Wednesday, January 02, 2008

Malaysia International Space Adventure

Pameran ini berlangsung di Precinct 5 Putrajaya bermula 15 Dec yang lalu hingga lah Mac ini. Sejarah penerokaan angkasa lepas sejak dulu hingga sekarang di pamerkan di sini. Semua bahan pameran adalah daripada NASA. Beberapa peralatan yang di gunakan diangkasa lepas turut dipamerkan di sini. Pengalaman menonton filem 4D pengembaraan angkasawan ke bulan amat menyeronokan. Walau bagai mana pun pameran ini kurang mendapat sambutan. Mungkin juga disebabkan kurangnya promosi ataupun juga disebabkan harga tiket yang agak mahal. Tiket bagi dewasa adalah sebanyak RM 38 seorang dan potongan 25% diberikan kepada pemegang mykad. Mungkin jugak kerajaan perlu melihat untuk memberi subsidi lebih tinggi bagi menggalakkan lagi lebih ramai rakyat negara kita untuk melihat pameran yang berunsurkan ilmu begini. Walau bagaimana pun, apabila diamati kesemua pameran yang ditunjukkan, bayaran tersebut adalah berbaloi.


Di dalam Replika Kapal Angkasa

2 alat seperti ini masih digunakan pada masa ini di Planet Marikh

11 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Presinct 5? Di belah mana ek?

KAMATO said...

BP, sebelah PICC

Butaseni@Wan Raja said...

wahhh semakin ramai mahu menjadi sheik muzafar,bagus,satu motivasi kepada anak melayu.

Sastri said...

dengarnya ada ura2 nak bawak dr sms sebagai salah satu usaha untuk menarik lebih ramai pengunjung... teringin juga nak tengok... :D

silversarina said...

salam rindu,

Happy New Year !!

Taktau pun ada pameran ni... mesti best, kalau sempat nak pergilah nawak anak-anak. Tq for the information.

zino said...

kalau zino nak pegi satu famili berapa nak kena bayar tu hehe?

cikdinz said...

nak pergi tapi bila dengar dia punya tiket mahal, tak jadilah...

NBK466 said...

Yo lah..kureng promosi sbb den pun laa nie baru tahu.. Tapi bagus le kalau mmg nak panggil Dr. SMS tuh .. patut buat ler grand opening invite Dr. SMS rasmikan & buat special session sejam ker bersama Dr. SMS.. Takkan itu semua nak tunggu den suruh..he..he..he..

arsaili said...

wahh..sound interesting..mahal ker bayaran?

Kaklong Syikin said...

salam,

aik..tak taupun..

ManjLara said...

wah, ada ke pameran camni? kenapa takde promo kat tv ek? thanks for sharing :)