Tanggal 21 Safar 1427 (11 Mac 2007), tepat jam 3.58 petang Bonda Mertua tercinta telah menghembuskan nafas terakhir setelah 4 hari berada di ICU Hospital Besar Kuala Terengganu. Bonda meninggal dalam usia 77 tahun. Semua anak-anak dan cucu berada berada di sisi di saat-saat akhir pemergiannya. Alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada semua doktor dan kakitangan ICU atas layanan yang memuaskan dan membenarkan kami berkumpul beramai-ramai walaupun pada kebiasaanya hanya 2 orang sahaja dibenarkan melawat dalam satu masa. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menghantar SMS ucapan takziah. Minta maaf kerana tak sempat nak membalas. Tak terkira rasanya SMS yang di terima, cepat betul berita sampai. Kepada kawan-kawan yang bersusah-payah datang menziarah ke Kuala Berang, terima kasih sekali lagi. Semoga rohnya di cucuri rahmat.
5 comments:
Semoga roh bonda mertua saudara yang tercinta damai sejahtera di dalam pelukan cahaya Allah SWT
Semoga rohnya sentiasa dicucuri dan dirahmati Allah.
AlFatihah.
Takziah... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman... Al-Fatihah...
takziah bro
Indera, Blackpurple, Sastri, Lan
Terima kasih semua
Post a Comment