Satu masa kau la raja membelah angkasaNamun kini kau hanya mampu sebagai tontonan jua
Satu masa kau la raja membelah angkasa
Hari ni berpeluang melawat Limkokwing Universiti bersama KSU dan beberapa pegawai lain. Antara beberapa fakta baru yang aku dapat berkenaan universiti ni:Walaubagaimanapun usahan college ni untuk branddedkan barang-barang buatan Malaysian boleh dipuji.
Gunung Fuji adalah gunung tertinggi di Japan. Ia terletak di antara daerah Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo. Gunung Fuji merupakan simbol yang terkenal di negara matahari terbit ini dan sering digambarkan dalam karya seni dan foto. Terdapat lima danau di sekeliling Fuji, iaitu Danau Kawaguchi, Yamanaka, Sai, Motosu dan Shoji. Ianya merupakan gunung berapi yang kini masih aktif, kali terakhir meluahkan lava adalah pada tahun 1707. Ianya jelas kelihatan dari udara sebaik sahaja 20 minit berlepas dari Airport Narita.Pesan Pendita
Ingatlah bahawa kita boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal untuk menyelesaikannya.
Awal minggu ni terima email dari KUITTHO arahkan untuk mendaftar. Khamis baru berkesempatan untuk pergi. Kali ni pergi dengan kereta opis. Aku ambil kesempatan ini juga untuk bawak bungkusan pakaian untuk mangsa banjir. Perjalanan berjalan lancar tapi bila je masuk Tangkak hujan lebat bukan main, dan sepanjang hari di Batu Pahat hujan tak berhenti. Semasa perjalanan balik sebelah petang aku singgah isi minyak di Air Hitam, aku tanya atendan kat situ.
"Dah lama ke hujan macam ni?"
"Tak de la bang, baru mula semalam pukul 5 petang"
"Kalau macam ni gaya ada harapan nak banjir balik"
"Memang pun, lagi 2 hari kalau hujan ni tak berhenti jugak memang sah bajir balik"
Dan pagi ni berita mengumumkan beberapa kawasan di Johor telah dinaiki air semula dan sebahagian penduduk telah dipindahkan. Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini.
Ini merupakan sebahagian daripada produk dari negara jiran Thailand yang terdapat di Kota Sydney. Terdapat tanda halal tertera pada tin sardine ini. Walau pun Thailand bukan negara islam, tapi mereka mampu mengeksport makanan halal ke Negara bukan Islam. Yang peliknya tak ada pulak satu pun produk makanan dari negara kita yang sampai ke Australia. Pada hal kita mempunyai berbagai produk makanan dalam tin yang tak kurang hebatnya. Kat mana silapnya?
Kuda ni pun pandai posing

Anak Buaya......

Jeti ikan bakar
Pemandangan kota Sydney dari bilik waktu malam
Hari kedua.
Lawatan dan taklimat oleh Tafe Global, disusuli taklimat JPK. Petang melawat Open Training and Education Network (OPEN), sebuah institut yang menjalankan program distance learning sepenuhnya. Semasa perjalanan balik ke hotel, pemandu yang membawa kami agak pelik. Cara memandu begitu membahayakan. Sepanjang jalan dia merungut dan marah-marah disebabkan jalan jem dan traffic light setiasa merah. Sepanjang yang aku ingat tak penah lagi aku jumpa pemandu seperti itu bila aku berjalan di negeri orang. Petang aku menyusuri Bandaraya Sydney, tapi sayang semua kedai dah tutup pukul 6.00 petang. Kami terus berjalan sehingga la sampai Sydney Opera House. Ianya terletak di Sydney Harbour. Sebenarnya Bandaraya Sydney ini di kellilingi oleh pelabuhan. Pemandangan di situ begitu menarik sekali.Bersebelahan Opera tersebut terletaknya Sydney Harbour Bridge. Kami duduk di situ sehinggalah gelap semata-mata untuk merakamkan pemandangan di waktu malam. Pemandangan di waktu malam di sini begitu menajubkan.
Sydney Opera House
Sydney Habour Bridge
Pemandangan Sydney Habour waktu malam - menajubkan
Hari ketiga
Taklimat di TAFE Institute. Petang berpeluang pergi ke King Cross. Satu kawasan di mana kedai-kedai dibuka sehingga malam. Banyak juga survevir dijual di sini. Walau bagaimanapun kawasan ini taklah besar sangat. Terdapat sebuah kedai India menjual makanan halal di sini. Sebahagian besar kedai-kedai di kawasan ini dimonopoli oleh bangsa cina. Dalam perjalanan balik ke hotel singgah sebentar di Sydney Hard Rock Cafe. Tempat agak besar tetapi suasana tidak sesuai untuk duduk lama di situ.
Hari keempat
Satu hari berdepan dengan seminar dan discussion di TAFE. Banyak benda baru yang dapat aku pelajari. Dinner di Jordons seafood restaurant. Ianya terletak di Darling Harbour. Satu restaurant yang agak elit dan begitu famous di Sydney. Menyediakan berbagai jenis masakan seafood. Harga makanan boleh tahan jugak, purata kami makan malam tu lebih kurang 120 dollar sorang. Kalau convert dalam RM memang tak berani nak makan. Berada di Darling Harbour ni menjanjikan satu pemandangan yang cukup menarik, terutamanya pada waktu malam. Pelabuhan ini merupakan tempat tarikan pelancung. Di sini terletaknya Sydney Aquarium, Power House Museum, Maritime Museum dan IMAX Theatre iaitu panggung yang mempunyai screen 3D terbesar dalam dunia.
Pemandangan Darling Hobour waktu siang
Pemandangan Darling Habour waktu malam
Hari kelima
Sekali lagi berdepan dengan lecture dan discussion. On the way balik singgah di Paddy Market yang terletak di Haymarkt. Ianya di buka dari Khamis hingga ke Ahad. Mungkin di sinilah kalau nak cari barang yang agak murah. Walaubagaimanapun sukar untuk mendapatkan barangan local. Kalau adapun beberapa barangan yang di perbuat dari kulit Kanggaro. Yang lain semua barangan kebanyakan di import dari negeri Cina. Selepas Asar aku cuba meninjau beberapa pasaraya di Bandar ini, kebetulan hari Khamis kebanyakan pasaraya tutup pukul 9 malam. Kebanyak pasaraya juga menjual pakaian buatan cina. Malah semua produk jenama adidas diimport dari negeri Cina.Walaupun kualiti nampak baik tapi bila tenguk made in Cina, hilang semangat nak beli.
Hari keenam
Hari terakhir aku berada di tafe. Taklimat dah sampai penghujung. Berpeluang bersembahyang jumaat di University Technology Sydney (UTS). Sebenarnya pegawai di Tafe ni pun tak tau universiti di sebelah college dia orang ni ada tempat sembahyang jumaat. Kebetulan aku jumpa sorang brother muslim dari Sri Langka yang bekerja di situ, dia la yang tunjukan tempat sembahyang diUTS. Phil pegawai di Tafe terkejut bila aku maklumkan aku nak sembahyang di UTS. Selama ni dia cuba cari tapi tak jumpa. Group yang datang sebelum ni pun terpaksa disediakan taxi oleh Tafe semata-mata untuk ke masjid. Penuh juga tempat sembahyang di situ, tapi tak berpeluang jumpa student Malaysia.
Malam sekali lagi menerima jemputan untuk official dinner di Malaya Restaurant. Ianya terletak di Darling Harbour. Restoren ini agak terkenal. Melihat dari segi saiznya mungkin boleh menempatkan sehingga 500 pengujung dalam satu masa. Tuan punya restoran ni berasal dari Singapura. Chef restoran ni adalah muslim. Menyediakan berbagai masakan melayu termasuklah sate. Harga boleh tahan, semangkuk ikan masak kari untuk sorang makan pun 28 dollar, enam batang sate harga 18 dollar. Yang pelik penuh betul restoran tu, siap ramai yang tunggu kat luar. Kalau tak booking memang tak berpeluang. Bangga jugak bila mat salleh puji masakan melayu. Walau bagaimanapun aku tak berani untuk makan ayam atau pun daging. Setakat seafood boleh la.
Inilah Abang... Sikap malasnya begitu terserlah. Kalau suruh baca buku belum sampai 5 minit dia dah tertidur. Tapi kalau main playstation berapa lama pun dia tahan. Setakat ni tak sesiapa pun kalahkan dia dalam game bola termasukla sepupu-sepupu dia yang tengah belajar di universiti. Walau bagaimanapun hari ni dia masih masih mengekalkan sedikit keunggulan dia. Dia masih mengekalkan tempat kedua dalam kelas. Apa yang aku ingat sejak dari tahun satu sehingga sekarang setiap kali hari penyampaian hadiah, dia sentiasa dapat no 2 dalam kelas. Masih belum dapat no satu. Agaknya kalau dia rajin sikit baca buku mungkin boleh dapat no 1.