Thursday, July 05, 2007

Sepasang Warga Emas

Aku amat tertarik dengan cerita Zainal ni, mungkin boleh kita jadikan pedoman

Aku telah berkunjung ke sebuah unirversiti terkemuka di negara kita baru-baru ini kerana menghantar anak saudara mendaftar ke universiti tersebut. Ternyata bangunan-bangunan di menara gading tersebut tersergam indah. Kawasannya begitu luas dan di penuhi pohon merimbun. Suasananya amat sesuai sebagai tempat untuk menimba ilmu. Begitu ramai sekali penghujung pada pagi itu. Oleh kerana dahaga aku cuba mencari kafteria di kawasan universiti itu. Ternyata universiti itu mempunyai kafteria yang begitu besar sekali. Agak ramai pengujung pada masa itu. Sedang aku leka menghirup air, tiba-tiba terdengar satu suara

”Sayang duduk je sini, tak payah susah-susah, sayang berehat je, nanti abang ambikkan”.

Siapakah gerangan yang begitu romantik itu, aku segera menoleh ke belakang. Terpandang sepasang warga emas, lelakinya berpakaian batik kemas. Aku segera menghampiri dan menghulurkan salam.

Apa khabar pakcik?

Khabar baik.

Pakcik datang dari mana?

Pakcik dari Kedah.

Pakcik datang dengan sapa?

Dengan anak, tu tengah beratur. Pakcik ni dah bersara, pesara tentera. Kalau anak tak bawak, tak datang kami.

Sapa yang masuk universiti?

Cucu, cucu sulong

Makcik dan pakcik ni nampak begitu romantik

Pakcik dan makcik cuma tersenyum. Bahagia makcik tu kasih dan sayang ditunjukkan didepan khalayak ramai. Kan bagus kalau semua orang macam tu.

9 comments:

zino said...
This comment has been removed by the author.
zino said...

kamato..
dapat ke dia tips dari pakcik tu bagaimana mereka mengekalkan ke romentikkan dia tu hehe

boleh share kat sini..

Rie said...

Bro, dah mula praktis ker?? hehehe

Izariza said...

Salam,
Memang rata-rata orang Melayu susah sikit ank tunjukkan kasih sayang di depan khalayak ramai, tapi tidak semua yang begitu. Salah seorangnya hubby kita :)

NBK466 said...

Memula den ingatkan student2 yg romatik sesangat tuh..he..he..he...

INDERA KENCANA said...

Seperti watak Pendekar Mustar Pinang Sebatang dengan isterinya..
"Sudah, marilah Pak eiii.."

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah dia. Sepatutnya begitulah. Semakin tua semakin mantap romantik nya. :)

Tapi kalau di negara orang putih sana, warga tua yang masih berkasih-kasihan bukan perkara yang luar biasa kan....

Sastri said...

haaa... mcm tu la baru betul... teringat arwah atuk dan nenek belah mak... begitu juga dengan mak ayah sas... kalau ke mana2 mesti berdua... kalau kami bawak mak keluar jap beli brg2, tak sampai sejam, mak dah sibuk ajak balik, risau ayah kat rumah... adeh... paling sas ingat, masa kami menonton cerita king kong, depa duk berdua, kami adik beradik kat belakang, nampak laa mak dpk lentok kepala dia kat bahu ayah dan ayah plak peluk bahu mak... adeh... alangkah romantisnya depa nih... :D

KAMATO said...

zino, tu la bagus kalo dapt fomula tu...

esis, he he....

izariza, budaya kita memang macam tu

nbk, pacik tu pun nak tayang gak kat student

BP, di barat memang biasa

sas, semangat pasangan macam tu la yang patut dicontohi