

Aku menghadiri satu majlis rumah terbuka di salah satu rumah pemimpin masyarakat. Kebetulan aku datang bersama abang ipar. Tuan rumah berpangkat Datuk, malah mempunyai darah keturunan raja. Dia juga merupakan ketua bahagian satu parti politik yang tidak asing. Pernah menjadi Timbalan Menteri kabinet satu masa dulu. Kedatangan kami di sambut cukup mesra. Dari jauh lagi dia dah tersenyum lebar. Genggaman erat semasa bersalam menandakan ekatan siratulrahim antara saudara islam. Semasa makan beberapa kali dia ke meja aku bertanya khabar, tanya bila balik dan juga bertanya soal kerja. Malah sempat juga kami sentuh isu politik terkini. Cara dia berborak seolah-olah seperti kami kenal rapat, pada hal cuma beberapa kali je aku jumpa dia. Seberapa daya dia cuba melayan semua tetamu yang hadir. Aku kagum cara dia berkomunikasi dengan tertamu, patutlah dia mampu bertahan sebagai pemimpin masyarakat yang cukup disegani oleh penduduk setempat. Sehingga kami nak balik pun dia iringi sampai ke pintu pagar. Cukup tinggi cara beliau melayan tetamu tanpa mengira pangkat dan darjat walau antara kami sebenarnya seperti enggang dengan pipit.


Kisah 2

Aku menghadiri satu majlis di salah satu rumah di satu kawasan perumahan di puncak bukit. Dengarnya majlis tersebut adalah kenduri kesyukuran dan sambutan hari jadi anak tuan rumah. Jemputan di buat melalui sms oleh isteri tuan rumah kepada isteri aku. Kebetulan isteri aku baik dengan isteri tuan rumah. Masa kami sampai adalah la 3 orang tetamu lelaki duduk di luar rumah. Makanan pun di sediakan disitu. Isteri aku terus masuk dalam. Aku terpacak disitu tunggu tuan rumah tak juga muncul. Last-last aku tarik kerusi dan cuba untuk turut bersembang dengan tetamu yang ada. Tidak berapa lama keluar seorang lelaki, cara dia menjawab soalan salah sorang tetamu yang ada itu aku amat yakin dia lah tuan rumah. Aku cuma senyum, tapi kenapa dia tak tegur. Mempersilakan masuk dan makan jauh sekali. Lepas tu dia masuk dalam. Kenapa jadi macam ni, macam-macam yang aku pikir masa tu. Apakah dia tak nampak aku di situ, bukan nya ramai pun yang ada. Apakah di sebabkan dia tak kenal aku maka dia tak perlu tegur, tapi kami ni datang atas jemputan isterinya. Apakah disebabkan isteri yang jemput maka kami ni bukan tetamu sang suami. Bukannya aku nak datang sangat pun, tapi dah dijemput, maka satu kewajipan untuk hadir. Besar sangat ke tittle DR yang dia carry sehingga tak layak untuk tegur orang kebanyakkan macam aku ni. Anak lelaki aku yang duduk kat sebelah aku pun pandang aku sambil senyum, mungkin dia paham apa yang aku fikir. Semasa kami nak balik hanya isteri yang menjenguk di muka pintu, sang suami terus tak nampak muka. Dan aku balik dengan seribu persoalan, kalau ini la sikap masyarakat kita, kita sedang berdepan dengan kehancuran.



Bukannya kita minta dilayan baik sebagai tetamu, tetapi cukup la sekadar dihormati sebagai tetamu. Apa salahnya kalau kita mempersilakan tetamu masuk dengan mesra dan lebar-lebarkan senyuman, bukan rugipun senyum. Orang kalau tidak hensem sekalipun, kalau selalu tersenyum pasti wajahnya akan berseri. Bukan ke cantik kalau kita berjabat tangan dengan mesra dan menyambut tetamu dimuka pintu/di halaman rumah. Janganlah apabila tetamu datang muka kita masam mencuka seolah-olah menunjukan kita memang tidak suka akan kehadirannya.

SEKADAR RENUNGAN, MAAF KIRANYA ADA YANG TERSINGGUNG

15 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum KAMATO

disini dapat kita niali sesaorang dan buat pengajaran kpd kita untuk kita lakukan kepada tetamu kita pula

Wassalam

Atikah said...

Salam En kamato,

Bila kena cam situasi ke dua, terasa macam kedatangan tak diundang... pernah juga terkena cam tu... huhuhu

arsaili said...

salam...entry yang cukup baik...dan bagus untuk menjadi peringatan. Pada pendapat saya, ini semuanya sikap. Ada orang memang dilahirkan dengan sikap semulajadi peramah dan tidak meninggi diri. Walaupun ia semulajadi, kita bole belajar bagaimana menghormati tetamu. Pembesaran dan persekitaran juga mempengaruhi, peranan ibu bapa menegur anak2 agar menyambut tetamu, bersalam dengan tetamu etc.

Ayah Zain said...

salam kamato,

az dah langli peristiwa begini, tidak dihiraukan, agaknya az ni kecil sangat kot hingga orang tak nampak heheh.

tetapi dengan kengkawan alam maya, baru pertama kali.........
contohnya masa g kenduri kak sidah ermmmmm yum yum yum

Sahrul Hasmad said...

Den pun mengaku agak lemah dlm skill layan tetamu nie..nak kena improve...

KAMATO said...

rozali, memang seharusnya kita melayan tetamu sebaik mungkin, kalau zaman sahabat dulu mereka sanggup berlapar semata2 menjamu tetamu yg dtg

KAMATO said...

atikah, manusia ni macam2 ada, kadang2 perbuatan mereka di luar tindakan manusia biasa

KAMATO said...

arsaili, setuju memang perwatakan diri memain peranan dalam hubungan antara manusia tapi jenis pendiam macamana sekalipun taklah sampai org dtg pun tak boleh tegur kan.

KAMATO said...

az, memang tubuh az kecik, tapi ada tarikan seri pada wajah az, walau pun kecik, org tentu tertarik tenguk az he he...

KAMATO said...

shahrul, memang itula kewajipan kita untuk improve mana yg kurang

dEeWaN said...

salam.
bagi saya wlaupun tak dikenali, dh nama tetamu mestilah dilayan. bkn ke kedatangan seseorang tu dikata pembawa rezeki.senyuman tu kan sedekah...apa yg dia dpt bila bersikap begitu.bagi saya tak semua org kaya tu sombong..btl tak???????

Izariza said...

Salam en Kamato,
wahhh lama sekali saya berehat dari mundar mandir di laman blog! Otak bersepai perlukan terapi, justeru saya kembali :)

ye lah .. kalau macam tu le cara melayan tetamu .. sungguh tidak manis sekali .. kisah ini saya jadikan sempadan, dan peringatan, terima kasih.

zino said...

melayan tetamu memang nya di tuntut..tetamu ada hak utk di layan sebaik mungkin..

Mak Su said...

kalau org dtg rumah kita, kenalah gaks kita beramah-tamah, takkanlah nak buat hal sendiri pulak ek..

"MULAN" said...

tetamu mesti diraikan dan dilayan.. kan?