Hari ni aku terpanggil untuk hadir di worksyop BCIC2 di ibukota, agenda bumi anjuran satu egensi pusat. Menteri di JPM dan Menteri kewangan II hadir untuk 2 sesi dialog yang berlainan. Semua peserta di bahagikan 11 kluster mengikut sector masing-masing bagi membincangkan masa depan bangsa. Aku ditempatkan di dalam cluster education & human resource. Memandangkan cluster tu education maka aku terpaksa duduk semeja bersama cerdikpandai dan cendiakawan yang bergelar Tan Sri, Datuk, Prof dan Dr. Kadang terasa amat kerdilnya aku bersama mereka-mereka itu.
Masa rehat aku sempat bersembang lama dengan Dato’ Dr Noor Laily, pelupor institusi kekeluargaan. Semuanya menyentuh pasal bangsa. Aku tabik semangat dia. Semangat kemelayuannya cukup hebat. Betul apa yang dia kata, melayu semakin terpinggir, masalah social bangsa melayu yang semakin meningkat, masalah keciciran dalam education, pembangunan tak seimbang dan macam-macam lagi. Semoga perjuangan Dato’ untuk memartabatkan bangsa terlaksana.
3 comments:
salam,
Dato' Dr. Noor Laily memang pernah I jadikan rujukan semasa anak-anak masih kecil, memang banyak ilmu mendidik anak yang ada padanya....
Seronok Kamato dapat bersama cendikiawan and you pun memang salah seorang dari mereka juga.
Dato’ Dr Noor Laily yang buat program Nuri ke apa itu kan.. ?Biasa juga dengar diskusi dia di TV. :)
Tahniah bang!
loveujordan, dia orang semua tu terbukti kepakarannya, saya ni tolong menyibuk
BP, betul la tu, memang dia tauke nuri
Post a Comment