Thursday, April 26, 2007

Pilihanraya Ijok



Aku sempat balik ke kampung aku di Ijok baru-baru ini untuk melihat suasana pilihanraya. Keadaan kampong tiba-tiba berubah. Emak kata apa yang dia ingat sejak dulu hingga sekarang inila pilihanraya yang paling meriah. Sebenarnya aku tak berapa suka cerita politik, tapi itula hakikat sebenarnya. Ramai sungguh orang luar di kampong. Agaknya dah sama banyak orang kampong dengan orang luar. Aku sempat berjemaah Asar di masjid batu 8 Ijok. Masjid hampir penuh masa tu, kalau di kira mungkin tak sampai pun satu saf orang tempatan. Mungkin jugak disebabkan masa tu Datuk Najib sembahyang situ.

Tenguk gaya pertandingan kali ini agak sengit. Percaturan di kalangan kedua-dua pihak dalam usaha untuk memancing undi terutama di kalangan pengundi melayu amat ketara. Emak kata setiap hari rumah didatangai tetamu samada dari BN atau pembangkang. Kali ini BN menggunakan konsep kapung. Semua BN negeri mempunyai port masing-masing dengan menamakan sebagai Rumah Johor, Rumah Pahang, Rumah Terengganu, Rumah Kelantan dan sebagainya. Pihak pembangkang juga tak kurang hebatnya di mana menampakkan Keadilan, PAS dan DAP berganding bahu. Ceramah-ceramah umum terutama dari Datuk Najib dan Datuk Seri Anuar yang diadakan setiap malam menambah menggamatkan suasana. Kadang-kadang macam Ijok itu menjadi medan perdebatan antara TPM dan bekas TPM itu.

Suasana semua jalan di kampong Ijok begitu sesak sekali, jem macam KL. Ianya menjadi lebih teruk dengan kehadiran jentera-jentera berat dalam usaha untuk menaik taraf jalan-jalan di kampong. Tak ada jalan yang terselamat dari naik taraf. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sejumlah 36 juta untuk pembangunan kampung. Agaknya inilah pilihanraya paling mahal dalam sejarah. Apahalpun keputusan di tangan pengundi kampung terutama pengundi melayu.

India beraya
Melayu berlaga
Cina buka meja
Pengundi jadi raja
Pemimpin sandiwara
Kampung jadi bandaraya
Teh kopi naik harga
Puteri selak peha
Putera beliak mata
Wanita suara manja
AJK parti jadi buaya
Makan minum sampai ke riba
Bendera lampu macam raya
Itulah pilihanraya

7 comments:

silversarina said...

Dapat I bayangkan betapa meriahnya p/raya IJok kali ni ( dulu I ni suka jugak 'menyibuk' waktu p/raya )....

Best jugak sajak seloka you , habislah Putera tak boleh keje asyik duk tengok peha Puteri.... hehehe ( pernah dulu di Kuching masa p/raya , semua guys yang ada asyik duk mengata peha dan kaki one lady yang penuh 'peta' dan nampak jelas sebab pakai kain belah tinggi sangat.....ish ish pandai jugak ngata orang laki ni :P )

KAMATO said...

loveujordan, tu la... dah tau peha berpeta sebab apa la lady tu tunjuk peha he he.... apa pun kampung sekarang ni tengak pesta berkempen

NBK466 said...

Va..va..va...glamer IJOK skg sepecially selepas acara melontar2 barang tempohari... Pilihanraya adalah utk memilih seorang wakil/ketua bagi memperjuangkan hak2 warga dikawasan itew...bukan utk kepentingan peribadi/parti.. Jgn gajah sama gajah bergaduh... cipan mati tersepit ditengah2...

INDERA KENCANA said...

Bang,
Perayu undi tu tak kasi mak abang kain batik barang sehelai ke? Kalau setakat cakap/merayu je buat apa, ye tak?

Kalau dapat tanah untuk tanam kelapa sawit lagi la sakan... :)

zino said...

tiba tiba IJOK jadi sebutan ramai..

kamato salah sorang pengundi "hantu" tu ke? hehe

lepas pilihan raya semua back to normal.. janji tinggal janji harapan tinggal harapan..

zlaa said...

Pilihan raya kecil memang meriah. Orang dari segenap ceruk rantau tiba-tiba datang menjengok. Yang tak pernah kenal tiba-tiba jadi mesra. Kenapa agaknya? Apa-apa pun, Kamato mengundi di sini ke kali ini?

KAMATO said...

nbk, dalam kes ini gajah je yang bergaduh, cipan duduk rumah diam-diam

indera, takda pulak dengar ada kain batik .....

zino, zaman sekarang ni hantu pun dah pandai ngundi he he

zlaa, itula politik namanya, kadang2 kita pun tak boleh nak jangka. Saya tak mengudi di ijok