Wednesday, March 21, 2007

Tokyo mosque

Hari ini aku sempat berjemaah di Tokyo Mosque di tengah-tengah bandaraya matahari terbit ini. Bandaraya Tokyo agak lengang hari ini memandangkan hari ini merupakan hari cuti umum di sini. Kali terakhir aku sampai tempat ni kira-kira 7 tahun lepas. Tak ada banyak perbezaannya masjid ini. Masjid besar dan cantik, tapi jemaah boleh kira. Semasa sembahyang asar ada la beberapa orang anak gadis Jepun siap bertudung melawat masjid itu. Mereka duduk memerhatikan jemaah bersembahyang. Selepas itu bila aku tanya samada mereka muslim atau bukan. Salah sorang dari mereka menjawab bukan, tapi dia kata dia minat dengan islam. Alangkah baiknya kalau ada orang-orang kuat agama di sini yang boleh membimbing mereka-mereka ini.

8 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Tidak pelik rasanya kalau di sana lengang masjidnya sebab Islam minoriti, kalau di sini lengang itu yang peliknya... :)

Mula-mula melawat mesjid, mana tau suatu hari nanti mendapat petunjuk... :)

KAMATO said...

mudah-mudahan petunjuk itu akan datang untuk meramaikan umat islam di japan

Sastri said...

bestnya dapat p jepun... harap2 berpeluang juga menginjakkan kaki ke sana...

setuju dgn kamato, kalaulah ada ulama yg boleh membimbing gadis2 itu since minat tu dah ada...

Izariza said...

Oh oh Kamato di Tokyo?
Belikan saya satu yukata boleh? :)

Berjalanlah di muka bumi ini, dan hayatilah kebesaran Tuhan-Mu.

cikdinz said...

bagus nye mereka...
harap mereka dapat memeluk islam..

zino said...

wow.. dah sampai jepun rupanya.. berapa lama kat sana tu..?

KAMATO said...

sastri, datang sini pasal kerja ... kalau saja jalan baik pi tempat lain

izariza, ha ha .....yukata tu amende?

cikdinz, muda-mudahan

zino, baru sampai 2 hari... ada 8 hari lagi sebelum balik

Izariza said...

erk.. dok tahu ke yukata tu mende?
Cuba bisik-bisik tanya kat mek jepun :)