Thursday, November 29, 2007

TT Terkejut

Malam semalam telah diadakan satu perjumpaan bekas ahli Funser di sebuah restoran di Kajang. Perjumpaan ini memang tak dirancang. Pada awalnya ingat hanya aku dan brother zino saja yang menyambut Aimman yang datang dari Johor. Rupanya sebelah petang tu juga la aku dapat massage ramai yang akan turut sama. Maka petang tu juga la terpaksa aku booking table di Hj Samuri. Sebelas keluarga telah berkumpul malam tu termasuk la PB yang selalu singgah di blog ni.
Sebenarnya ahli Funser ni begitu aktif satu masa dulu. Toyota telah menyediakan satu web untuk tujuan forum. Hubungan kami seluruh negara dalam alam maya itu begitu hangat. Perjumpaan keluarga yang dikenali TT sering diadakan setiap bulan terutamanya di kawasan Lembah Klang ini. Setiap bulan akan ada yang dilantik menjadi host untuk TT. Biasanya sesiapa yang pernah hadir TT ni, tak kan mis TT yang akan datang. Kami juga sering mengadakan kovoi keluarga beramai-ramai. Walau bagaimanapun nama kumpulan Funser ini telah berkubur walaupun semangat ahli-ahlinya masih membara. Syarikat Toyota telah menukar nama tersebut deari Funser kepada Tribetoyota dan memasukkan ahli dikalangan pemilik semua model Toyota. Selepas itu kehangatan bekas ahli-ahli Funser untuk berforum dalam web yang disediakan semakin berkurang. Ini menjadikan aktiviti yang dirancang melalui forum dalam web kadang-kadang kurang sambutan. Namun semangat dan keakrapan kumpulan Funser ini masih kuat, buktinya dengan hanya sms dalam tempoh yang singkat sahaja, 11 keluarga dapat berkumpul.

Sebahagian ahli yang hadir
Perjumpaan keluarga

Konvoi ke Penang yang pernah dilakukan kumpulan ini - tinggal kenangan

Friday, November 23, 2007

Labayk Allah

Kepada yang akan berangkat ke Tanah Suci. Selamat mengerjakan haji, semoga selamat pergi dan selamat kembali. Semoga mendapat haji yang mabrur
Rukun Haji ini merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan. Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.


Friday, November 16, 2007

Bersih

Negara dikejutkan dengan Perhimpunan Bersih yang telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 baru-baru ini. Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini dikatakan ingin menuntut pilihan raya yang adil.

Bersih menganjurkan perhimpunan ini bagi menyerahkanmemorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian SPR tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional. BERSIH juga berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini.

Persoalannya sejauh mana kesan sebenar dari perhimpunan ini. Yang nyata ramai yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya hari tersebut Seorang rakan terperangkap hampir 3 jam. Highway plus menuju pusat bandar jem bermula dari susur Kajang.

Wednesday, November 07, 2007

Sambutan Aidilfitri Taman Langat Jaya

Sambutan Hari Raya Taman Langat Jaya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan. Majlis diadakan diantara pukul 8.45 malam hingga 11.00 malam. Komintmen semua penduduk dari semua lapisan amat memuaskan. Konsep gotong royong sejak dari pagi telah berjalan sepenuhnya. Berbagai juadah seperti lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, mee hon, laksa, kueh-muih dan berbagai lagi berjaya disediakan dengan semangat gotong rorong penduduk taman. Y.B. adun Bangi antara tetamu VIP yang turut hadir majlis ini.
Anak-anak kumpulan nasyid dan kompang Shautul Islah menjalani latihan untuk persembahan
Kaum muslimat sibuk menyediakan makanan
Lebih dari 130 batang lemang berjaya di bakar
Sibuk memasak rendang
Gotong royong memasang kemah
Ucapan pengerusi Taman
Hadirin tetap memenuhi kemah walaupun keadaan hujan lebat
Persembahan dari anak-anak Taman Langat Jaya

Friday, November 02, 2007

Batik punya pasal

Satu haribulan setiap bulan merupakan hari pemakaian batik bagi kakitangan awam. Tak terkecuali juga aku hari ni. Pukul 9.45 pagi terima arahan mengejut untuk duty parlimen untuk penggulungan bahas budget, pukul 11 perlu ada disana. Aduh…… pakai batik mana boleh masuk. Pukul 10 bergegas keluar selepas menyelesaikan beberapa perkara utama. Ambik keputusan balik rumah dulu untuk tukar baju. Nak jadikan cerita dah dekat rumah baru sedar kunci rumah takda. Masa dah la suntuk. Terus ambik keputusan pergi kedai cari kemeja dan tali leher. Capai mana sesuai masuk fitting room dan terus pakai. Terkejut orang kedai tu. Ini la dalam sejarah beli baju dan terus pakai………..dan terus pecut ke parlimen, masih sempat ikut masa yang ditetapkan.