Tuesday, May 01, 2007

Laluan Kecemasan

Baru-baru ni travelling ke Johor sebab ada kerja di Kluang. Sampai di KM 175 highway utara selatan iaitu antara Air Keroh dan Tangkak sebuah lori membawa minyak telah terbalik dan terbakar. Aku terekat hampir 2 jam. Masa tu kedudukan aku dengan tempat kemalangan kira-kira 3 km. Tak tau la traffic jam sampai ke mana. Yang aku nak cerita ni bukannya pasal kemalangan tu. Tapi pasal sikap pemandu kat negara kita. Disebabkan jalan tersekat ramai yang menggunakan lane emergency, sehingga lane emergency tu pun turut tersekat. Akibatnya pasukan keselamatan termasuk bomba dan ambulan yang datang dari arah utara tak boleh sampai di tempat kejadian. Yang melalui laluan kecemasan tu bukan sahaja kederaan kecil tapi juga beberapa buah bas express. Pasukan keselamatan terpaksa dihantar dari arah selatan. Semua kederaan yang tersekat hanya dapat bergerak setelah laluan ke utara di buka satu lane utuk ke selatan. Agaknya kerajaan patut mengkaji agar hukuman berat perlu dikenakan ke atas pemandu yang menggunakan laluan kecemasan.

5 comments:

silversarina said...

entah bila nak ubah perangai diaorang ni... dulu setiap kali lalu highway tersirap je darah bila tiba-tiba muncul je kereta ikut emergency lane.... macam kes you ni, amat malang sebab bantuan sukar diberikan....

blackpurple @ jowopinter said...

Ha'ah. Adik balik Muor hari itu pun ter stuck dekat 3 jam kat situ.

Kita undang-undang cantik tapi perlaksanaan dan penguatkuasaan pulak kurang. Ditambah pulak pemandu yang tak reti bahasa...

zino said...

dah berbueh mulut bercakap.. perangai dia org ni memang macam tu jugak..

patut nya polis yg bertugas minta dia org tepuk ketampi je tepi hiway tu.. hehe..

KAMATO said...

loveujordan, memang patut dikenakan saman maximum, bayangkan kalau kemalanagn itu melibatkan nyawa sedangkan ambulan tak boleh sampai....

BP, setuju...penguatkusaan perlu diketatkan

zino, kalau semua yang masuk emegency lane dikenakan RM1000, agaknya orang tak berani masuk

Ajzie said...

ya betull saya setuju cadangan En Kamato ituw...