Friday, February 15, 2008

TIKL

Awal tahun 80 an aku menjejakkan kaki di TIKL. Jiran aku dah pesan, sekolah tu kuat ragging katanya. Aku buat tak kesah, peduli apa soal ragging tu. Aku bertolak dari kampong hari Ahad, berdua bersama bapak. Naik bas sampai Pudu Raya lepas tu sambung dengan teksi sampai Ceras. Aku sampai sekolah sekitar jam 4.00 petang. Setibanya di perkarangan sekolah, 2 orang pelajar senior terus menerpa dan tolong angkat beg. Aku naik asrama di tinggkat 1 bilik A2 dengan lenggang tangan, bagusnya abang-abang senior ni. Selepas itu aku ingat bapak aku tak sempat lagi keluar pagar depan, tetiba beg yang mamat-mamat angkat tadi melayang dicampak ke bawah. “Kau ingat aku ni kuli engkau”, itu perkataan yang keluar dari salah sorang mamat yang angkat beg aku tadi. Itu la salam perkenalan aku semasa mula menjejak kaki ke sekolah itu. Selepas tu tak payah cerita la kat sini. Dua tahun aku duduk bilik yang sama, bilik A2. Dan baru-baru ini aku sempat berkumpul 6 orang bekas penggguni bilik A2 itu. Perjumpaan itu tak dirancang awal. Hanya sms kurang dari 10 jam, dan kami sempat berkumpul di sebuah restoran di ibu kota. Perjumpaan itu walau pun tak lama, telah mengembalikan kenangan kenangan suka duka semasa menuntut di institut itu.
Rano – dulu kau pengawas, tapi aku ingat kau la pengawas paling nakal kat sekolah tu. Sebab tu engkau terpaksa lucutkan jawatan pengawas atas kerelaan engkau sebelum tamat belajar. Sekarang engkau dah boleh berbangga dengan jawatan pensyarah di Universiti Petronas.
Zainal – nakal engkau dulu pun boleh tahan jugak. Dulu engkau kata kulit engkau hitam sebab engkau anak pesawah, setiap hari engkau berjemur tengah panas. Tapi sampai sekarang engkau tetap berjemur setiap hari, cuma bezanya engkau sekarang berjemur kat padang golf sehinggalah engkau dah single hadikap. Sekarang engkau boleh dicontohi sebagai seorang kontraktor yang berjaya.
Sukri – Engkau dari dulu sampai sekarang main sukan. Semua sukan engkau main. Dulu kau jagi keeper. Walau pun tinggi kau sama dengan tiang gol, tapi bola bolos juga. Apa hal pun kau la paling beruntung sebab di antara kami engkau yang paling banyak anak. Sekarang kau jadi orang kuat sekolah teknik.
Midi – Kau la pengawas yang pernah kena tumbuk perut oleh Penolong Kanan. Walau macamana pun kau memang ulat buku dari dulu lagi. Patut pun sekarang kau dah bergelar Profesor di salah sebuah university.
Zainoren – Kau memang terkenal dengan romeo. Dulu-dulu kau suka kutuk cikgu, tapi lepaskeluar universiti kau pulak jadi cikgu. Walau macamana pun bintang kau cukup cerah dan sekarang kau patut berbangga kerana dah jadi PPD.
Aku – Syukur apa yang ada.
Duduk kat nelayan ni sampai kena halau

15 comments:

arsaili said...

isk3..nakalnya..tapi syukur skang dh berjaya..ekekeke

pB said...

sonok jumpa kengkawan lama ....

gembira nya tidak terucap ...

silversarina said...

bila semua dah berjaya kisah kenakalan masa muda jadi kenangan selamanya :)

NBK466 said...

Alhamdulillah..semua yg NAKAL2 skg dah kiranya berjaya.. Emm yg tulis tuh NAKAL ke idok agaknyer yek..he..he..he..

zino said...

yg "aku" tu dulu nakal macam mana ya ? hehe

tapi seronok bila sesekali jumpa kawan lama..

cikdinz said...

semuanya jadi orang berjaya. tahniah...

Butaseni@Wan Raja said...

syukurrrrr

KAMATO said...

arsaili, memang semua nakal....

pb, sukar untuk berkumpul begini

silversarina, cite kisah dulu tak pernah habis

nbk, yang tulis.... tak cukup nakal

zino, agaknya la 'aku' itu yang paling baik antara semua...he he he

cikdinz, tq, nanti aku sampaikan kat dia orang....

butaseni, Alhamdulillah

Mak Su said...

salam kenal... perjumpaan dengan kawan2 lama ya

Nunn said...

jumpa kawan sekolah memang best boleh cerita kenangan silam...pergh

KAMATO said...

mak su, terima kasih singgah

nunn, kadang2 susah juga nak dapat peluang macam ni

blackpurple @ jowopinter said...

Macam itulah bila dah jumpa kawan lama. Hehehe!

Sastri said...

dulu2 nakal tapi sekarang, semuanya dah berjaya... :D

seronok berjumpa kawan2 lama kan sampai tak sedar masa berlalu dengan cepat...

KAMATO said...

BP, betul la tu.......

sastri, memang satu masa dulu sekolah ini nakal2, kan ke pernah sorang student meninggal kene buli, selepas kes tu rasa nya dah kurang panas

nooryahaya said...

shukri yg pakai ketayap tu kan? selain dari ko, yg lain akud ah tak ingatm rupa. midi yg mana satu? dulu kurus kering rambut keriting..tapi aku ingat mesti yg pakai spek sebelah ko tu ye? dulu aku tido katil bawah dia pun dah tak leh cam skrang. zainoren is opposite you? aku ingat kalau berlanggar bahu kat jalan kat tgkarang pun tak kenal juga.
anyway wassalam.