Sunday, March 02, 2008

Masjid Kristal

Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man di Kuala Terengganu. Ianya menelan belanja hampir RM250 juta dan merupakan sebahagian binaan dalam kawasan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam. Masjid tersebut baru sahaja dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong. Walau bagaimana pun masjid tersebut belum diwartakan untuk sembahyang Jumaat, mungkin disebabkan pulau tersebut tiada pengguni, mungkin juga rangkaian model-model binaan islam terkenal dunia masih belum siap sepenuhnya di Taman itu.
Baru-baru ini aku sempat singgah melawat masjid ini. Memang struktur binaannya agak mengkagumkan. Aku sempat berbual dengan beberapa orang tempatan mengenai masjid ini. Ada berbagai tanggapan, ada yang menyokong dan ada yang membangkang pembinaan masjid ini. Walau apa pandangan sekali pun, pengisian masjid itu la yang paling utama dan ada hadis mengatakan di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid. Semoga usaha mereka-mereka untuk mengimarahkan masjid ini akan terlaksana.


11 comments:

silversarina said...

salam,

saya hanya dapat ziarah masjid kristal ni dari jauh sebab masa pergi tu belum dibuka lagi. Memang kalau ikutkan tak boleh dibuat solat jumaat sebab pulau tak de penghuni, rasa membazir tetap ada sebab masjid yang begitu indah dan moden tak dapat digunakan sepenuhnya, hanya sekadar hiasan dan jadi pusat pelancong.. sayang sekali .

indera kencana said...

Saya belum pernah menyaksikan binaan hebat ini secara nyata. Moga kunjungan ke Darul Iman di musim akan datang, saya berpeluang menziarahi masjid ini..

Semoga Abang Kamato dikurniakan dengan kesejahteraan kesihatan yang berpanjangan...

Ajzie said...

cantikkkkkkkkk.. saya lum sampai lagi ke sana.

zino said...

ari tu zino sempat jeling je.. tak sempat singgah lagi..

Mak Su said...

memang byk sungguh masjid2 yang cantik2 sekarang...terpesona tgk keindahan lampu kristal kat masjid

blackpurple @ jowopinter said...

Saya cuma mampu tersenyum melihat gambar masjid itu. Harap-harap masjid itu bukan untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar arca untuk dilawati pelancong. :)

pB said...

250 JUTA !!!!!!!


Imajin duti sebanyak tu , dah boleh tolong berapa ramai penduduk miskin , anak anak yatim piatu , OKU .......

ZLAA said...

Cantiknya masjid tu. Satu lagi masjid yang saya suka Masjid Terapung. Sayang sekali jika masjid ini tidak diimarahkan..

butaseni said...

wwaaaaaaaaaaahh masya allah,cantik

Manjlara said...

salah satu tanda2 akhir zaman, apabila masjid2 semakin byk didirikan namun tiada pula usaha2 untuk mengamarahkannya, wallahualam.

Sastri said...

hmmm... cadang nak ke Taman Tamadun Islam ni dengan mak & ayah nanti... harap2 jadi la...