Struktur perjawatan di Negara kita terutama di agensi kerajaan banyak yang mengamalkan horizontal career track. Kalau di satu-satu agensi kerajaan itu biasanya di ketuai Ketua Pengarah, selepas itu Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah, Pembantu Pegawai Tadbir dan seterusnya banyak lagi peringkat sehinggalah kepada driver dan PAR. Amat panjang betul carrier track itu. Banyak pro & con struktur yang panjang ni, semuanya bergantung perlaksanaan oleh ketua dan pegawai yang berkenaan. Tetapi yang nyata adalah amat mendukacitakan jika sekiranya akhir sekali hanya pegawai peringkat bawah yang menyelesaikan sesuatu task.
Bagaimana agaknya kalau struktur yang panjang ini di pendekkan dan di bahagikan hanya kepada tiga peringkat sahaja. Ketua sesuatu organisasi sebagai Chief of Knowledge Architecture, pegawai kanan sebagai Chief of Knowledge Specialist dan pegawai sebagai Specialist. Masa tu Gardener akan dikenali sebagai Landscape Specialist, Driver dikenali sebagai Logistic Specialist, Tea Lady sebagai Refreshment Specialist dan sebagainya. Masu tu pakaian driver pun macam pilot kapal terbang, siap dengan tali leher. Penampilan, pengetahuan dan kemahiran termasuklah social value mereka juga akan berbeza. Baru la nampak professional. Boleh pakai ke idea ni....
9 comments:
Boleh diterima pakai juga idea itu. Kurang sikit biokrasi dan 'penumpang' dalam sesebuah organisasi. Jimat juga bajet untuk bayar gaji. :)
heheh... jadi macam orang jepun la, semua hensem segak brgaya dan semuanya specialist ;)
bagus idea kau,tapi segala cadangan untuk merubah imej,mentaliti dan sikap pekerja sektor ni(awan khususnya) harus dikorek sehingga ke akar.
kalau nak harapkan yg sedang bekerja sekarang ni dah terlambat agaknya sebab terikut dengan budaya kerja dari zaman lepas merdeka.
hehe maaf kalau tersinggung hati sesiapa.tapi benda ni bagi aku agak serius.
siapa yang betul2 bekerja...?
Salam,
Berat pemikiran saudara, namun ada rasional di sebaliknya. Sepatutnya benda ni dah lama terlaksana .. kut :)
tadi dengar kat berita, KSN bercadang nak adakan VSS pula di kalangan penjawat awam, bagi yang tak perform katanya...
Kalau harap nama jabatan yg PRO, attitude masih amatur tak leh gak..hu..hu.hu..
I setuju macam yang nbk466 kata, attitude yang perlu berubah , baru dikira pro dan specialist.
bp, mungkin boleh pakai tapi tak mungkin jadi
izhal, orang jepun tak boleh banding, tukang sapu pun keluar rumah pakai smart.
butaseni, sebenarnya dah banyak berubah compare dulu
os, semua orang kena betul2 bekerja
iza, mungkin satu masa boleh jadi gitu
sas, bagus gak cadangan tu
nbk, atitude boleh ubah kalau kena cara dan gaya
loveujordan, setuju.. atitude perlu ubah ikut keperluan agensi
Post a Comment