Budak-budak main tombak,
Tombak diikat dengan rantai;
Kalau takut pada ombak,
Di gigi air ombak sampai.
Buih air laut menyerupai putihnya kapas, mampu menciptakan panorama indah di sepanjang pantai Kemasik
Buih air laut menyerupai putihnya kapas, mampu menciptakan panorama indah di sepanjang pantai Kemasik
9 comments:
jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai... peribahasa yg seringkali kita dengar... cantiknya gambar itu...
Anak siapa bermain tombak
Nasib baiklah sudah berantai
Kalau berani bermain ombak
Tengah lautan pun boleh bersantai
budak2 bermain tombak..
jangan main tombak bahaya..
usah takut kepada ombak..
dalam ombak tak ada buaya..
hehe
Salam perkenalan Kamato,
Wah semua orang beradu pantun ye.. Saya tiada bijak berpantun.
Oh oh itu Pantai Kemasik? Sudah lama tidak ke sana membawa hati lara..
Dan lagu ini .. aduh, penuh nostalgik!
Saya pun nak balas juga pantun
Berapa panjang si batang tombak
Balik pintu anjung utama
Indah dipandang gulungan ombak
Semua itu ciptaan Yang Esa
Cantiknya gambar ombak...
Ombak sering membuatkan jiwa saya tenang. Terima kasih kerana saudara menyisipnya di sini untuk tatapan...
Bro K..
pB tak pandai berpantun lah...
tapi pB cuba gak lah nyer
sayang salmah sayang aruna
sayang lagi ibubapa
cuti sekolah curi masa
agar anak anak bergembira
Pantai kemasik, kat mana ??
Geografi pB lemah sikit lor..
Btw...17hb ni, Bro K join ker?
naik basikal pergi kedah
pergi ke kedah naik basikal
ombak ni gua dah biasa dah
dulu dua bulan duk atas kapal
ok ker pantun aku tu..?
kalau takut dilambungombak, jgn berumah di tepi pantai....
Wah...jiwangs bergambar nie... nice one.. Den punya peribahasa pulak:
"kalau takut dilambung ombak, jangan ler memandai nak gi memancing naik bot..muntah belilah ler jawabnya.." he..he..he..
Post a Comment