Seperti yang dijangkakan akhirnya calon BN K.R. Pathiban yang turun ke gelanggang dengan senjata dan bala tentera yang lengkap akhirnya memenangi pilihanraya di Ijok mengalahkan calon PKR Tan Sri Abdul Khalid. Dengan kemenangan itu maka berakhirlah perang saraf selama 10 hari di DUN Ijok. Harap-harap selepas ini orang kampung aku boleh hidup aman. Selama 10 hari ini kehidupan selesa mereka telah dicemar oleh petugas-petugas jentera pilihanraya yang datang entah dari benua mana. Pilihanraya ini telah menyaksikan beberapa ensiden yang tidak diingini sejak hari penaman calon lagi. Ramai yang menggelar inilah pilihanraya paling panas, inilah pilihanraya paling mahal, inilah pilihanraya paling kecoh dan tegang dan ada yang menggelar inilah pilihanraya paling kotor dalam sejarah. Tak tau sejauh mana kebenarannya. Ramai jugak yang dilaporkan cedera dalam kempen 10 hari ini, walaubagaimanapun ia tidak melibatkan penduduk kampung. Ada jugak beberapa fakta pelik yang aku terima antaranya ada orang yang dah mati balik mengundi. Harap-harap orang yang dah mati itu balik semula ke kubur, kalau tidah susah nanti orang kampung.
5 comments:
kamato
tak balik mengundi ke..
kempen pilihan raya semakin panas semakin menjijikkan semakin memualkan.. semakin tah apa apa ..
banyak petanda dalam pilihan raya ni..
macam kata you, habis p/raya masing-masing petugas pulang ke lubuk masing-masing , yang tinggal hanya penduduk setempat , apa bakal berlaku seterusnya tiada kepastian......p/raya makin sukar difahami hala-tujunya .
nampak tak abang yg.angkat kayu tu? betul ke org.pmbangkang atau sekadar lakonan? maklumlah,pilihanraya...
LOL... orang mati hidup balik semata2 nak mengundi ek? bila adanya faktor2 luaran yg menimbulkan keraguan kemenangan tu yg membuatkan kadang2 malas nak mengundi...
zino, tak undi kat ijok pun... balik cuma tenguk keadaan je...
loveujordan, betul tu.. sekarang ni yang nyata sampah merata-rata
goboklama, baik pembangkang maupun parti kerajaan sama je.. ada sebahagian yang agak samseng
sastri, dan ada jugak yang takut untuk keluar ngundi
Post a Comment