Kepada sesiapa yang berminat untuk menjemput kumpulan ini membuat persembahan dalam sebarang majlis boleh lah menghubungi Surau Al Islah, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.
Wednesday, September 26, 2007
Shautul Islah
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjemput kumpulan ini membuat persembahan dalam sebarang majlis boleh lah menghubungi Surau Al Islah, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi.
Sunday, September 23, 2007
Saturday, September 08, 2007
Sunday, August 12, 2007
Melayu dan Dadah
Hari Sabtu aku di arah memberi ceramah satu kursus induksi di Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Sungai Petani. Peserta terdiri dari pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan dari seluruh negara yang terlibat dengan training.
Di Kafteria
Aku: Berapa peratus pengguni melayu di pusat ini?
Pegawai AADK: Lebih 90 peratus pengguni pusat seluruh negara adalah bangsa melayu
Di Surau
Pegawai AADK: Surau ni selalu penuh, pengguni pusat ni rajin ke surau
Aku: Kalau surau ni tak ada orang lagi bagus, itu menandakan tak ada melayu duduk pusat ni
Friday, August 10, 2007
Sedetik di Bangkok
Lewat petang semua deligasi telah sampai termasuk ketuanya Dato’ Adzmi, TKSU Kem Usahawan. Menurut pegawai embassy yang datang petang tu, aku dimaklumkan terdapat satu restoran kepunyaan rakyat Malaysia di situ. Malam kami cari restoran tersebut. Cili padi restoran namanya. Terletak di kawasan tersibuk. Menjual semua makanan masakan melayu. Tuan punya restoran orang Penang, telah menetap dan bekerja di sini.
Perbincangan di Ministry of Industry yang dihadiri lebih dari 30 pegawai dari berbagai Kementerian pemerintah Thailand ternyata mencapai matlamat. Kali ini menampakkan tiada sebarang persediaan dari pihak Thailand berbanding forum-forum lain sebelum ini. Mulanya risau jugak memandangkan kami hanya 10 orang sahaja berbanding bilangan mereka yang begitu ramai. Tak sia-sia pre-council meeting yang kami buat bagi penyediaan kertas cadangan konsep sebelum masuk meeting. Setiap isu yang ditimbulkan oleh mereka telah pun dijangka dan dapat diatasi sewajarnya. Pembentangan cadangan ketua deligasi Malaysia ternyata amat memuaskan dan tidak mendapat tentangan dari pehak mereka.
Monday, August 06, 2007
Van usang
Photo ni aku rakam di salah sebuah kampong di Trengganu. Pemilik van ini mungkin peniaga pasar malam. Sarat van tersebut dengan barangan dari dalam dan atas bumbung van. Keadaan van agak uzur. Mungkin nilai barangan yang dibawa berkali ganda nilai harga van itu. Apa yang menarik di tempat parking van tersebut telah tergantung seperti kandang bertujuan mengunci barang-barang di atas van itu. Agaknya pencuri lebih gemar barang-barang yang dibawak daripada curi van tersebut. Memang kreatif pemilik van ini. Tapi apa la jadi agaknya bila pemilik van tersebut lupa nak buka kandang, dan terus undur ke belakang.....
Sunday, July 29, 2007
Organisasi Bayangan
Struktur perjawatan di Negara kita terutama di agensi kerajaan banyak yang mengamalkan horizontal career track. Kalau di satu-satu agensi kerajaan itu biasanya di ketuai Ketua Pengarah, selepas itu Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah, Pembantu Pegawai Tadbir dan seterusnya banyak lagi peringkat sehinggalah kepada driver dan PAR. Amat panjang betul carrier track itu. Banyak pro & con struktur yang panjang ni, semuanya bergantung perlaksanaan oleh ketua dan pegawai yang berkenaan. Tetapi yang nyata adalah amat mendukacitakan jika sekiranya akhir sekali hanya pegawai peringkat bawah yang menyelesaikan sesuatu task.
Bagaimana agaknya kalau struktur yang panjang ini di pendekkan dan di bahagikan hanya kepada tiga peringkat sahaja. Ketua sesuatu organisasi sebagai Chief of Knowledge Architecture, pegawai kanan sebagai Chief of Knowledge Specialist dan pegawai sebagai Specialist. Masa tu Gardener akan dikenali sebagai Landscape Specialist, Driver dikenali sebagai Logistic Specialist, Tea Lady sebagai Refreshment Specialist dan sebagainya. Masu tu pakaian driver pun macam pilot kapal terbang, siap dengan tali leher. Penampilan, pengetahuan dan kemahiran termasuklah social value mereka juga akan berbeza. Baru la nampak professional. Boleh pakai ke idea ni....
Friday, July 27, 2007
Bangsa
Hari ni aku terpanggil untuk hadir di worksyop BCIC2 di ibukota, agenda bumi anjuran satu egensi pusat. Menteri di JPM dan Menteri kewangan II hadir untuk 2 sesi dialog yang berlainan. Semua peserta di bahagikan 11 kluster mengikut sector masing-masing bagi membincangkan masa depan bangsa. Aku ditempatkan di dalam cluster education & human resource. Memandangkan cluster tu education maka aku terpaksa duduk semeja bersama cerdikpandai dan cendiakawan yang bergelar Tan Sri, Datuk, Prof dan Dr. Kadang terasa amat kerdilnya aku bersama mereka-mereka itu.
Masa rehat aku sempat bersembang lama dengan Dato’ Dr Noor Laily, pelupor institusi kekeluargaan. Semuanya menyentuh pasal bangsa. Aku tabik semangat dia. Semangat kemelayuannya cukup hebat. Betul apa yang dia kata, melayu semakin terpinggir, masalah social bangsa melayu yang semakin meningkat, masalah keciciran dalam education, pembangunan tak seimbang dan macam-macam lagi. Semoga perjuangan Dato’ untuk memartabatkan bangsa terlaksana.
Sunday, July 22, 2007
Member lama
Khamis tengahari aku di arah ke satu majlis pendaftaran pelajar di salah sebuah pusat bertauliah. Pusat bertauliah ini agak terkenal di kalangan hotel 5 bintang sebagai tempat untuk mendapatkan tukang masak. Ia jugak ada kaitan dengan sebuah restoran seafood terkenal di Kelana Jaya. Y.B Timbalan Menteri Sumber Manusia dijemput merasmikan majlis itu. Aku terpaksa berada di sebelah dia untuk member maklumat terutama semasa press conference. Yang aku nak cerita ni bukannya majlis itu, tapi sorang kawan yang dah lama aku tak jumpa tapi aku jumpa di majlis itu. Rasanya dah hampir 20 tahun aku tak jumpa. Dulu masa di Perai dia pernah kerja setempat dengan aku. Lepas tu dia pindah ke Shah Alam. Dia ni jenis cenderong sikit ke politik. Akhir tahun 80an dia meninggalkan kerajaan. Cara dia berhenti agak trajis. Masa tu dia mohon cuti 2 minggu sebab untuk tolong kempen pilihan raya, tapi bos tak lulus. Dia ambik keputusan notis 24 jam. Semua orang terkejut dengan tindakannya. Sejak dari tu aku dah tak jumpa dia, tapi masih ikut perkembangan dari kawan-kawan. Apa yang aku dengar selepas tu di melibatkan diri dalam perniagaan sebagai kontraktor. Nasib dia agak baik, dia masuk kem M.Taib. Business dia berkembang, mungkin senang dapat projek. Tapi semasa ekonomi jatuh pada tahun 1996, perniagaannya juga turut merudum. Lebih-lebih lagi M.Taib dah tak jadi MB. Daripada 6 buah kereta dia ada, terpaksa jual sehingga tinggal 2 buah itu pun proton je. Selepas tu dia kayuh semula dan naik perlahan-lahan, dan sekarang ni dia masih kekal sebagai kontraktor. Dari segi politik, peluangnya mungkin agak cerah, sekarang ni dia dah jadi ketua pemuda bahagian. Dia juga merupakan orang penting dalam putera umno Malaysia. Aku sempat bertanya, “Ada peluang ke bertanding pilihan raya akan datang?”. Dia kata “mudah-mudahan”
Jumaat malam aku menginap di salah sebuah hotel di Ipoh kerana ada tugas rasmi pada hari Sabtu di Ipoh. Dan tak di sangka aku jumpa member ni sekali lagi di hotel itu. Punya la lama tak jumpa, bila dah jumpa, boleh terjumpa semula keesokkannya di tempat yang berbeza. Dia cuma sebut dunia ni kecik. Aku pun tak sempat sembang lama dengan dia sebab dia sibuk dengan majlis politiknya. Berbahagia lah kau dengan dunia politik engkau. Harap-harap perjuangan kau di landasan yang betul. Nama pun politik, kadang-kadang banyak yang tersirat.
Thursday, July 19, 2007
Tomyam
Kedudukan Negara kita adalah di antara Thailand dan Singapura. Sedar atau tidak sedar kita kena terima hakikat bahawa kedua-dua Negara ini merupaka saingan utama Negara kita dalam berbagai aspek. Kita sering didedahkan yang baik-baik berkenaan Negara kita. Kadar ekspot Negara yang meningkat, kadar kemasukan pelancong yang meningkat. Tapi adakah kita membuat penilaian peningkatan itu berbanding dengan kedua-dua jiran kita. Pada hakikatnya kita masih tertinggal jauh. Bukan untuk 2 aspek ini sahaja, malam dalam berbagai aspek.
Kita mensasarkan dalam tahun 2020 kita akan menjadi Negara maju, tetapi Singapura 2015 mensasarkan menjadi Intelligent Nation. Dalam ucapan national day Negara itu, PMnya mengumumkan Singapura perlu menjadi Negara bersih, kakitangan awam yang cekap dan . Malah rata-rata telah mengetahui Singapura mempunya system pengurusan kakitangan awam terbaik dunia. Kalau nak cerita kelengkapan tentera udaranya, tak perlu ceritala. Mungkin antara terbaik di Asia.
Thailand pulak dalam serba-serbi telah kedepan dari kita. Eksport barangan mereka ke Negara kita tidak boleh disangkal lagi. Malah kadang-kadang boleh menjejaskan produk tempatan terutama hasil pertanian. Teknoloji industry pertaniannya begitu jauh kedepan. Malah baru-baru ini kita dikejutkan seorang professor di Thailand telah berjaya menghasilkan buah durian tanpa bau. Walaupun secara logicnya apa la ada pada durian tanpa bau, kerana ia akan meng hilangkan keistimewaan buah itu. Tetapi ia menunjukan begitu tingginya taraf kajian mereka. Masyarakat kita sendiri sudah senonim dengan barangan siam. Beras siam, masakan siam, buah siam, kucing siam dan macam-macam lagi. Makanan siam boleh diperolehi diseluruh pelusuk Negara. Bukan saja Negara kita tapi juga hampir seluruh Bandar besar dalam dunia memang ada kedai makan masakan Thai.
Teringat satu cerita dari Dr Dusit Jaul berkaitan masakan Thai ni, ceritanya begini;
Suatu hari pelakon Hollywood terkenal Tom Cruise telah menjalani penggambaran satu filem di Thailand. Oleh kerana pengaruhnya sebagai pelakun begitu terkenal di Thailand, beliau telah dijemput untuk melawat dan makan malam di istana Raja Thai. Ini lah kali pertama Tom Cruise dapat bertemu semua kerabat Raja Thai dan dia begitu terpikat dengan keayuan puteri Raja Thai. Di pendekan cerita Tom Cruise dan puteri raja tersebut telah bersetuju untuk berkahwin. Maka puteri raja telah memohon kepada ayahandanya untuk berkahwin dengan Tom Cruise. Raja Thai tidak mengizinkan malah amat murka. Sang puteri cuba memujuk beberapa kali, tapi raja Thai tetap dengan keputusannya tidak merestuinya. Alasan yang diberikan oleh raja Thai adalah perkahwinan itu nanti akan memalukan kerabat di raja memandangkan Tom Cruise merupakan pelakun terkenal. Oleh kerana raja Thai tetap dengan keputusannya, puteri raja mengugut akan membunuh diri jika permintaannya untuk berkahwin dengan Tom Cruise tidak ditunaikan. Akhirnya raja Thai terpaksa bersetuju, kerana bila bunuh diri itu akan lebih memalukan kerabat di raja. Walau bagaimanapun raja Thai telah mengenakan syarat. Syaratnya adalah Tom Cuise mesti menukar nama kepada Tom Yam. Tom Cruise tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana dia mengetahui nama tersebut adalah nama sejenis makanan Thai. Akhirnya hasrat kedua pasangan tersebut untuk berkahwin terpaksa dibatalkan. Moral of the story nama TomYam itu begitu terkenal di seluruh dunia sebagai makanan Thai sehinggakan Tom Cruise sendiri tidak rela namanya ditukar kepada TomYam.
Thursday, July 12, 2007
Program di KK
Thursday, July 05, 2007
Sepasang Warga Emas
Aku amat tertarik dengan cerita Zainal ni, mungkin boleh kita jadikan pedoman
Aku telah berkunjung ke sebuah unirversiti terkemuka di negara kita baru-baru ini kerana menghantar anak saudara mendaftar ke universiti tersebut. Ternyata bangunan-bangunan di menara gading tersebut tersergam indah. Kawasannya begitu luas dan di penuhi pohon merimbun. Suasananya amat sesuai sebagai tempat untuk menimba ilmu. Begitu ramai sekali penghujung pada pagi itu. Oleh kerana dahaga aku cuba mencari kafteria di kawasan universiti itu. Ternyata universiti itu mempunyai kafteria yang begitu besar sekali. Agak ramai pengujung pada masa itu. Sedang aku leka menghirup air, tiba-tiba terdengar satu suara
”Sayang duduk je sini, tak payah susah-susah, sayang berehat je, nanti abang ambikkan”.
Siapakah gerangan yang begitu romantik itu, aku segera menoleh ke belakang. Terpandang sepasang warga emas, lelakinya berpakaian batik kemas. Aku segera menghampiri dan menghulurkan salam.
Apa khabar pakcik?
Khabar baik.
Pakcik datang dari mana?
Pakcik dari Kedah.
Pakcik datang dengan sapa?
Dengan anak, tu tengah beratur. Pakcik ni dah bersara, pesara tentera. Kalau anak tak bawak, tak datang kami.
Sapa yang masuk universiti?
Cucu, cucu sulong
Makcik dan pakcik ni nampak begitu romantik
Pakcik dan makcik cuma tersenyum. Bahagia makcik tu kasih dan sayang ditunjukkan didepan khalayak ramai. Kan bagus kalau semua orang macam tu.
Saturday, June 23, 2007
Ular Sawa
Menyibukan diri
Lebih sebulan aku tak menulis kat blog ni. Sejak kebelakangan ini memang keadaan agak sibuk sedikit. Banyak aktiviti-aktiviti di luar pejabat, termasukla kursus hampir 2 minggu. Kerja-kerja Phd menambah kekangan. Buat Phd sambil bekerja ni memang betul-betul mencabar. Ada sesetengah orang kata buat Phd ni adalah untuk Perseverance, Creativity, Hard work, Time management & Ability to handle stress. Mungkin ada jugak kebenaranya kata-kata itu. Atau pun silap haribulan PHD tu akan jadi Permanent Head Damage.
Apa pun terima kasih kepada semua yang masih sudi singga di blog ini
Sunday, May 06, 2007
Mak Jan
A: Kita ada masalah
B: Masalah apa?
A: Makjan tu dah buat hal, semalam ada orang nampak laki masuk rumah dia pukul 3 pagi.
B: OK kita kena ambik tindakan
A: Macamana kita nak mula.
B: Macam ni! Dia ni bukan penyewa, kita tak boleh malukan dia. Kesian anak-anak dia. Anak dia pun rajin datang surau. OK, kumpulkan orang-orang kita 10.30 malam ni di rumah C, kita bincang
A: OK, 10.30 malam ni
Pukul 10.30 malam A,B,C,D dan E telah pun berkumpul.
B: Semua dah taukan sebab apa kita berkumpul
(Semua mengangguk)
B: Sapa yang nampak ada laki masuk rumah dia?
A: Jiran dia, masuk pukul 3 pagi balik pukul 5 pagi. Masuk ikut pintu belakang
B: Dah berapa kali dia nampak?
A: Dah 4 kali, kereta letak jauh.
D: Kita tak boleh biarkan, nanti kita dapat saham
B: Dia ni pengguni tetap taman kita, kalau boleh kita jangan malukan dia. Kesian anak-anak dia, tindakan kita perlu berkhemah
C: Habis nak buat macamana?
B: Macam ni, cara terbaik esok hantar seseorang untuk nasihatkan dia, bagitau dia jangan cuba-cuba buat hal, kalau kena tangkap nanti dia malu
A: Habis tu kita nak hantar sapa bagi nasihat
E: Orang yang paling layak rasanya Mis X
B: OK, sapa yang nak cakap dengan Miss X esok
A: Pagi-pagi esok aku cakap kat dia
C: Habis kalau malam ni dia buat hal malam ni macamana?
B: Nasib dia la, kalau dia buat hal malam ni, kita ambik tindakan, takkan nak biarkan
E: Rasanya malam ni dia tak ada sebab baru semalam dia buat hal
B: Spy kita dah ready ke malam ni?
A: Spy kita dah ready, tapi pukul 3 malam ni aku akan turun
B: OK kita bersurai, apa-apa hal call
Pukul 11.30 malam A, B dan D duduk bersembang di satu lorong. Tiba-tiba B dapat sms, “laki tu dah masuk”
B: Hai takkan awal sangat! OK bagi tau semua, kita bertindak sekarang, harap-harap apa pun tindakan kita ianya terbaik untuk makjan tu....
Selepas tu..............
Fiesta Keluarga
Pengail ikan ini berjaya menggondol RM25,000
Friday, May 04, 2007
Skyhawk
Satu masa kau la raja membelah angkasaNamun kini kau hanya mampu sebagai tontonan jua
Tuesday, May 01, 2007
Laluan Kecemasan
Sunday, April 29, 2007
Demam Pilihanraya Berakhir
Thursday, April 26, 2007
Pilihanraya Ijok
Tenguk gaya pertandingan kali ini agak sengit. Percaturan di kalangan kedua-dua pihak dalam usaha untuk memancing undi terutama di kalangan pengundi melayu amat ketara. Emak kata setiap hari rumah didatangai tetamu samada dari BN atau pembangkang. Kali ini BN menggunakan konsep kapung. Semua BN negeri mempunyai port masing-masing dengan menamakan sebagai Rumah Johor, Rumah Pahang, Rumah Terengganu, Rumah Kelantan dan sebagainya. Pihak pembangkang juga tak kurang hebatnya di mana menampakkan Keadilan, PAS dan DAP berganding bahu. Ceramah-ceramah umum terutama dari Datuk Najib dan Datuk Seri Anuar yang diadakan setiap malam menambah menggamatkan suasana. Kadang-kadang macam Ijok itu menjadi medan perdebatan antara TPM dan bekas TPM itu.
Suasana semua jalan di kampong Ijok begitu sesak sekali, jem macam KL. Ianya menjadi lebih teruk dengan kehadiran jentera-jentera berat dalam usaha untuk menaik taraf jalan-jalan di kampong. Tak ada jalan yang terselamat dari naik taraf. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sejumlah 36 juta untuk pembangunan kampung. Agaknya inilah pilihanraya paling mahal dalam sejarah. Apahalpun keputusan di tangan pengundi kampung terutama pengundi melayu.
India beraya
Melayu berlaga
Cina buka meja
Pengundi jadi raja
Pemimpin sandiwara
Kampung jadi bandaraya
Teh kopi naik harga
Puteri selak peha
Putera beliak mata
Wanita suara manja
AJK parti jadi buaya
Makan minum sampai ke riba
Bendera lampu macam raya
Itulah pilihanraya
Thursday, April 19, 2007
Sehari di Parlimen
Waktu rehat tengahari aku berlegar-legar di lobi parlimen bersama Faizal dari JTM. Tetiba nampak Datuk Dr Latif, Tim Menteri Kesihatan melambai tangan. Dia berjalan ke arah aku. Aku segera hulur tangan bertanya khabar. Dia kata “Lama tak jumpa, aku nak peluk kau”. Dia terus peluk aku, dalam hati terharu jugak. Kami sembang lama jugak di lobi itu. Sebelum dia masuk ke dewan dia sempat berpesan “Kalau meeting kat blok E jangan lupa call”. Itu la keistimewaan Dr Latif, dia cukup ingat dengan bekas pegawai-pegawai dia. Semasa aku di jabatan lama, hubungan kami dengan pejabat Tim Menteri masa tu agak akrab. Masa tu dia Tim Menteri Sumber Manusia. Yang aku ingat setiap kali dia pegi oversea ada je buah tangan untuk kami. Kadang-kadang naik segan dibuatnya dan kami masih tak tau sebab apa dia baik sangat dengan kami. Tapi itu cerita dulu.
Pukul 2.30 petang dewan kembali bersidang. Datuk Nazri kembali menggulung perbahasan. Situasi semakin panas. Berbagai isu sensitif menjadi topic pembangkang. Lim Kit Siang dan Kapral Sing melancarkan serangan dari berbagai sudut. Tak membenarkan untuk aku menulis isu-isu itu di sini. Sampai hampir ke pukul 4.00 masih tak menampakkan Datuk Nazri akan menutup hujah. Aku kira pembangkang sengaja melambatkan permainan dan memainkan isu bagi tujuan kempen pilihanraya Ijok. Tepat jam 4.00 petang dapat massage Datuk Rahman Bakar tunggu di kafteria. Aku segera ke sana, makanan telah pun di order. Tepat jam jan 4.30 petang semua pegawai dari semua agensi telah berkumpul termasuklah beberapa orang KP, kebetulan pulak post cabinet baru sahaja habis. Riuh-rendah kafteria tu seolah-olah macam kami yang punya. Badrul Hisham (bekas YB Hulu Langat) yang duduk di meja sebelah sesekali menyampuk. Yang aku perasan setiap kali parlimen bersidang, Badrul Hisham ni mesti ada kat parlimen.
Sunday, April 15, 2007
IJOK
Thursday, April 12, 2007
Limkokwing
Hari ni berpeluang melawat Limkokwing Universiti bersama KSU dan beberapa pegawai lain. Antara beberapa fakta baru yang aku dapat berkenaan universiti ni:- Warna hitam merupakan warna koperat kolej ini. Semua dinding, siling dan perabut komplek tersebut berwarna hitam. Kadang-kadang rasa macam duduk dalam gua. Pakaian staf juga serba hitam, semua pensyarah kena menandatangani perjanjian untuk berpakaian hitam.
- Parthner dengan 14 university di Europe & Australia.
- Brandded restaurant dengan nama Wings coffee (kat sini aku rasa 'coffee durian').
- Student dari 90 countries dari berbagai bebua.
- 52% student bumi dan 48% non bumi (maklumat ini entah betul entah ke tidak).
Walaubagaimanapun usahan college ni untuk branddedkan barang-barang buatan Malaysian boleh dipuji.
Tuesday, April 10, 2007
Fuji San
Gunung Fuji adalah gunung tertinggi di Japan. Ia terletak di antara daerah Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fuji merupakan simbol yang terkenal di negara matahari terbit ini dan sering digambarkan dalam karya seni dan foto. Terdapat lima danau di sekeliling Fuji, iaitu Danau Kawaguchi, Yamanaka, Sai, Motosu dan Shoji. Ianya merupakan gunung berapi yang kini masih aktif, kali terakhir meluahkan lava adalah pada tahun 1707. Ianya jelas kelihatan dari udara sebaik sahaja 20 minit berlepas dari Airport Narita.Saturday, April 07, 2007
Supervisor
Sunday, April 01, 2007
Wednesday, March 28, 2007
Cherry Blossoms
Monday, March 26, 2007
Sunday, March 25, 2007
Friday, March 23, 2007
Thursday, March 22, 2007
Hatagaya
Wednesday, March 21, 2007
Tokyo mosque
Friday, March 16, 2007
Masjid Kristal
Persoalannya apakah rupa masjid atau pengisian masjid itu yang jadi keutamaan
