Thursday, April 12, 2007

Limkokwing

Hari ni berpeluang melawat Limkokwing Universiti bersama KSU dan beberapa pegawai lain. Antara beberapa fakta baru yang aku dapat berkenaan universiti ni:
  • Warna hitam merupakan warna koperat kolej ini. Semua dinding, siling dan perabut komplek tersebut berwarna hitam. Kadang-kadang rasa macam duduk dalam gua. Pakaian staf juga serba hitam, semua pensyarah kena menandatangani perjanjian untuk berpakaian hitam.
  • Parthner dengan 14 university di Europe & Australia.
  • Brandded restaurant dengan nama Wings coffee (kat sini aku rasa 'coffee durian').
  • Student dari 90 countries dari berbagai bebua.
  • 52% student bumi dan 48% non bumi (maklumat ini entah betul entah ke tidak).

Walaubagaimanapun usahan college ni untuk branddedkan barang-barang buatan Malaysian boleh dipuji.

10 comments:

INDERA KENCANA said...

Khabarnya pun mereka telah membuka cawangan pusat pengajian di benua Afrika. Benarkah?

Izariza said...

Sering juga menyusur jalan kelu ar dari Putrajaya, melalui bangunan LKW ni. Mural besar terpampang memberi impak personaliti yang saya kira mampu membuatkan bangunan ini ada nilai tersendiri. Tapi belum pernah masuk ke dalam isi perutnya.

Percaturan yang bijak daripada Kok Wing, universiti untuk anak bangsanya.

KAMATO said...

Indera, memang pun... mereka dah ada cawangan di Botswana, malah menjadi universiti swasta pertama negara tu, sambutan mat menggalakan. Mereka ada juga kampus di London, Jakarta dan Kuching

izariza, memang bijak percaturan insan itu..., kalau dilihat dari segi grafiknya uitm masih boleh lawan

zlaa said...

Pernah juga melawat ke LKW University ni. Memang kalau boleh semua nak hitam. Tapi, sebenarnya dah jadi Universiti atau kolej Universiti?

Sastri said...

Pernah terjumpa tuanpunya nama tu, orangnya sendiri telah memberikan impresi unik... :D bangunannya kat Cyberjaya dan Kuching juga nampak sedikit lain dari yang lain...

KAMATO said...

zlaa, masih collej universiti

sas, kalau tenguk bangunan di botswana lagi unik

blackpurple @ jowopinter said...

Biasa juga lalu-lalang di LKW ini. Saya pun tertanya-tanya juga ketaksuban Tan Sri LKW ini dengan hitamnya. Biasanya hitam itu bagi bangsa cina membawa makna yang kurang baik...

Bangga juga sebab LKW ini berkelas dunia...

KAMATO said...

BP, saya pun masih pelik apa sebab hitam, yang nyata kelainan ini tak ada pada tempat lain

zino said...

dengar cerita nya graduate keluaran u ni lebih berinovasi.. lebih keatif.. dan lebih berjaya.. betul ke?

KAMATO said...

zino, khabarnya begitula.... tapi hakikat sebenarnya kita tak tau